Pagi tadi , aku mintak wife contact kontraktor yg akan buat renovation kat rumah baru aku tu untuk membuat penambahan keselamatan pada pintu rumah ..
Perbualan kitorang tu didengari oleh mak mertua aku. Dia kata amalkan ayat Kursi terutama bila nak kunci pintu rumah atau keluar rumah.InsyaAllah , selamat. Yakin pada Allah ..
Dia cerita kat kitorang tadi satu kes dulu yang mana waktu tu dia dan ahli keluarga yg lain nak ke KL dan tinggalkan rumah tanpa penjaga .. Dan rumah dimasuki pencuri !!
Pencuri berjaya masuk melalui pintu atas rumah namun gagal turun ke tingkat bawah kerana pintu pagar yg memisahkan tingkat atas dan bawah terkunci dengan rapat !
Menariknya ...pintu tu sebenarnya tak berkunci langsung !!! Mak mertua aku kata dia terlupa kunci !! Si pencuri cuba habisan untuk membuka kunci ' yang tak berkunci' hinggakan rosak lubang kunci tu !!
SubhanAllah... Kagum dalam diam aku .. Kesan darah terdpt kt pintu grill tu .. tiada apa yg hilang .. Nmpknya dia keluar hampa .