Waaa .. Sewaktu dalam perjalanan ke Kelantan tadi , ternampak papan tanda ni haa … Lebuhraya Rakyat ! Lebuhraya yang sedang dibina tanpa tol berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan …
Wife bagitau aku . Nak join derma sekali . Aku ok kan ajer .. Benda baik, apa salahnya kan ? Lagi pon aku sendiri akan guna .. Untuk kegunaan gak kan ? Orang kata , saham akhirat .. Kita nak bina sebuah masjid , tak mampu la kan .. heeheh ..
TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai ( HarakahDaily )
Semoga ianya dapat memberi manfaat pada penggunanya nanti .. InsyaAllah ..
Maaf , ni bukan artikal politik … Aku kan ulang alik Kelantan . Lagi cepat lagi bagus kan ?