“ PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. – UTUSAN “
Maklumat pertama aku dapat dari rakan WhatsApp .. Kemudian dia bagi link dan membawa aku ke artikal berita kat atas tu haa .. Teringat wife yg sedang meeting di JPM ..
Sumber gambar : Sini
Sumber gambar : Cari Malay Forum
Sms dari wife aku ..
“ Ader kes tembak menembak kat JPM .. Semua orang nak masuk JPM xblh .. katanya ada orang mengamuk .. takutnya .. x tau blh keluar ker x .. dahla kereta parking kat luar .. “.
Hurmm … Semoga Allah lindungi semua orang di sana ..