‘DATUK’ tak semestinya kaya !

by - Isnin, Mac 12, 2012

 

image

Ni gara-gara drama atau filem la .. Asal watak DATUK atau DATIN , mesti masyuuukkk atau kaya raya .. Kira gempak gila la bila bertitle nih .. Tapi hakikatnya , kita tau .. bukan semua gitu pon ..

Tanggapan macam tu , dibawa sehingga keluar di dunia nyata ini .. Kesian .. tu yang berlaku pada pelakon veteran kesayangan aku ni .. Datuk Yahya Sulong. Aku membesar dengan menonton filem filem komedi dia , AR Badul , Hamid Gurkha dan ramai lagi ..

Menurut isterinya , Datin Alisah Ali berasa malu apabila perlu membawa gelaran yang dikurniakan kepada suaminya disebabkan kehidupan mereka yang dihimpit kesusahan.

Alisah berkata, terdapat individu menghantar surat dan berkunjung ke rumahnya di sebuah flat di Sentul dekat sini untuk meminta derma kerana menyangka mereka mempunyai banyak wang gara-gara suaminya menggunakan gelaran Datuk.

“Ada orang datang ke rumah saya minta derma. Saya nak korek duit dari mana? Kami ni susah. Orang ingat bila kita ada pangkat Datuk, kita ni kaya?” ujar Alisah kepada mStar Online.

Menurut Mstar lagi mereka mengharapkan bantuan daripada Baituilmal sebanyak RM400 sebulan dan juga wang pencen salah seorang arwah isteri Yahya sebelum ini iaitu dalam jumlah yang sama.

Dan wang sebanyak RM800 itu digunakan untuk membeli makan minum serta keperluan ubat-ubatan Yahya yang semakin uzur.Alisah berkata walaupun dihimpit kesusahan dia tidak pernah meminta sumbangan daripada sesiapa pun kerana tidak mahu dituduh terlalu bergantung dengan orang lain.

Hurm … sian .. Aku selalu memikirkan nasib aku bila tua nanti. Jadi , aku ngan wife dah menabung dari mula kitorang kawin. Yelah , kita bukan ada harta keturunan yg menimbun untuk dihabiskan. Kena bijak menyimpan dan berbelanja dari muda lagi ..

You May Also Like

10 comments

  1. sediakan payung sebelum hujan...;-)

    BalasPadam
  2. Sedihnya :( ..

    ramai yang terlepas pandang kisah hidup macam ni .. Padahal Datuk Yahya Sulong pun banyak berjasa dlm industri pefileman. Semoga ada pihak yang tampil untuk membela nasib dia . Bukan nak bagi kaya raya, tp at least bagi la dia senang sikit .

    BalasPadam
  3. sebab tu kalau takde apa2 urusan tak perlu la keluarkan kwsp..akaun 2 utk rumah dan kereta kan..tak pun utk anak sambung belajar dekat u..

    sebelum ni kat tv kat media ramai org bising biar la diorang nak keluarkan pun..duit diorang hak diorang suka hati diorang la nak buat apa..mana la tau esok2 mati tak sempat nak merasa..

    kalau ada benda penting dan kecemasan takpe la juga..tapi kalau nak beli perabot nak melancong guna kwsp...hmm...hidup tak selalu indah..langit tak selalunya cerah..menabunglah..kalau mati tak sempat rasa pun kan blh dpt kat isteri & anak2..bkn org lain pun..

    BalasPadam
  4. Datuk business je yg kaya biasanya... Datuk yg dpt sbb beri jasa pada negara jarang yg kaya... Datuk ni cuma title tanda penghargaan kpd mereka yg banyak berjasa kpd negara, mereka yg dapat datuk x menerima ape2 elaun...

    BalasPadam
  5. datuk ni just gelaran utk sumbangan dgn jasa yg pernah ditaburkan utk negara bukan disebabkan terlalu byk duit.. tapi skunk gelaran ni dah disalah faham oleh org ramai..

    Salam perkenalan dari Afiq

    BalasPadam
  6. ya! kena sediakan payung yg besar n tahan sikit sblm hujan...

    BalasPadam
  7. Eh? x kenal lak dia tu siapa...adeh..teruknya saya. Owh ye ke? ingatkan semua org yg datuk tu kaya. Kesian baca cerita dia. Isk2..

    BalasPadam
  8. insafnyer tengok...
    oleh itu, menabunglah dari sekarang

    BalasPadam
  9. klu aku pencen nati tak leh la nk boros2 ....anak2 aku bg sikit2 je utk merasa duit pencen aku .... duit kwsp ngan ganjanran laki aku tu kasi simpan utk tua2 nanti ...


    seb baik keja kerajaan kan ....hopefully pemeriantah zaman aku pencen tak tarik balik pencen utk kakitangan kerjaan ... klu tak mmg ssh idup ku nanti

    BalasPadam