Antara blogger-blogger yang hadir sama .. Sapa ? Korang kenal tak ?
Aku terima jemputan ni melalui geng geng VYREC yang sangat sangat ramah .. hahaha .. Ramah ada maknaa tu.. hahaa.. Tak , mmg diorang ramah !
Lambat aku update pasal ni .. hehe .. Sibuk sangat .. Skang ni baru dapat tarik nafas skit tapi masih tetap ada keje kena buat .. Tak pe la , rezeki .. jgn mengeluh kan ?
Mengenai BICARA MINDA BERSAMA TUN MAHATHIR , Jumaat lepas .. aku sangat berpuashati dapat mendengar sendiri sepenuhnya perkongsian pengalaman hidup beliau . Sangat mengujakan aku apatah lagi bila melihat kesungguhannya. Terharu pun ada. Bayangkan umurnya sudah 87 tahun ( jika aku tak silap ) dan berdiri di pentas itu , berucap dengan penuh semangat !
Malangnya , ada yang tak reti nak amik peluang itu dengan bercakap cakap atau layan telefon ! Huhuu.. Mungkin ramai anggap beliau seorang yang .. hurmm .. ‘teruk’ atau ‘kuku besi’ tapi bagi aku , dia ada jawapan tersendiri mengapa dia berbuat sedemikian rupa. Yang penting , jangan tengok part teruk tu .. Tengok juga apa yang dia dah bawa pada negara kita . Jangan sombong sangat. Kita sendiri pon belum tentu mampu jadi seperti dia ..
Teringat lagi aku pernah berselisih dengannya di KLCC. Waktu tu aku nak turun ke tingkat bawah dengan menggunakan ekslator dan dia di depan aku , tanpa seorang pengawal peribadi pon. Dia dok jalan jalan kat situ. Waktu tu, dia bukan lagi Perdana Menteri. Aku tak la nak tegur atau bersalaman dengannya sbb hormat privasi dia .. hehe ..
Semoga Allah berkati hidup Tun Mahathir dan ampuni segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya .. Kita cuma manusia biasa ..