Gambar dan cerita dari Yahoo ..
Pelik gak .. Kalau dia mesra ngan sapa sapa sekali pon , perlu ke nak upload ke internet ? Ni sendiri amik gambar , sendiri upload pastu tunggu kontroversi !
Serius , aku tak kenal pon minah ni.. Dia ni berlakon iklan pampers mana ni sampai terdesak sangat nak dapatkan iklan ubat gigi lak !! Tolonglah jaga maruah skit ! Setakat status selebriti tu , tak yah la.. tak tahap selebriti lagi.. Selebetibi ada la ..
Maaf la yer Zarina Anjunglie .. Bukan mencipta kontroversi tapi tambahkan lagi je kontroversi yang sengaja dicipta untuk mencari isu murahan !
Weekkkkk !
Artikal berita : Yahoo
Pelakon Zarina Anjoulie menjelaskan mengenai isu dia dicium seorang lelaki yang tersebar di laman Twitter miliknya, merupakan abang tiri berlainan ibu namun berkongsi bapa yang sama.
Figura yang penuh dengan kontroversi ini menjelaskan bahawa dia sememangnya rapat dengan abang tirinya itu dan seringkali menunjukkan kemesraan mereka sebagai adik beradik dengan berpeluk dan bercium.
"Tidak salah bukan untuk menunjukkan rasa kasih sayang kita dengan adik beradik sendiri dengan mencium dan memeluk mereka. Bukan sesiapa pun, abang saya juga."
"Sebab itu kalau ada yang pernah terserempak saya begitu mesra dengan dia, orang akan salah anggap seperti pasangan kekasih. Namun saya pasti, jika mereka melihat muka abang saya pasti dapat cam kami mempunyai iras muka yang sama."
"Kalau betul lelaki yang saya ada dalam gambar tu kekasih saya, saya tidak akan bertindak bodoh dengan memuat naik gambar tersebut untuk dilihat umum. Sudah-sudahlah dengan gambar yang lepas. Saya tidak mahu ulang lagi kesilapan dulu dengan memuat naik gambar yang boleh mencetuskan kontroversi."
Zarina turut memberitahu bahawa dia agak kesal dengan tanggapan segelintir pihak yang terus membuat jangkaan tanpa bertanya perihal gambar tersebut.
"Saya agak kesal dengan segelintir masyarakat yang gemar membuat kesimpulan selepas melihat gambar-gambar seperti itu, namun saya tidak tertekan dan anggap perkara ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik," ujar Zarina.