Hurmm .. nak didukung lagi dia hari ni . Tiap petang , mesti nak dukung .. Huhu .. Mungkin sebab dah biasa setiap petang asyik keluar jer .. Tu yang dia tamo baring ..
Letak je , nangis .. letak je , nangis .. Perghh .. Kalau orang tak sabar ni , confirm dah naik angin .. Aku sabar ke ? Naik angin tu takde la .. tapi guna ketegasan gak la iaitu biarkan je dia jerit jap .. Tapi aku tetap pantau gak la..
Dia akan kuat menjerit bila nampak mak bapak dia. Kalau takde orang , dia tengok tv ! Adoiyaiii .. manja terlebih nihh !
Dalam kul 3 lebih , baru dia nak lenaaaa .. Bila tengok dia tidur , kesiannn je dia.. Haih , menyesal pulak buat kat dia gitu .. Baby , mesti ada tak kena bila dia menjerit kan .. Aku syak lebih pada panas je .. Cuaca panas menyebabkan mereka tak selesa ..