Sapa suruh pakai cam tu ?? Menda free ! Tapi budak tu kalau kantoi , mmg masak dia ! Grrr…
Tu baru yang pakai skirt .. Yang pakai legging ? Baju ketat ? Pergh.. syurga idaman lelaki tuu !! Lagi free kan ?
Hakikat … haish ..
Sapa suruh pakai cam tu ?? Menda free ! Tapi budak tu kalau kantoi , mmg masak dia ! Grrr…
Tu baru yang pakai skirt .. Yang pakai legging ? Baju ketat ? Pergh.. syurga idaman lelaki tuu !! Lagi free kan ?
Hakikat … haish ..
Budak kecik skang dah bijak ! Bagi smartphone , dalam tempoh berapa minit je dah leh mahir !
Bayangkan kebijaksanaan tersebut tidak digunakan sepenuhnya oleh ibu bapa mereka ? Apakah akan jadi pada mereka ?
“ Okeh .. Ini buah hati saya yer ! Saya amat cintakan dia .. “
Yelah , kami tahu .. kami takkan ganggu punya .. Kan senang private je ? Tak de sapa nak kacao punya .. Lupa lak , aku dah nikah gak ..Bagi yang dah punya hubungan yang sah , ok la kan ? Sapa nak kisah ? Janji cerita bermanfaat.. Takde manfaat pon , apadahal .. Dia punya blog ..
Cuma yang takde ikatan sah ni , simpan dalam hati dulu .. Bukan cemburu atau nak bizi bodi , tapi takut jadi fitnah kemudian hari.. kan ? Atau tetiba putus cinta .. haa ? Camana ? Fikirkan juga tang keluarga ..
Dah sampai seru nanti , haaaaa…. cerita laaa.. post laa gambar kawin tu bebanyak.. takde sapa nak larang .. Kan ?
Sekadar nasihat seorang pakcik ..
“ Takat berpuluh ribu tapi yang masuk kembali baca blog dia tu , berapa kerat je ?”
Atau ..
“ Blog tah hapa hapa pon boleh ramai followers ! Tu mesti I follow u , u follow me punya ! Sesuai beli shampoo Follow Me ! “
Atau korang mungkin pernah baca atau terfikir mengenai FOLLOWERS ni .. Haa.. Penting ke ? Buat apa semua ni ??? Kalau nak harap trafik dari mereka ni , berapa la sangat kan ?
Entri macam ni , dah berkali kali aku buat .. Tiap-tiap tahun mesti ada pasal ni .. Tapi kali ni berbeza sedikit kerana aku dah lebih 2 tahun berblogging dan jumpa macam macam orang terutama berkaitan pengiklanan di blog ..
Kalau nak kata takat company kecik je yang tanya tu , mungkin la kot .. Tapi kalau company besar ?? Haa.. Ok , aku tak nak gebang lebih..
Tapi inilah pengalaman aku bila berbual dengan mereka ..
“ Berapa ramai followers u di blog ? FB ? Twitter ? “
Ramai suka kaitkan Followers dengan trafik ! Sebenarnya semua ada kepentingan .. Trafik , followers , entri dan apa saja yang berkaitan dengan blog dan juga penulisnya !
Mereka bukan nak cari blogger yang punya trafik berpuluh ribu sehari atau beribu-ribu followers tapi blog yang punya pengaruh tersendiri ! Setiap blog ada auranya sendiri ..
Sebab itulah manusia ini unik .. Sungguh indah ciptaan Allah ni kan ? Tapi kita je tak sedar.. Yang kita sedar , sikit sikit cemburu ! Bila cemburu , mula nak jatuhkan orang ! Padahal bila cemburu , cari la cara untuk berjaya ! Bukannya cari jalan nak lingkupkan diri sendiri ..
Usaha tangga kejayaan .. Korang nak keje dalam pejabat pon kena usaha ! Kena ada kertas sekeping untuk buktikan korang layak ! Ni pulak kalau dengan blog ..
Fikirkan .. Tanah yang gersang , kalau usahakan pon leh beri rezeki !
Risikan asing melaporkan bahawa mereka gagal memecah kod rahsia serta menterjemahkan status di wall FB milik rakyat Malaysia terutama remaja .
Apakah wujud militan baru ? Mereka pening dan keliru . - wikiwiki
Jangan risau. Kami sendireww lama dah pening.
Bulan jadi pujaan ..
Pelangi jadi idaman..
Bintang jadi khayalan ..
Sedangkan mentari dibelakangnya,
sering jadi cercaan ..
Mereka terlupa , sapa yg mencipta mentari ?
Mereka terlupa , hijaunya bumi kerna mentari ..
Mereka langsung tidak mensyukurinya ..
Malah terus dibuai mimpi tatkala terbit dan terbenamnya mentari .
Sedangkan tika diatas kepala itulah nikmat yang tersembunyi !
Manusia oh manusia .. Bukan tak tau tapi tak nak amik tau ..
Nikmatiah sebelum diambil kembali ..
Welcome to my blog . Just call me epit . For your infomation , u guys can request movie , application link from me to download . Just leave Ur comments okay :)
Pot Pet Pot Pet...Berkhidmat di Jabatan Warisan Negara & juga seorang pelajar universiti separuh masa..;p i'm enjoy my life yeahhhh~~
saya baik tapi ada jahatnya, saya jahat tapi tetap ada baiknya...tteetttt....
juz a simple person~~
~Nothing special about me,juz ordinary girlish <3 My Family <3 My friends -Don't judge a book by it's cover Fakta tentang saya.. -tak makan mee dr kcik,x cuke!x kire la mee goweng ke,mee basah ke,mee bandung ke..cmue keturunan n jnis mee x mkn..tp yg pelik..meggi sy mkn!haha, -tak minum milk n x mkn bubur coz pnh mnum susu,taw2 je trmuntah blk n try mamam bubur,pstu muntah blik..arwah mama mmg taw sy x cke bubur n susu..law dye msk bubur time sy demam..dye akn make sure yg bubur tu ade santan coz dye tkt sy muntah.., -suke lelaki yg ade terune ag..hehehe coz lelaki yg still virgin bg sy sgt bermaruah n lelaki sejati..sy mmg respect law laki tu still terune ag!law sy taw lelaki tu x de terune,sy akn hlg respect pd dri dye.., -syg cgt nan arwah mama,tp dr kcik manje nan papa..hehehe.., -x cuke owg brleter, -x cke owg kongkong n kwl hdup sy except my papa x pe.., -x cke owg tny sy na g mne..rs cm sibuk je dye na ambk tawu.., -cuke sakat,usik n kena an owg2 yg sy knl..hehehe =P , -dr kcik cgt nakal,papa ckp sy ni keras mcm lelaki..ego tggi..yke?, -cke miaw2(kucing), -gile pd brg or ape2 je yg brbntuk love,
Akuh ?
Kiter !
Dier !
Mereker !
Jikew !
Ak !
Dan banyak lagi … Ya , betul ! Blog tu korang yang punya .. Takde sapa nak larang aihh ..Lantak pi laa.. Tapi bagi aku la kan , guna bahasa santai atau bahasa pasar kalau malas nak berbahasa parlimen ! Tu belum lagi bahasa istana kan ?
Buat rakan blogger terutama yang masih di bangku sekolah tu , aku syorkan guna bahasa melayu yang Hang Tuah guna atau kalau malas sekali pon , pakai je bahasa David Teo ..
Aku rasa malu pulak bila bangsa asing beria belajar menulis dan bertutur dalam bahasa Melayu .. Tu belum abe bangla , myanmar dok cuba cakap walaupun terkelat-kelat muka diorang ..
Kita ? Kalau boleh gulung lidah tu, confirm lagi best kan ? Jadi , buat mereka yang dapat A1 atau nyaris dapat E tu dalam bahasa melayu tu , bercerita la dalam bahasa ibunda kesayangan kita ni .. Macam aku kata tadi la , kalau malas nak guna panjang-panjang , santaikan je .. Tapi bukan skrewkannya !
" Aku tak leh makan tu .. tak leh makan ni .. "
Bila tanya kenapa ? Sebab tak biasa mkn dr kecik .. Atau bukan selera dia .. Kalau takde selera tu lainlah , tp belum rasa lagi , dia dh kata bukan selera maka aku akan kata ..
" Ruginya .. "
Setiap masakan walaupun namanya sama tp ianya tetap unik .. Dan ianya bersifat peribadi !
Bg aku , satu kerugian kalau berada di tempat org tp tak menikmati masakan tempatan apatah lagi kalau dah depan mata ..
Dan makanlah hanya utk merasa .. Bukan melantak !
Kat Mid Valley .. Setengah jam cari parking .. Takde yg available langsung ! Kalau ada , rezeki kereta dpn atau blkg aku .. Haih..
Last last , aku berenti kereta .. Suh wife n adik ipar aku jer g masuk dlm shopping mall .. Dan aku , nganga dlm kereta.. Tunggu kot kot ada kereta berhampiran nak keluar ..
Hampir 20 minit aku dalam kereta , bosan menjelma.. Tiba-tiba ada kereta nak keluar .. Dan kereta dpn aku punya rezeki .. Tu dlm gambar tu.. Kecewa aku .. Tunggu lagi laaa..
Pemandu kereta tu keluar dr kereta dan buat isyarat kat aku ..
Perghh... Takkan tak nak kan ?? Dia tanya aku nak ke tak lot tu ? Wargkhh.. menjerit suka la dlm hati ..
Lepas parking , aku senyum dan angkat tangan kat dia .. Dan dia masih dlm kereta .. Tapi kalau ikut queue , aku yg dulu.. tapi rezeki dia la kan .. namun dia kasi kat aku.. hihi..
Bagus manusia gini.. Kalau korang ?
Hurm… hurm… Antara agama , ibu bapa , dan peminat , agama tolak tepi dulu .. Apa-apa , jaga hati ibu bapa dulu dan peminat baru pk agama ?
Dua isu yang meletop minggu ni , aku rasa korang tengok dah penjelasan Nur Amalina tu kat youtube yang pastinya membuatkan kita ‘tersenyum’ mendengarnnya dan juga isu Yuna pakai legging dalam muzik video dia yang terbaru ..
Yang ni penjelasan Yuna ..
“ Pasal pakai legging tu saya tidak rasa ia satu kesilapan. Saya pakai kerana saya rasa selesa dan bersesuaian dengan penampilan saya ketika itu. Saya pun tak sangka, peminat tidak suka. Walau bagaimanapun, isu ini sudah pasti membuatkan saya lebih berhati-hati pada masa hadapan. Saya sudah tahu apa yang peminat suka dan tidak suka. Tetapi, saya tidaklah kata tidak akan pakai lagi sebab kadang-kadang pakai skinny jeans pun orang ingat kita pakai legging. Saya sudah biasa dengan isu-isu begini dan saya percaya isu ini akan berlalu begitu sahaja,” - Gua.com.my
Maka akan ada yang kata nanti , ni media yang salaherti ni ! Yuna mungkin cakap lain , dia tulis lain ..
Kalau benar Yuna cakap lain , kita tengok je la akan datang nanti .. Apakah dia dengan imej dia lagi setelah isu ni panas atau dia tukar gaya dia .. Senang je kan ?
Jangan fikir hati peminat sangat .. Fikir sapa yang bagi awak tu rezeki ! Haihh …
Sori la yer peminat Yuna .. Jangan fanatik sangat .. Aku bukan anti Yuna .. Aku tak anti sapa sapa pon .. Tapi , kita ni beragama Islam .. Fikir tang tu je la.. Jangan kerana minat , kita butakan mata dan menyokong membuta tuli ..
Kalau nak tutup aurat , tutup betul betul ! Jangan takat ASAL BUAT ! Ibarat keluar rumah , pakai baju je.. seluar tak yah pakai.. Tak kisah la.. janji berbaju !!
Entri berkaitan :
Duit banyak ? Nak download , lom ada lagi rasanya .. Kalau ada baki duit gaji tahun lepas , boleh la g tengok ngan awek .. Bawak pop-corn yang dibeli kat panggung tu yer .. Jangan beli kat luar ! Diorang skang buat spot check ! Perghh ..Kang kantoi , malu jeee.. Hehehe.. Tu kat Alamanda la.. Kat tempat lain , aku tak tau ler ..
Berbalik pada cerita The Darkest Hour ni , bagi aku … untuk abiskan masa , boleh la.. Tapi lagi baik g tengok orang main bowling atau lepak kat food court dari duduk dalam panggung tengok cerita alien ni haaa..
Permulaan .. Ok la.. kira mampu buat korang macam naik kuda .. Sebab tak nampak alien dia tu kan ? Sama macam mana mana citer alien kecuali Predator … Haa tu scary skit la.. Sebab dia brutal .. Yang ni mcm alien naik kerusi roda boleh terbang punya jer .. Lebih kurang gitu la..
Tengah , dah mula menguap .. Kira kalau tak menguap tu , mmg filem ni citarasa korang la .. Aku , boleh layan lagi sbb mmg minat cita mengarut ni dari filem cinta cam Ombak Rindu tu ha.. Hehehe.. Jangan marah aa.. Mmg aku g tengok film kat panggung , film yang ada kesan khas. Kalau nak tangkap nangis . aku download dan tengok malam malam jer .. Hehe..
Ending ? Cam biasa .. alien ditewaskan dengan guna ilmu sainstifik ! Dasat kan ? Apa nak heran .. sekadar filem .. Layankan aja .. Akhirnya , cam biasa .. orang amerika gak menang ! Well… apa nak buat, diorang yang bikin itu filem !
Apa apa pun , aku nak tunggu The Avengers , Ghost Riders 2 , dan Hantu dalam botol kicap ? Oh plisss !
Kesimpulan : Jangan buang masa tengok cerita ni ! G tengok citer lain yang aku tak ulas lagi.. Kang aku ulas , potong stim lak korang .. hahaha..
Download Ultraman lagi best !
Hahahaha… kaw kaw punya dia kutuk ! Korang penah kena tak ? Macam macam dilemparkan kat blog korang mahupun korang sendiri ! Pergh.. tensen kan ? Tensen siut !!
Tiba-tiba satu hari dia diam .. Eh , pelik jugak kan ? Kenapa diam tetiba je ni ?? Hurm.. Dasat… Rindu pulak kat setiap kata kata dia tu.. Hurmm.. Mana dia menghilang ?
Fiki-fikir punya fikir .. Takde jugak dapat jawapan .. Hurm.. Dia dah bosan kot ? Mungkin laaa… Atau dia punya internet dah kena potong ? Atau komputer dia rosak ? Atau ada orang masuk minang dia ? Paling tidak , dah kena hambat dek polis ??
Terlupa !! Hari ni rupanya sekolah dah bermula ! Takkan tak tau kot yang ramai jaguh dunia maya ni terdiri mereka yang masih belajar ? Tu tak termasuk lagi yang kat ipt lagi ! Exam ari ni wooo .. hehehe..
Patut dunia blog rasa sepi jer .. hehehe …
Haaa.. Chopp !! Aku no 1 .. hehehe … Tak sangka lak aku no 1 yang follow blog dia .. Ok gak blog dia.. Baru nak panas la tu .. Nanti dah panas , mmg ‘terbaboooomm’ arrr…
Ini bukan kali pertama la yang aku jadi follower no 1 .. Byk kali dah .. cuma yg membuatkan aku terharu ialah , mereka baru buat blog dan follow blog aku ! Wow ! Tak sangka betul kan ? Camana diorang leh tau blog aku eh ?? Oh, 2 tahun rupanya aku dah berblogging ! huhu.. Semakin tua dah blog aku ni .. Hurmm
OK .. tamo buang masa korang .. Jom kita meriahkan ruangan follower dia tu ..
Perhatikan matahari .. Munculnya bukan 24 jam .. Munculnya , bukan semua tahu menghargainya .. Munculnya , bulan juga menjadi pujaan .. Kerananya juga pelangi menjadi cantik ...
Tapi bukan semua nampak apa yg kita nampak .. Begitu juga dengan nasib kita.. Hanya Allah Maha Mengetahui .. bersyukurlah.. Kalau nk lebih , berusahalah ! Mengeluh tanpa meminta , tk berbaloi.. Nak sangat mengadu nasib ? Mengadu padaNya .. Pahala pon dpt ..
Kalau kat TV3 , dari jam 7-8 malam .. citer apa gamaknya yer ? Kalau zaman aku kecik dulu , confirm cerita cina ! Ingat lagi , si Fei Mau tu .. Tu pon ramai gak melekat !
Skang ni drama-drama yang pastinya hebat ! Cam baru-baru ni , episod akhir Tentang Dhia berjaya mengumpul 3 juta penonton . Haa.. Satu kebanggaan buat mereka wooo ! Bangga dapat kumpul 3 juta waktu tu.. Perghh …
“ Menurut Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Puan Hadzelynda Khairuddin, “Sejak mula bersiaran pada 9 November 2011 hinggalah ke episod terakhir pada hari Khamis lalu, drama bersiri 30-episod ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kaca televisyen dengan purata 2.5 juta setiap episod. “ – Gua.com.my
Dan terbaru , Gemersik Kalbu .. Amacam ? Ada sapa sapa lagi nak bersantai waktu tu menonton bersama keluarga sambil makan pop-corn ? Pastu akan terus menyatukan keluarga kita punya arr.. Yelah , sama sama tolong lap airmata punyer..
Aku pelik .. Kenapa bila malam , cerita semua sangatlah mengarut ?? Kenapa jam 7 malam tu , baru buat yang best ? Nape tak kul 9 malam ? Why ? Why ? Kenapa waktu umat Islam sepatutnya mendirikan solat berjemaah tu laaa disogoknya hiburan gitu ?
Kalau nak kata cerita tu ada faedah , kan bagus sekali tayang waktu yang aku kata tadi.. Kul 9 malam keatas .. Pe susahnya ??? Iskh.. Tak paham betul aku.. Ops.. ada menda yang kita tak faham , dan takkan faham selamanya .. Haish..
Entahlah .. Agaknya , mereka nak kumpul teman akhirat kelak kot ? Sapa nak join ??
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
“ Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.”
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
“ Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.”
- Rakanmasjid.com
Pesanan untuk aku jugak yang selalu leka dan lalai .. Astagfirullah al’azim…
Ok.. sambung pasal Langkawi tu .. Sebenarnya ada kawan di FB bagi info yang amat mengejutkan aku dan aku amat-amat terkilan mengenainya.. Mengenai kereta sewa. Serius .. Bukan pasal harga tapi pasal minyak ! Tangki minyak ! Tu je aku boleh kata ..
Sewaktu di Langkawi hari tu , hotel tempat aku menginap tu berhampiran lapangan terbang. View dia pun mmg leh nampak kawasan lapangan terbang tu .. Dan aku sukakannya ! Boring je kalau asik nampak laut kan ? Hehe..
Bilik dia camana pulak ?
Hurm.. Boleh tahan besar ! Dengan harga RM200++ , bilik ini mmg berbaloi sama sekali ! Mungkin sbb lokasinya yang jauh dari pekan Kuah dan pantai Chenang , menyebabkan harganya agak murah ?
Layanan di kaunter penyamput tetamu , mmg tip top ! Tak de masalah !
Kolam renangnya .. Tak berjaya menarik aku untuk g bermain air kat situ sama sekali ! Dalam erti kata lain , kalau korang nak bermain air , lupakan saja.. kalau nak berenang , ok sangat ! heheh..
Gym ? Aku rasa masa aku g tu , baru nak buat renovation. Peralatan , totally out ! Kecewa aku .. Maka bela lemak je la kat situ..
Ruang legar hotel , mmg berjaya menawan hati aku ! Cantik ! Suka ! Moden gitu !
Kat sana , aku tak try lunch atau dinner.. Bagi aku , kalau breakfast dah menarik , confirm lunch atau dinner lagi best ! Malangnya , breakfast , sekadar ala ala hotel biasa .. Seolah tak sesuai dengan ciri-ciri hotel tu yang nampak elegan ! Kena kasi best skit ! Tapi nak buat camana kan ? Sesuai dengan harga kata orang ! Hehe.. Nak sedap , g hotel lagi mahal ! Kan kan ? Aku sekadar bagi pendapat jer.. eheh..
Dan apakah yang kurangnya kat hotel ni ? Satu part ni jer aku rasa cam kurang menarik !
Bagi aku , pinggan mangkuk selepas digunakan oleh guest , perlulah segera dikutip. Ada yang sampai lebih 24 jam kat situ ! Takkan aku nak wat fitnah lak kan ? Ni komen ikhlas dari aku apa ? Bukannya ada pihak bayar aku untuk menjatuhkan hotel ni.. Ni je yang negatif part je .. Loh.. Ikhlas nih !!
Heh.. Maaf yer .. Selain dari tu , hotel ni takde masalah ! Aku rasa kalau datang Langkawi sekali lagi , hotel ni tetap jadi pilihan aku ( kalau diorang tak blacklist aku la ) .. Tapi kena guna kereta untuk bergerak la .. Hehehe.. Jauh dari pekan.. Tapi aku tak kisah .. Best pe ? Leh lepak kat tepi jalan raya dan amik pic kapal terbang naik turun atas kepala gitu jer ! Cantik wooo !!
Untuk tempahan , sila klik SINI ..
Cemburu ada dua jenis.. Cemburukan yang membawa kepada kemajuan diri dan satu lagi , cemburu yang menghancurkan diri sendiri !
Tak dinafikan di zaman ini , manusia lebih mudah cemburu dari berbangga terhadap pencapaian orang lain . Cemburu ibarat makanan rutin harian , sekarang ini . Walaupun mulut senantiasa melafazkan zikir dan selawat , namun masih ada yang gagal melawan serangan syaitan ini.
Ya , cemburu itu sebahagian dari manusia. Tapi ada cara membendungnya.. Tu boleh dirujuk pada entri rakan blogger yang bertajuk Cara Melawan Hawa Nafsu ..
Ada satu kes berlaku ( banyak lagi tapi ‘terselamat’ ) di Johor Bahru .. Gara-gara cemburu , maka dia sendiri ikut sama ‘rugi’ ..
“ Padah keluar dengan isteri kenalan baik, seorang lelaki maut dibelasah dan ditikam suami kepada wanita terbabit menggunakan objek tajam di sebuah pasar raya di Plentong di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, mangsa, Sarmin Arsad, 40, dikatakan baru selesai membeli-belah bersama wanita berusia lingkungan 30-an terbabit.
Difahamkan, suspek yang terserempak dengan isterinya bersama Sarmin di perkarangan tempat letak kenderaan pasar raya berkenaan terkejut melihat gelagat dan aksi mereka ketika berjalan bersama.
Suspek yang berang menyaksikan perkara itu terus menyerang mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat sebelum nekad menyerang serta menikam Sarmin.” – Hmetro
Haa… Yang cari pasal , mati dan yang menikam tu pulak ditahan polis tidak lama kemudian . Motif sebenarnya , polis belum tahu lagi .. Aku bukan buat andaian tapi kalau gini biasanya , lelaki akan bertindak terburu-buru dan akhirnya menyesal.. Ada yang tak menyesal ke ? Puashati ?
Apa jadi pada perempuan tu ?
IKLAN OLEH - Asteriskboutique.com
Diperbuat dari kain Silky Cotton dan dihiasi dengan ropol di sebelah bahagian dari depan hingga ke belakang tudung, awningnya dari fabrik Velvet Corduroy.
Sale Price hingga 15 Januari ni cuma RM52 sahaja, murah dari harga pasaran.. Hanya di http://www.asteriskboutique.com/
Menangis tengok hindustan ?? Pergh.. ni bukan kali pertama .. Dalam hati ada taman ? Semua manusia ada taman dalam hatinya. Cuma samada taman tu dah kering atau senantiasa basah . Dan aku , biarlah basah kerana basah itulah menyelamatkan aku dari menjadi tidak berperikemanusiaan walaupun orang akan kata kita LEMBIK !
Saja mengimbau kenangan lama … Dan lama gak tak kuar airmata.. hahaha.. Antara babak yang menyebabkan aku kena smackdown ngan wife aku malam tadi ! Kul 1 pagi okeh ! Muahahha ..
Dari filem Kabhi Kushi Kabhi Ghum.
Mungkin akan ada kata .. “ Eeee.. geli arrr .. “ . Tapi bagi aku filem ni mudah jer .. Mengenai kekeluargaan.. Talian kekeluargaan amat penting dalam hidup kita . Yelah , ada yang pandang remeh bila dah ada kekasih atau keluarganya sendiri sampai mengenepikan mak bapak dia yang membesarkan dia selama ini ..
Walaupun sekadar filem , aku tetap terasa sayu bila mengenangkan orang tua aku yang banyak berkorban utk anak-anaknya walaupun masing masing dah punya keluarga sendiri ! Orang tua aku tetap berleter kalau aku depan mata , dan aku tersenyum je .. Aku tetap anak kecil mereka sampai bila bila !
Hurm.. cam biasa , hindustan tetap hindustan.. Sekadar perkongsian. Tak nak tengok , lagi bagus.. kan kan ? Aku pon tak syorkan suruh tengok .. hehe ..
Berita baik buat mereka yang nak berjimat cermat di zaman yang ini ! Hehe … Ini termasuk bini aku gak laa .. Korang pernah dengan My Agro Hypermat ni ??? Kalau tak pernah dengar , maka inilah masanya .. Klik SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut !
Bertempat di Malaysia Exposition Park Serdang, 43400 Seri Kembangan, Malaysia , My Agro HypeMart secara dirasmikan pada 8hb Januari 2012 .
Berserta dengan itu satu Karnival Industri Asas Tani 2012 juga akan diadakan .. Kat bawah ni , jadual dia la …
Tapi sebelum itu , mesti korang nak tau apa yang menariknya menanti korang kat sana nanti ?? Haaa…
Jom tengok jadual penuhnya .. Tengok betul-betul ! Banyak ni aktivitinya !!
Haaa…. Amacam ? Macam macam ada !!! Dan buat mereka nak nak masuk pertandingan karaoke , print dan isi borang ni. Bawak borang ni ke sana nanti pastu menyanyilaaahhh .. Untung untung menang kan ? Heheh ..
Borang untuk masuk pertandingan Karaoke ! Klik je gambar bawah ni untuk besarkan lagi paparannya.
Haa… tertanya-tanya kat mana kan walaupun aku dah bagi alamatnya kat atas tu kan ? Hehe.. Bagi mereka yang biasa kat area Sri Kembangan ni , nak cari MAEPS ni tak susah … Bagi yang tak biasa , g ke arah UPM .. Nanti jumpa la signboard MAEPS ni.. Ikut je arahannya.. confirm jumpa !
Kalau tak faham gak , klik SINI untuk join page mereka dan bertanyakan apa yang korang tak faham atau nak tanya macam macam lagi la… ok ?
Sekali lagi , alamatnya ialah di Malaysia Exposition Park Serdang, 43400 Seri Kembangan, Malaysia
Jumpa korang kat sana nanti eh !! Kasi war-war sama adik beradik eh !