Tidak menutup aurat punca wanita dirogol ?

 

Hurm.. terbaca satu status di wall sebuah fan page di FB berkaitan isu rogol ni.. Katanya punca kes rogol ni dari wanita yg pakai seksi atau lebih tepat lagi tidak menutup aurat.. Setujukah ??

Pasti akan ada yang setuju dan akan ada yang kata bagaimana pula dengan kes bayi , nenek atau wanita yang menutup aurat tapi mereka tetap dirogol juga ???? Haaa… cer jawab ?

Atau akan ada jawab , segalanya berpunca dari nafsu seorang lelaki .. Lelaki kalau kuat iman pasti tidak kerja kerja gini .. kan kan ? Betul tak ?

Jadi , kesalahan kembali pada lelaki .. kan kan ? Kalau lelaki tak merogol , pasti takde kes rogol kan ? Kan kan ? Haaa… aku tau daahh.. pasti balik punya !! Hahaha..

Ok .. ni bukan entri nak cari salah sapa tapi untuk kembali berfikir sebelum terkena pada anak cucu kita satu hari nanti..

Manusia  … kalau tak digoda , takkan buat dosa kan .. Yang mengoda ni syaitan.. Syaitan goda perempuan untuk pakai seksi .. Yang jadi mangsa , lelaki .. Bila lelaki tgk dia geram .. Takkan dia nak rogol orang tu lak kan ? Kalau kena orang tu dalam tv ?? Camana ?? Sapa jadi mangsa dia nanti kalau dia tak dapat bendung nafsu dia ni ?

Bab nafsu ni , jangan main main.. Tak kira lelaki atau perempuan boleh tahan bila dah sampai ke tahap ‘masuk air’ atau dalam bahasa sopannya bila dah ghairah.

image

Bagi aku , jawapan kepada permasalahan ini ialah , AGAMA .. Tak kira lelaki atau perempuan kembali kepada asas agama … Solat , aurat dan segalanya .. Hayati dan nikmati .. InsyaAllah , jangan kata rogol  , nak pandang perempuan pun dah malu … Betul tak ?

Dua dua kena jaga laa… Dua dua selamat .. Lelaki tak masuk penjara , perempuan tak kena rogol , raba dan sebagainya.. Apa susah kan ? Susahnya ialah nak laksanakan tu jee… kan kan ? Mana tidaknya , ada yang nak pakai seksi .. tamo tutup aurat kan ? Hak dia ??

Ada ke hak dia ??? Hak apa ??? Cuba bagitauu … sapa yang bagi hak untuk memakai seksi ni ? Allah ? Kalau dia bangsa lain camna lak ? Mudah je.. lelaki Islam pasti terdidik bila wanita Islam terdidik juga.. Secara automatik , tak kira apa bangsa sekali pon , mereka tetap pandang ke lantai …

image

Lelaki , kalau tak dapat ikan pari .. ikan bilis pon jadilah .. Pastu tepuk dahi nyesal .. Puncanya ? Ikan pari menari nari depan dia .. nak tangkap , takut .. maka sapa mangsanya ?

Tak perlu tuding jari.. sama sama kita fikir bagaimana nak hindari .. Agama dah jelaskan cuma kita saja yang butakan mata dengan saling tuduh menuduh..

 

Wallahualam.. Sekadar pendapat … Maaf jika ada yang terasa.

13 ulasan:

  1. yeay org first baca ! haha yeahhh, setuju jgk. tp kn abg ben, the biggest one should be nafsu u know. godaan nafsu lebih hebat dr syaitan. waktu bulan puasa, kta still ada terbuat dosa even syaitan kna ikat. sbb, nafsu kta lagi besar. yeahhh, kta sndr tktaw bila syaitan goda, bila nafsu goda. tp bnyk nye, dtg dr nafsu kta sndr.

    BalasPadam
  2. 2,2 kena jage diri dan nafsu !
    Ingat la Allah selalu insya'Allah sume selamat =)

    BalasPadam
  3. kalau ikut berlandaskan syariat..insyaallah terpelihara. Bak kata abg ben..kalau si lelaki dah semat dlm hati - takut tuhan - bertanggungjawab pd manusia lain esp wanita, mesti tak sanggup nak wat benda2 yg tak elok

    yg ladies jgk...kalau pakaian, cara hidup berlandaskan syariat - insyaallah terpelihara... yg penting..dua2 kena main peranan.

    BalasPadam
  4. bab nafsu memang payah, biasanya yg lemah akan menjadi mangsa. lemah iman...tak tahan godaan, yang menayang lepas yang lemah juga jadi mangsa terutama lemah nak melawan spt kanak2...

    BalasPadam
  5. Salam adik Ben. Saya baru je tulis tentang ini beberapa hari lepas. Kalau sudi, boleh lawat blog saya dan baca. Saya jamin, penjelasannya pasti menarik. :)

    http://lydsunshine.blogspot.com/2011/10/lelaki-mencuri-perempuan-berzina.html

    BalasPadam
  6. salam utk bro BA dan korang semua!owh kite ada juga kgsi n3 ttg perempuan pakai seksi ni adeihhh jom sggh :)

    http://born2touchurheart.blogspot.com/2011/10/salah-mata-lelaki-ke-bila-korang.html

    BalasPadam
  7. bende ni tak kira lelaki org perempuan..bila masing2 dah bertandukkan syaitan dah nafsu..sex menjadi syurga didunia :

    BalasPadam
  8. Salam,

    Sabda Nabi Muhammad S.A.W(antara Isi Khutbah terakhir Rasulullah SAW)

    "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku."

    Kata kuncinya ialah Al-Quran & As-sunnah....Jika kedua-dua diletakkan ditempat yang tertinggi didalam hati manusia tidak akan menjadi hamba syaitan & nafsu lagi...Setuju dengan pendapat penulis yakni semuanya berbalik kepada agama.....

    BalasPadam
  9. saya ada satu artikel..

    perempuan yang tak menutup aurat ni salah lelaki.. sebab lelaki yang perlu mendidik perempuan.. ayah didik anak, suami didik isteri.. huhu

    BalasPadam
  10. nafsu nafsu nafsu

    iman kuat , insyaallah nafsu leh elak

    ahh sume syaitan nye kjee

    -.-

    BalasPadam
  11. kalo dri kecik dpt asuhan yg baik insyalh ta jd mcm ny...niy tak,bpak pn prangai mcm org muda,ank kmana lg klo ta ikut bpk..ank tue pulak dh taw ap yg boleh & tak boleh buad jgk,dah tu slahkn ikt prangai bpk..haa..ad bpk dy pksa ikut???tak kn??ank bpak~

    BalasPadam
  12. apabila kewajiban pd agama kita telah tunaikan, Allah akan lindungi kita.apa yg penting berusaha untuk menutup segala aurat yg menjadi punca nafsu mereka yg buas.

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009