Sebenarnya lama dah aku nak berkongsi bedak ruam ni haa .. Yang syorkan bedak ni ialah bapak mertua aku . Katanya orang kat Kelantan guna bedak ni je untuk hilangkan ruam kat badan.
Qhaliff , yang mmg mana badan dia ikut badan aku iaitu mudah berpeluh mmg cepat naik ruam terutama kat bahagian tengkuknya. Setiap kali mandi , mmg aku akan letak dan alhamdulillah , hilang.. Yelah , dengan izin ALLAH la kan ..
Aku pernah bagi kat kawan blogger cuba bedak ni yang mana kebetulan muka anaknya ada sedikit ruam. Alhamdulillah ,elok katanya selepas guna bedak tu.
Selain dari guna bedak ni , orang kata guna tepung ubi kan ? Apa pun , mana yang mudah ..cubalah. Bedak ni pun ada dijual online . Atau kawan kawan yang nak balik raya haji ni , kirimlah ..
* terima kasih kerana betulkan tang tepung tu.. haha ..