Walaupun dah 2 minggu aku kembali ke gym dan bersenam dengan agak heavy la gak , namun bila aku berjogging kat luar , ternyata dugaan aku meleset ! Berat gilaaaa badan ! Memang tak larat weh … Tapi tak la termengah atau berenti sekerat jalan .. Masih mampu berlari n berjalan hampir sejam gak la.. Siap sambung ‘ membesikan ‘ diri kat rumah yer !
Alhamdulillah .. Cuaca mmg best lepas hujan tadi.. Sambil sambil berlari tu , curi curi menghirup udara segar .. Hehehe.. Mulai hari ni , kena selang seli g gym n berjogging .. Nak kasi fit kembali .. Maklumlah , nak jaga anak pasni memerlukan kecerdasan fizikal dan mental .. Eceh !
Di samping bersenam , penjagaan makanan juga penting ..
Wife dah mula masak kembali dan ini bermakna tak perlu sangat dah makan kat kedai ! Chaiyookk.. Aku suka masakan dia berbanding masakan aku sendiri .. Ok tak alasan aku ( padahal malas masak .. Ok , bukan malas tapi tak tau reti.. Ok laa.. bukan tak reti tapi malas nak belajar ! Puas ???? )
Aku nak kena mula kembali makan oats untuk mengembalikan kesegaran badan seperti 20 tahun dulu.. Waaaaaa.. hahahah.. Hampeehh..
Betul la kata orang .. Bila dah tua tua gini , perasan nak muda kembali ! Caittt…
Nasihat aku .. bawa bawa bersenam.. Jangan asik dok diet ( tak makan dengan betul ! ) atau makan ubat tapi tak bersenam.. Bersenam dan membuat kerja rumah tu lain .. Tu cuma membakar kalori… Bersenam ni sambil mengerakkan tubuh badan , otak pon rehat dari memikirkan masalah masalah dunia sebentar..
Dan tolong jgn merokok selepas bersenam .. Jangan kata dah tabiat .. Yang suka kata tu adalah tabiat , maka orang tu buang tebiat ! Segalanya boleh diubah jika ada usaha dan semangat …