Aku bukan melenting atau terasa malah berterima kasih atas komen dibawah ini ..
“ Entry anda semakin lama semakin banyak unsur merungut walaupun dalam bentuk yang positif...tak salah, kerana anda cuba mencari motivasi diri untuk meneruskan hidup di rumah dan bukan di pejabat..walaupun anda kelihatan sebagai seorang hero yang mampu buat semua kerja (yer saya faham, sukahati la, ni kan blog anda ;) ) tetapi nasihat saya jangan dianggap orang lain yang bekerja di pejabat itu dalam keadaan senang lenang dan berseronok dengan rakan sahaja..saya pernah berada di tempat anda dan saya yakin anda dapat seimbangkan semula entry anda dengan menampakkan peranan ayah bersama-sama ibu dalam mendidik dan mengasuh anak..jika tidak, anda akan kelihatan seperti orang yang pasrah..jika anda redha, akan nampak keceriaan dalam setiap entry anda kerana anda tahu setiap penat lelah anda itu menjana saham untuk akhirat kelak..Inilah motivasi ketuhanan.. “.
Jawapan aku ..
Yang pertama , saya nak beritahu rakan pembaca kehidupan saya ini bukanlah HAPPY GO LUCKY saja .. Sama seperti yang lain. Ada pasang surut .
Yang kedua , saya tak pernah anggap diri saya hero sebesar kuman pun..
Yang ketiga , apa yang orang lain buat kat opis , bukan masalah saya. Mereka happy atau tidak , semua itu saya dah lalui. Penat dengan kerja. Tensen dengan majikan. Berbaloi atau tidak . Dan saya bukan sekadar jaga anak kat rumah saja. Kena tunggu 'line clear' baru boleh buat kerja saya . Kerja saya pulak bukanlah kerja rutin walaupun nampak seperti rutin iaitu update blog. Perlu idea yang fresh untuk diceritakan .. Melayan karenah orang siber yang lebih ramai bersikap keyboard warrior atau ninja.
Yang keempat , apa yang berlaku adalah rutin harian . Saya bukanlah kaki tembelang untuk cerita yang manis manis saja. Nak mengasuh anak , apa yang saya ajar pada anak saya hari ini , saya rasa ramai lagi parents lebih bepengalaman dari saya.
Yang kelima , buat mereka yang dah kenal saya melalui blog ini , mereka tau pasang surut entri di blog ini. Blog saya ni ada 3 rasa .. Masam masin dan juga manis.Itu yang membuatkan saya gemar bercerita disini kerana saya berkongsi pengalaman hidup dengan mereka . Dan bagaimana saya menghadapinya ..
Ini bukan blog blog keibubapaan. Sebab itulah taglinenya SANTAI BEN ASHAARI dan bukannya PAPA MAMA BERSANTAI ..