Hampeh ! Hahaha.. Memang sempoi arrr bro .. Aku nak buat vlog gini ? Mau kena tidur luar rumah jawabnya aku nanti ... Lawak je laa ..
Terbaekk video nih !
Terbaekk video nih !
Published with Blogger-droid v1.7.4
Bukan bergaduh ler.. tapi Jalil Hamid membalas kritikan Chef Wan dengan bijak dalam Maharaja Lawak Mega pada minggu ini setelah dikritik teruk minggu lepas oleh Chef Wan .
Bagusnya , kedua dua mereka ini tidak melenting.. Hahahah.. Memang profesional betul la diorang ni.. Tabik pada Jalil Hamid dan Chef Wan .. Ini baru OTAI namanya ..
Jom layan yang minggu ke dua punya dulu ..
Komen Chef Wan membangkitkan Jalil Hamid .. Tahniah Chef Wan kerana berani … Setidak-tidaknya Jalil Hamid bangkit dari ‘lenanya’ .. Tapi ada harganya juga , kan Chef Wan .. Hehehe.. Sekadar gurauan je tu .. kan Jalil Hamid kan ?
Tahniah buat kedua-dua otai ini .. hehehe.. Caiyok !!
Heh .. Telah berlalu 11.11.11 .. Ada yang kata mereka yang taksub atau dok pikiaq apa la sangat best pada nombor ni , bagi aku mudah jer .. Masing masing punya hak .. Walaupun sekadar tarikh atau nombor ianya tetap satu yang unik .. Contoh la kan .. bagi mereka yang menikah semalam ;
“ Bila kau menikah ? “
“ Oh , 11.11.11 ..”
Senang nak ingatkan ? Cuba tanya aku atau mak bapak korang atau jiran sebelah rumah .. Bila mereka menikah ? Mesti tergaru kepala punya.. Tapi bila buat pada tarikh yang unik , sepantas kilat ingat seperti harijadi atau kali pertama kereta kena calar .. Perghh..
Ada yang kaitkan dengan agama .. Pleaselah .. Jangan cari isu murahan .. Tarikh kemerdekaan .. Tahun baru .. Maulidur Rasul .. Maal Hijrah , semua itu sekadar tarikh .. Tapi yang penting adalah apa yang berlaku pada tarikh tersebut ! Sama juga 11.11.11 .. Bila kita tak mengisinya dengan sesuatu yang menarik dan juga unik pasti ianya cuma tarikh tarikh biasa yang lain ..
Bezanya ialah , 11.11.11 mudah diingati dan takkan dapat nombor tu dah pada kalendar lumba kuda tu lagi sampai bila bila .. Ianya dah berlalu ..
Mereka bukan taksub pada angka bagi aku .. Mereka nak mengisi peristiwa pada tarikh itu kerana angkanya yang unik .. Sekadar angka jer .. Tu je .. Tak salah pon kan ?
Walaupun angka , ianya pasti bernilai jika kita mengisinya dengan perkara berfaedah dan bermakna ! Lainlah ada yang menghabiskan hari dengan membuta jer pada 11.11.11 atau g dating mahupun nak berkapel pada tarikh ni .. Yang ni betul la kata ustaz tu … Hehe.. Apa dia kata ? Tu korang kena cari sendiri..
Serius giler aku rindu nak pergi Langkawi.. Ni dah sampai termimpi mimpi dalam mimpi ! Haa.. Camana tu ? Ala , cam umpama mimpi dalam mimpi laa.. Tak tau ? Kang malam korang cuba buat .. Terngahari tak jadi..Tengahari nanti jadi mimpi basah lak ! Hahaha.. Jangan marah eh.. Kang Faizal Fredly kata aku gersang lak.. Hahahha.. Sabaq bro..
Kali terakhir aku pergi Langkawi 2009 rasanya .. Apa yang menariknya ? Entahlah , aku spesis tenang bila lihat laut yang membiru .. Damai je rasanya .. Bila bayu laut menyapu pipi , ahhh.. rasa tenang sekali.. Eceh..
Dua buah hotel yang kat sana bagi aku ok untuk melepakkan diri , Awana Porto Malai dan Pelangi Beach .. Tapi paling best Pelangi la… Heheh…
Bila nak pergi ni.. Ramai gak blogger yg aku kenal ada kat sana .. Minggu depan ada opis aku ada buat retreat ke Langkawi tapi aku malas nak pergi .. Takde feel nak pergi .. Tak tak tau la nanti .. Hurm..
Aku nak bawak orang tua aku sekali pergi ni.. Tengok la camana nanti .. Ada rezeki lebih , boleh la belanja diorang kat sana nanti .. InsyaAllah ..
Rupanya diorang ni sama bulan dengan aku .. Huhu.. Patut la degil cam aku gak.. Hahahaha.. Sapa eh ??
Yang pertama , kita bagi anak dara dulu eh ..
Cik mek molek yang aku kenal seawal mula blogging dulu.. Hehe.. Blog dia mmg hot gitu la terutama di kalangan lelaki.. Entri yang sememangnya tiada tapisan dari LPF .. skang ni kira dah bertapis gak la.
OK ok .. Selamat harijadi cik LOLLY LUVFAREDA .. Semoga terus sukses dalam dunia blog ..
http://lollylurveff.blogspot.com/
Dan yang kedua , Dr EqbalZack … Si ‘bujang’ yang seusia dengan aku .. Kot ? Ye kot ? Ke aku muda lagi ? Aku rasa aku muda lagi .. Heheh.. Muda hari je ..
Walaupun kitorang ni dekat je tapi belum ada rezeki untuk berjumpa.. Aku kenal dia pon seawal aku mula blogging tapi dia lebih lama dari aku ..
Selamat harijadi bro ! Semoga tercapai cita cita ..
Pergh… dasat .. Naik muak aku dok baca atau dengar yang Amerika ni nak serang Iran tapi tak serang serang jugak .. Kenapa eh ? Mungkin ada yang pelik tapi aku tak pelik pon .. Kenapa ? Tu korang kena cari jawapannya.. Aku jumpa dah jawapan aku tu ..
Berita terikini mengatakan Amerika memberi amaran kepada mana-mana pihak yang ingin melancarkan serangan ke atas Iran sambil menyifatkan ia akan memberi kesan serius di rantau itu tanpa meninggalkan kesan menyebabkan program nuklear Iran dapat dihentikan.
Tengok , dah macam tu pulak cakapnya .. Dulu masa nak serang Iraq yang kononnya ada senjata nuklear , mereka main serang je .. Sama gak dengan Afganistan .. Satu per satu negara Islam tumbang .. Dan kira Iran ni kuat sangat la eh ?
Hehe.. Percayalah , Amerika takkan serang Iran .. Kenapa dan mengapa , sila carilah jawapannya .. Mmg best sekali jawapannya .. Ternganga pon boleh jadi gak.. Huhu..
Entahlah .. kita ni asyik main angguk jer ..
Oh, apa yang bestnya dengan Forum SB ni? Nanti aku detailkan apa item luar biasa yang menyebabkan aku kata Syoknyerblogging ni lain daripada yang lain. Korang boleh rujuk entry yang pernah aku share di sini, 5 Sebab Kenapa Perlu Join Forum SB.
1. Forum SB menghimpunkan blogger yang senior, mesra, dan bersedia memberi tunjuk ajar kepada semua.
Dekat forum SB ni, ada banyak informasi yang boleh menjadi rujukan buat blogger baru dan lama, samaada anda pengguna Wordpress, Blogspot ataupun Joomla. Blogger Otai juga sangatlah ramai berhimpun di SB ni untuk membantu semua blogger. Join sendiri baru tahu betapa syoknya!
2. Dengan menyertai Forum SB, jaringan persahabatan anda akan lebih bagus. Anda akan dapat lebih ramai kawan.
Dekat forum SB ni juga, baru je tahun ni beroperasi, dah ada yang jumpa jodoh! Mudahan ke jinjang pelamin hendaknya y.
3. Di SB, anda dapat bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan di samping mengetahui isu-isu terkini.
Kalo korang memang malas nak membazirkan duit nak beli suratkhabar, boleh jenguk je board yang ada kat SB ni untuk tahu hal semasa di samping gosip2 terkini yang melanda dunia blogging. Mana tahu boleh bagi idea korang untuk menaip lepas ni. Ops, isu panas terkini dalam arena blogging tu korang dah tau ke belum?
4. Boleh menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan blog anda kerana kesemuanya memang mesra dan sedia membantu.
Kalau blog korang ada Malware ke, berat ke, apa2 ke, mengadu je problemo korang kat situ. Takpun iklan Nuffnang kesayangan korang tak kuar dsb. Tips2 nak buat duit dengan blog pun ada kat sana! Rajin-rajinlah mengaktifkan diri ya!
5. Menambahkan pelawat ke blog anda. The more the merrier! Semakin ramai anda ajak kawan-kawan anda join, semakin bertambah bilangan pelawat blog, meningkatkan pendapatan blogging anda."
Jadi tunggu apa lagi mohler kita ke syoknyerblogging.com http://syoknyerblogging.com/v1/
Sumber: http://www.cikgudahlia.com/2011/02/blogging-memang-syok-abislah.html
Diambil dari majalah PA & MA .. Hehe…
Bagi mereka yang tertanya-tanya nak beli apa nanti sebagai persediaan menyambut kelahiran anak sulung mereka , maka aku datang membantu korang !! Jeng jeng jeng !! Hehehe..
Pe susah kan ? Korang update je dalam blog tu haa.. Ramai laa ibu ibu meninggalkan nasihat serta pandangan mereka .. Haaa… Tu gunanya blog mahupun Facebook .. Bukannya guna untuk bergaduh atau menabur fitnah !
Bagi yang belum kawin , jangan guna blog atau Facebook cari pasangan .. Cari kawan tu tak pe la.. Awas !! Untuk yang single je yer .. Yang lain jangan cari pasal !
Sejauh mana keberkesanan senarai kelengkapan bayi ini nanti , tunggu je aku menyoppingnya di Jaya Jusco.. Ke ada yang nak sponsor ??? Hehehe..
Isu tajuk di atas , Pemuda BN dakwa dasar kerajaan Kedah punca harga rumah naik
Amboi … Baekk punya isu eh ?? Sebelum tu kan , apa kata kita check di kawasan kawasan yg dulunya milik BN seperti di Cheras yang mana janji tinggal janji sehinggalah pembangkang amik alih untuk penggal ini ..
Gambar-gambar bawah ni , aku amik sendiri yer .. Ini di kawasan perumahan sekitar Cheras ( Flat Sri Melaka dan Sri Johor) yang dilaporkan akan dirobohkan dan kemudian didirikan kondominium yang berharga lebih RM200 ribu keatas manakala penduduk di sini akan diberi rumah PPRT .. Rumah PPRT yang tingginya lebih dari 15 tingkat dan berharga dalam lingkungan RM70 ribu ?
Hurm.. buat pengetahuan , yang tinggal kat sini majoritinya mereka yang berpendapatan rendah dan juga golongan veteran ..
Nak dijadikan cerita la kan .. Dari zaman aku sekolah yakni nun masa tu Datuk Bandar Kuala Lumpur , Tun Elyas Omar kata nak jual rumah pangsa ni ..
Sampai sekarang , habuk pon tarak ! Sampailah kawasan ni jatuh ke tangan pembangkang yakni bawah PR .. Lagi la hampeh.. Konon nak perjuangkan nasib penduduk sini , pon gitu gak ..
Last-last lagi 5 tahun , nak kena roboh dan buat kondominium.. Korang rasa sapa mampu beli kondo di KL ni ?? Cuba bagitau ?? Dan kemana mereka yang tak mampu ni ?? Duduk rumah merpati ??
Hari tu ada mesyuarat pasal ni di Flat Sri Melaka , aku tak pasti la .. dengarnya penduduk akan diarahkan pindah nun kat kawasan berhampiran setelah siap apartment setinggi 30 tingkat ( kalau tak silap aku.. ) Aku dengar pon terkejut. Aku tak percaya cerita tu.. Gila ke apa ?? Tinggi tu ! Lif yang disediakan cuma ada 4 je.. Bukan kita tak tau lif kat Malaysia ni , ada 4 , 2 je leh guna !
Paling teruk , padang bolasepak yang melahirkan ramai jaguh bolasepak , antaranya Azman Adnan , Azrul Amri Borhan dan ramai lagi , akan hilang ! Katanya nak buat stadium mini untuk kegunaan penduduk setempat.. Adoi , Skang ni ada 2 padang bolasepak dan semuanya penuh setiap petang.. Bayangkan jika buat satu ??? Aku rasa masalah sosial akan bertambah di tempat ni nanti .. dan ramai anak anak akan lepak dalam rumah dan layan game dari turun beriadah memandangkan … korang tau la kan jawapannya..
Apakah semua ini benar ? Tunggu dan lihat je la .. DBKL dan pemaju .. Hurm… Serius aku menyampah dengan segala isu ni .. Kalau buat laporan kat SPRM atau pihak yang terlibat , segalanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri ..
Fitnahkah semua ini ? G tanya kat penduduk sana sendiri .. Aku cuma mampu geleng kepala jer .. Wakil Rakyat atau mana mana yang berkuasa tu , jangan la dok pk aku buat fitnah .. G amik tindakan dengan membuat siasatan ..
Gunakan saluran yang betul ? Ada ke kat Malaysia ni ?? Penat dah guna .. semua saluran tersumbat ! Maklumlah , kami cuma semut dijalanan jer .. tapi jangan sampai semut hitam ini bersatu.. payah nanti..
Astaghfirullah al’azim ..
Ni mesti kes tak tahan dah ni ! Adeh… Patut la setiap hari ada je carian sesat kat blog aku ni .. Aku ingatkan ada yang takde keje , rupanya mmg ‘ada yang takde keje ‘ !!
Kes tak tahan dok tengok perempuan yang ketat ketat atas bawah la ni yer ? Hari ari dok tengok lalu lalang depan mata … dari dalam tv hinggalah ke pasar malam , pon dok berketat ! Nak tunjuk terbonjol sana sini ! Bangga gila la eh aset tu ??
Aiyoo… tak pasal pasal ramai lelaki mental dek mereka yang berperangai tak ikut ajaran Islam tu .. Haih.. Tak sian kee ??? Ke ada antara adik beradik kita yang berjantina lelaki atau abang ipar mahupun adik ipar atau paling tidak pun sedara mara kita yang dok tertelan air liur tengok perempuan yang dok ketat macam hantu kubur tu bergelar pocong tu ??
Aku malas nak cerita panjang.. Aku nak g check seluar dalam aku yang jemur kat ampaian tu.. Silap silap hilang kena curik ! Huh !
Memula layan contest !
Pastu ada sale !!
Sale menda ??? Ni haaa…
Semuanya di http://mrsladysstylo.blogspot.com/