Ni gara-gara drama atau filem la .. Asal watak DATUK atau DATIN , mesti masyuuukkk atau kaya raya .. Kira gempak gila la bila bertitle nih .. Tapi hakikatnya , kita tau .. bukan semua gitu pon ..
Tanggapan macam tu , dibawa sehingga keluar di dunia nyata ini .. Kesian .. tu yang berlaku pada pelakon veteran kesayangan aku ni .. Datuk Yahya Sulong. Aku membesar dengan menonton filem filem komedi dia , AR Badul , Hamid Gurkha dan ramai lagi ..
Menurut isterinya , Datin Alisah Ali berasa malu apabila perlu membawa gelaran yang dikurniakan kepada suaminya disebabkan kehidupan mereka yang dihimpit kesusahan.
Alisah berkata, terdapat individu menghantar surat dan berkunjung ke rumahnya di sebuah flat di Sentul dekat sini untuk meminta derma kerana menyangka mereka mempunyai banyak wang gara-gara suaminya menggunakan gelaran Datuk.
“Ada orang datang ke rumah saya minta derma. Saya nak korek duit dari mana? Kami ni susah. Orang ingat bila kita ada pangkat Datuk, kita ni kaya?” ujar Alisah kepada mStar Online.
Menurut Mstar lagi mereka mengharapkan bantuan daripada Baituilmal sebanyak RM400 sebulan dan juga wang pencen salah seorang arwah isteri Yahya sebelum ini iaitu dalam jumlah yang sama.
Dan wang sebanyak RM800 itu digunakan untuk membeli makan minum serta keperluan ubat-ubatan Yahya yang semakin uzur.Alisah berkata walaupun dihimpit kesusahan dia tidak pernah meminta sumbangan daripada sesiapa pun kerana tidak mahu dituduh terlalu bergantung dengan orang lain.
Hurm … sian .. Aku selalu memikirkan nasib aku bila tua nanti. Jadi , aku ngan wife dah menabung dari mula kitorang kawin. Yelah , kita bukan ada harta keturunan yg menimbun untuk dihabiskan. Kena bijak menyimpan dan berbelanja dari muda lagi ..