Alhamdulillah ..baru baca satu artikal mengenai Kelebihan susu ibu ni .. Seperti yang ibu ibu sedia maklum , banyak kelebihan susu ibu ni berbanding susu formula ..
“Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan. “
“Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan.
“Ia memenuhi keperluan zat seiring usia bayi. Sebagai contoh, susu yang keluar pada usia bayi sehari lebih banyak kandungan lemak,”
Itu suku dari artikal yang aku amik di akhbar KOSMO yang bertajuk Bayi lebih sihat dan cerdik yang bertarikh 14 September 2012.. Banyak lagi info menarik dalam tu .. Bagi bakal ibu , mmg patut baca .
Ada seperkara yang menarik minat aku untuk aku kongsikan bersama yang mana pernah ada seorang rakan FB aku tanya pada aku iaitu camana aku ajar Qhaliff hisap susu botol ..
Salah satu kelebihan Qhaliff sewaktu lahir , automatik dia tau camana nak hisap puting tanpa ‘dipaksa’ .. Waktu tu dia kena ‘kuning’ dan nurse yang jaga dia kata dia cepat tangkap bila hisap guna botol ni haa .. Dan dia tak keliru langsung dengan puting susu ibunya … Perghh .. kalau tak , letih gak aku nak ajar haa .. Kira dua dua selamba je la bagi Qhaliff .. hehe ..
Syukur pada Allah , hingga kini Qhaliff tak bagi banyak masalah untuk aku dan wife ..