Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un.. kesiannyaaa .. Terkedu bila aku membacanya . Perkara yg memang aku cukup risau bila tidur bersama dengan baby. Sememangnya dalam usia begitu , aku akan tidur jauh dari baby dan takkan nyenyak sebab sesekali aku gi usha baby . Risau mak dia hempap anak sendiri ! Yelah , time tidur mana ada orang nak sedar sangat .. Sangat merbahaya ..
Menurut Bharian pagi ni , seorang bayi lelaki berusia 30 hari maut selepas dipercayai dihempap secara tidak sengaja abangnya yang berumuru 5 tahun , ketika nyenyak tidur di rumah mereka di Alor Setar, Kedah.
Kejadian dipercayai hanya disedari ibu bayi tersebut antara jam 5 hingga 6 pagi semalam, selepas mendapati tubuh bayi itu kaku. Abang mangsa yang tidur di atas katil dikatakan terjatuh dan menghempap adiknya yang tidur di bawah bersebelahan katil.
Kalau Qhaliff nyenyak semacam pun aku risau gak . Mesti aku pandang tepat dada dia.. Bergerak ke tak .. Huhu.. Yelah , kena waspada woo.. Cam tadi tu , aku perhati dia tidur .. dia tembap muka dia kat tilam. Camana dia nak nafas ? Haaa .. Lemas dia wooo .. Dia mana sedar .. Iskhhh..
Jangan pandang ringan aih.. Bagi aku kalau terasa semacam , baik fikir 2-3 kali kesannya..