Mak Qhalif dah pening kepala .. Ayah dia lak , tak cukup tidur .. Qhaliff lak , nehh .. budak budak .. mana tau apa apa kan ? Tau akan , berak , nangis , senyum.. Alhamdulillah .. Kang dah boleh cakap , lain pulak ceritanya kan ?
Kenapa bayi menangis yer ? Mengikut dari apa yang aku sendiri dah alami dari pengalaman bersama Qhaliff selama 14 hari , Qhaliff paling banyak menangis sebab lapar .. Kemudian statistik menunjukkan Qhaliff menangis sbb berak .. Di tempat ketiga pula , Qhaliff menangis sbb tak selesa , cam suhu bilik yang panas menyebabkan berpeluh di badannya .. Di tempat ke empat lak , aku tak pasti lak sbb bila dia nangis , kebanyakkan mak mertua yang g pujuk dia .. Aku punya part belah malam time semua tidur .. Huhu..
Ok , jom tengok tips tips dari beberapa buah blog yang aku amik mengenai mengapa bayi menangis. Jangan ingat yang belum kawin tu tak perlu amik tau .Kot boyfriend korang menangis berpunca dari kes yang sama .. Sapa tau kan ?
Dari babycenter.com.my
1. Saya perlukan makanan
2. Saya perlukan keselesaan
3. Saya perlu nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk
4. Saya perlu dipeluk
5. Saya perlukan rehat
6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera
7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu
Bila bayi menangis , apakah yang perlu dibuat ? Yaaa, buat dek ! Buat laaa kalau berani ! Kang kena serbu dek polis baru tauu.. Penderaan kanak kanak okeh !! Haaa .. Apa yang perlu dibuat ialah .. Jangan sesekali call aku okeh sbb aku pon dok belajar .. Hehehe ..
Ini tips dari babycenter jugak yang berguna untuk aku dan wife ..
Selimutkan dia dan peluk dengan rapi
Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim, jadi anda mungkin mahu cuba membedungkan bayi anda dengan selimut dan memerhatikan samada dia suka dibedung. Ramai ibu dan bapa juga mendapati bahawa memeluk bayi rapat, terutama sekali apabila bayi boleh mendengar denyutan jantung ibubapa, atau meletakkan bayi dalam gendongan menyamankan. Bayi lain mendapati bedung terlalu menyekat dan lebih sukakan lain cara untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.
Dapatkan ritma yang teratur
Dalam rahim, bayi anda boleh kedengaran denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Walau bagaimanapun, lain bunyi yang teratur dan berulang boleh juga mendatangkan kesan tenteram. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian. Ramai ibubapa mendapati yang bayi mereka boleh mendengar ritma mesin basuh kain yang teratur atau bunyi bercorak 'hingar putih' yang dihasilkan oleh pembersih vakum atau pengering rambut, yang akan menidurkan dia dalam sedikit masa. (Jangan sekali-kali meletakkan bayi anda di atas mesin basuh atau pengering kain - bila-bila masapun, letakkan dia atas lantai berdekatan dengan mesin itu.)
Buai-buaikan bayi
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan, dan anda akan mendapati bahawa bayi anda akan bertenang akibatnya, samada anda berjalan-jalan sambil menghayunkan dia atau duduk dengannya atas kerusi goyang. Buaian khas bayi boleh menenangkan setengah bayi, tetapi bayi lain lebih selesa dengan keadaan yang lebih pantas dan akan tidur sebaik saja mereka dibawa berjalan dalam kereta.
Cubakan urutan
Memberi bayi anda urutan atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkan dia. Jika dia ternampak seakan-akan kesakitan disebabkan angin, cuba menyusukan dia dalam posisi tegak dan menepuk dia selepas penyusuan dengan menyandarkan dia di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadangkala terasa reda jika perut mereka digosok, dan anda pun akan berpuas hati sebab sekurang-kurangnya telah mencuba membantu bayi yang cemas.
Biarkan dia menghisap sesuatu
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari (yang bersih) atau ibu jari boleh mendatangkan ketenangan yang banyak. "Hisapan penyelesa" boleh mengaturkan kadar denyutan jantung bayi, merelakskan perutnya dan membantu dia bertenang.
Mungkin akan ada sebab sebab lain sbb gangguan serangga atau byk lagi.. Cuba kongsikan pengalaman anda di sini ..