Haih .. zaman ni , macam zaman filem koboi ! Macam macam ada kes jenayah yang dilakukan tanpa rasa bersalah kecuali bila dah dijatuhkan hukuman ..
“ Anda digantung sampai mati ! “
Dan berteriaklah mereka kerana menyesal ! Tapi sebelum buat tu , tak terasa ke bersalah bila nak buat jenayah tu eh ? Oh , mungkin dia terasa akan terlepas la kot .. Mungkin la .. tapi peratusan nak lepas tu , mungkin kecil tapi kalau jenayah yang dilakukannya besar dan berat.. baik lari la ke hujung dunia. Kalau duduk dalam Malaysia ni , mmg tak lepas laa ..
Aku terfikir la .. camana mereka yg bunuh orang tu .. Takde perasaan ke ? Apakah diorang sangka diorang dalam dunia perfileman ? Lepas bunuh tu akan ada pengarah jerit ,
“ CUTTTTTTTT” ??
Senang benar mereka membunuh orang.. Giler senang ! Aku nak pijak lipas yang aku geli pon , pk banyak kali.. Apa apa halau dulu .. kalau nampak lagi , baru kill n die ! Huhu..
4 pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa
“ Empat pelajar kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang pensyarah dan bapanya.
Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20, Mohamad Sharafe Matt Noh, 19, Azizi Aizat Ibrahim, 20, dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu terhadap Zara Eleena Omar Peter, 23, di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, kira-kira 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada 9 Mac lalu.
Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Omar Peter Abdullah, 56, di tempat yang sama pada kira-kira 11.30 malam, 8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.
Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. “- Bharian.
Pergh .. Masak laaa … Tu la , buat kerja tak pikir .. Haa.. skaang , mengigil memanjang la dalam penjara tu .. Camana tu ?