Berjuta-juta penonton di depan tv3 menjelang Maghrib !

by - Rabu, Januari 04, 2012

 

Kalau kat TV3 , dari jam 7-8 malam .. citer apa gamaknya yer ? Kalau zaman aku kecik dulu , confirm cerita cina ! Ingat lagi , si Fei Mau tu .. Tu pon ramai gak melekat !

Skang ni drama-drama yang pastinya hebat ! Cam baru-baru ni , episod akhir Tentang Dhia berjaya mengumpul 3 juta penonton . Haa.. Satu kebanggaan buat mereka wooo ! Bangga dapat kumpul 3 juta waktu tu.. Perghh …

Menurut Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Puan Hadzelynda Khairuddin, “Sejak mula bersiaran pada 9 November 2011 hinggalah ke episod terakhir pada hari Khamis lalu, drama bersiri 30-episod ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kaca televisyen dengan purata 2.5 juta setiap episod. “ – Gua.com.my

Dan terbaru , Gemersik Kalbu .. Amacam ? Ada sapa sapa lagi nak bersantai waktu tu  menonton bersama keluarga sambil makan pop-corn ? Pastu akan terus menyatukan keluarga kita punya arr.. Yelah , sama sama tolong lap airmata punyer..

Aku pelik .. Kenapa bila malam , cerita semua sangatlah mengarut ?? Kenapa jam 7 malam tu , baru buat yang best ? Nape tak  kul 9 malam ? Why ? Why ? Kenapa waktu umat Islam sepatutnya mendirikan solat berjemaah tu laaa disogoknya hiburan gitu ?

Kalau nak kata cerita tu ada faedah , kan bagus sekali tayang waktu yang aku kata tadi.. Kul 9 malam keatas .. Pe susahnya ??? Iskh.. Tak paham betul aku.. Ops.. ada menda yang kita tak faham , dan takkan faham selamanya .. Haish..

Entahlah .. Agaknya , mereka nak kumpul teman akhirat kelak kot ? Sapa nak join ??

 

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.”

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.

- Rakanmasjid.com

 

Pesanan untuk aku jugak yang selalu leka dan lalai .. Astagfirullah al’azim…

You May Also Like

21 comments

  1. sesungguhnya manusia perlu akan peringatan setiap masa dan ketika.thnx abg ben.

    BalasPadam
  2. betol tuh betol. time maghrib lah citer best-best kuar. hoho

    BalasPadam
  3. tak pernah nk tgok pn cerita wktu maghrib sb ad yg lbih pnting dr itu...

    http://www.mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/01/kontroversi-awal-tahun-2012.html

    BalasPadam
  4. betul..betul kenapa cite2 camtu tak ditayangkan pd waktu malam je..tq abg Ben ingatkan manusia dr leka duk melayan drama waktu mghrib tu..termasuklah sy..huhuhuhuhu..

    BalasPadam
  5. tazkirah dipetang aghrib :) thanks !!

    BalasPadam
  6. jom sama2 mengimarahhkan masjid.. =)

    http://ridzuangjanz.blogspot.com/2011/12/contest-pesta-puisi-islam.html

    BalasPadam
  7. Nasib my rumah 'diharamkan' bukak tv time maghrib. Pkul 7-7.55 tak boleh bukak tv. Kalau x membebel la mama. Tapi Alhamdulillah sbb dri kecik mcm tu now x kesah langsung.. 7.55 bru bukak sbb nk tgk berita. Even now jauh dri mama pun x tgk tv time maghrib. Sbb da terbiasa =) (mcm bjet bgus plak hehe)

    BalasPadam
  8. x tgok tv....tgok kt youtube, tonton or tunggu blogger upload..

    BalasPadam
  9. memang btul apa yang dperkatakan..tapi kat sabah mgrib awal n smpat lagi ngaji..sama2 muhasabah diri..

    BalasPadam
  10. itu lah.. camane ya nak stopkan budak2+org tua tgk tv from 7-8pm ya?

    BalasPadam
  11. nasib baik maghrib kat sabah awal.hehe

    BalasPadam
  12. 3 juta, mak Lia bila pukul 7.00 mesti terus di tutup tv tanpa kompromi, tapi betul juga, kenapa tak tukar siaran pukul 9 atau 10 atau 11 malam. kan lagi bagus...

    BalasPadam
  13. huhuhuk .. confirm x tengok tv time maghrib dah ..

    BalasPadam
  14. saya tak pernah layan pon slot akasia.. jam 7ptg pd zaman kanak2 saya adalah waktu utk pergi mengaji..

    dan skang utk menjadi contoh kpd anak2 buah yg lain, kita yg kena mulakan. jgn melekat dpan tv menjelang maghrib law tak, dgn dorang sekali ikot kita.

    btw, congrats media prima. citer indonesia n telenovela seksi meksi boleh pulak kau tayang kul 2 ptg.

    BalasPadam
  15. tu la pasal.. depa nak siarkan cite melayu time tu.. time tu siarkanlah cite lain.. malam plak cite ntah ape2.. huhuhu

    BalasPadam
  16. dah budaya tv3 kot..dulu 6.30pm-7.30pm...

    saya bukan nak kata saperlah... saya juga kekadang tertengok gak duk gadap kalau cite tu best...best ker???

    apa-apa pon kita yg atur diri sendiri. muhasabah... jom...jomm..jomm anak2 solat ya (^_^)

    BalasPadam
  17. Sebab dia cuma nak untung. Kita pulak sibuk dikelentong..

    BalasPadam