Biasanya pengiklan dalam dunia maya akan menanyakan berapakah jumlah trafik harian , followers dan macam macam lagi untuk menilai sesebuah blog .. Di mana sebenarnya kekuatan sesebuah blog untuk menunjukkan bahawa blog tu punya kemantapan dari segi penulisan atau memiliki auranya tersendiri ?
Setelah hampir 3 tahun aku berblogging dan pelbagai genre aku cuba untuk memikat pembaca blog akhirnya apa yang aku tau , mudah saja .. Apa yang sebenarnya membuatkan pembaca menjadi pembaca setia di blog kita ? Entri yang berinfomasi dan santai ..
Bila blogger mula menumpukan entri entri begini , trafik akan mula menurun .. Yang tinggal cumalah pembaca setia .. Bagaimana nak tingkatkan trafik semula ? Maka blogger akan mula kembali ‘bermain’ dengan entri entri SEO dan isu panas harian kerana inilah yang menjadi daya tarikan pengguna internet ..
Tapi apakah itu menunjukkan sesebuah blog itu berkualiti ? Sapa yang menilainya ? Bagaimana nak menilainya ? Mudah saja .. lihat saja komen di entri entrinya .. Komen yang ditinggalkan ,pastinya berkaitan dengan entrinya ..
Untuk menarik trafik , tak sukar sebenarnya. Tajuk yang menarik , isu panas , pastinya akan membuatkan pembaca atau rakan terutama di Facebook atau Twitter , klik untuk membacanya.
Persoalannya , apakah mereka puashati setelah membacanya ? Ada blogger akan jawab .. “ Apa aku kisah , janji trafik up ! “ .. Sampai bila nak begitu ?
Yer , aku rasa aku semakin matang dalam dunia blog ini. Pentingnya sesebuah entri berinfomasi walaupun ianya sekadar santai ..