Memandangkan Qhaliff dah lebih popular dari aku , maka … biarlah aku bukak blogshop jual shawl atau tupperware je .. Jual korset , laku tak ?
Memandangkan Qhaliff dah lebih popular dari aku , maka … biarlah aku bukak blogshop jual shawl atau tupperware je .. Jual korset , laku tak ?
Terkejut gak bila wife bagitau MAXIS ada offer Samsung Note 2 dengan harga begitu . Tapi pastinya ada ‘agenda tersembunyi.’ Hurm.. Kalau tengok kat Digi , harganya RM1,399 kalau tak silap aku .. tu pun dengan pakej broadband yang tak sure berapa harga yuran bulanannya.
Aku pun ajak wife g usha kat Maxis Centre kat Alamanda.. Sampai sana , aku ajak g tengok kat satu francais yang jual barang elektronik ni .. Harga cash Note 2 , RM2299 .. kalau hutang , sebulan RM155 untuk 24 bulan .. Takkan 12 bulan lak kan ? Rugi la dia.. Tapi kalau untuk 24 bulan , perghhh .. untung banyak tuu ..
Pastu g Maxis Centre .. Nak tau apa ceritanya kat situ .. Tanya salah seorang staff Maxis yang bertugas ..
“ Aah .. Untuk Maxis One Club member , harga mmg RM999 tapi yuran bulanan tak kurang dari RM149 !!! Untuk berapa lama , tak sure .. Tapi biasanya 24 bulan … Kalau 12 bulan pon , derita gak sbb skang ni pakai line bayar bulan bulan baru 40-50 hengget jer ! Hehehe .. Internet guna wifi kat opis dan rumah. Bila jalan jalan , guna hot spot aku punya.
Kesimpulan , beli cash je laaa jawabnya .. Saja nak kasi kat wife .. Aku nak tau gak apa yang bestnya Samsung sampai ramai tergila kat dia .. heheh.. Aku HTC forever okeh !
Tapi .. tapi .. tetap g gak ! Seminggu 4 kali g Alamanda .. Mentang mentang laa dekat sangattt .. hehee .. Dan pastinya kalau g sana , aku suka g makan kat Secret Recipes .. Kenapa ? Aku suka makanan kat situ. Kebanyakkannya menepati selera aku dan servis dia pantas .. hehe ..
Tak kira la.. Nak muntah atau tidak dok g makan tempat sama , yang penting masa dan tak semak seperti mall lain. Parking pun senang .. ehehe ..
Hehehe …Alhamdulillah .. kenyang .. Dan menariknya kan , sekarang ni Qhaliff dah tak macam dulu iaitu , menangis di kala mak ayahnya shopping .. Dia dah cool skang ni .. ehehhe .. 6 bulan dan dia dah boleh terima persekitaran dia .. Dan , dia lak skang suka keluar jalan jalan ! Kalau tak , pasti meragam ! Adehh ..
Ahaaa .. sampai sampai rumah , tgok tgok depan pintu ada bungkusan. Tengok nama , kenal sangat .. Pakcik kesayangan Qhaliff .. Pakcik Adnan Ibrahim aka Mat Gebu .
Bukak bukak , tu diaaa .. ada dua menda .. Satu menda tu , utk wife .. Satu lagi untuk Qhaliff .. Daddy ? Daddy takde keeee ?? Hahaha .. Tak kisah laa .. Janji mereka happy ..
Terima kasih yer Pakcik Mat .. Hehe.. Suka Qhaliff sampai nak telah teddy bear tu haaa ..
Aku ada terima satu email dari salah seorang pembaca blog aku .. Jadi , aku nak kongsikan dengan korang semua dan sapa yang boleh bantu, harap bantulah yer ..
“ Salam Ben
Mohon maaf sebab tajuk ni mungkin tak berapa sesuai dengan Ben kot, tetapi saya berharap Ben boleh kongsikan masalah yang dihadapi oleh kakak ipar saya di laman blog Ben. Mungkin ada diantara pembaca blog Ben yang boleh memberikan cadangan ataupun bantuan. Sekurang-kurangnya saya cuba berusaha untuk membantu kakak ipar saya sedaya yang mampu. Ben boleh terus ke link blog saya sekiranya Ben sudi membaca dan membantu serba sedikit untuk dikongsi di laman blog Ben. “
Dalam email tu dia ada kasi satu url blog .. Dalam dalam kandungan entri tu ada cerita mengenai masalah itu ..
“ Kakak ipar saya telah mengalami gangguan ganjil ini sejak dia mendapat anak yang pertama 5 tahun lepas. Pada permulaan gangguan tidak sangat melibatkan dirinya, cuma masa anak beliau yang pertama dalam lingkungan 4 tahun, dia selalu boleh melihat makhluk-makhluk halus yang merupa dalam pelbagai bentuk terutama harimau.
Keluarga kami telah berikhtiar dengan pelbagai cara, bertemu pengamal purubatan islam di kawasan negeri Kedah, tetapi makhluk tersebut ataupun jin tidak dapat keluar dengan mudah dari tubuhnya. Ada diantara pengamal perubatan yang mengatakan ianya buatan sihir dari seseorang yang mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya sehinggakan hendak bersama dengan suami pun makhluk tersebut mengganggu dengan darah haid yang berpanjangan.
Kakak ipar saya cuma melawan dengan sembahyang sunat dan mengamal membaca al-quran setiap hari namum tetapi diganggu dengan pelbagai cara. Ada diantaranya semasa sembahyang, kakak saya melihat rupa yang hodoh di atas kain sejadah sehinggakan bapa mertua saya terpaksa membakar sejadah tersebut. Ada kalanya jin tersebut merasuk anak perempuan beliau dengan mengugut untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba mengganggu dia.
Baru-baru ini kakak ipar saya melawat biras saya yang baru bersalin di hospital, semasa di sana tidak ada apa-apa reaksi dari jin tersebut, tetapi bila sampai sahaja di rumah jin tersebut telah mengawal tubuh kakak ipar saya dan memberitahu dia sangat dahaga dengan darah yang dia nampak di hospital, bila ibu mertua saya menyuruh kakak saya mengucap, dia menjawap yang dia tak boleh mengucap sebab dia kafir.”
Bacaan lanjut , klik SINI . Harap pada sapa boleh bantu , bantulah yer .. Dan pada sesiapa nak berkongsi masalah atau minta pandangan , mahupun nak cerita apa saja , boleh saja emailkan pada aku di benashaari@yahoo.com.
Terima kasih yer ..
Baca laaaa sangattt ! Harap buku je besar kan Qhalif kan ? Pastu belek apa pun tak tau laaa ..
Buku besar lembut serupa bantal tu hadiah dari rakan wife yang datang melawat Qhaliff baru-baru ni .. hehehe .. Comel kan ? Ada yang tanya beli kat mana .. Tak silap aku ada jual kat Toys R’ Us kot .. Try la cari ..
Dan Qhaliff . kasi teror ABC dan ALIFF BA TA dulu ehh..
- IKLAN BERBAYAR . ENTRI TERBARU , DIBAWAH ENTRI INI-
Ahaaa .. Pernah cuba tak penyegar badan Victoria Secret ni ? Aku ada koleksi dia .. Aku pakai bila nak keluar malam atau untuk tidur .. Baru dapat dalam minggu ni tapi aku dah awal awal simpan dalam beg sandang aku sbb aku kan kadang kadang kena g event. Kot la badan berbau walaupun dah pakai perfume.. hehe ..
Jadi aku tak perlu risau lagi dah sekarang memandangkan dah ada penyembur badan ni . Menariknya , size dia pun kecik dan murah . Tak la terasa beban nak beli perfume yang harga beratus ringgit dan berat nak usung ke sana sini ..
Penyembur badan atau Refreshing Body Mist Victoria's Secret. ada 12 jenis bauan iaitu :
Manakala sizenya pula ada 3 iaitu :
Bagi aku , kalau ada penyegar badan ni , dah boleh jimat perfume aku yang mana aku dok guna walaupun g buang sampah depan rumah tu haa .. Mana tau kot kot jiran panggil ajak berborak.. hehehe. Dengan adanya set ni , tarak segan laa.. Qhaliff pon tak la tutup hidung bila aku dukung dia .. Hahahah ..
Bagi yang berminat , boleh hubungi :
telefon / whatsapp / wechat - 0172350404
e-mail : wanita.abdmutalib@gmail.com
facebook - http://www.facebook.com/wanita.abdmutalib
website : wanitamutalib.blogspot.com
Ya ,harini kami nak kongsi berita baik untuk anda..Produk API advanced ni dah masuk top 10 antara produk fat burner yang terbaik & selamat digunakan oleh lelaki dan perempuan…
Produk ni tiada kesan sampingan , dan dibuat dari herba asli . Semalam kami ada perasan yang produk ni dah masuk dalam media baru-baru ini…Dan kami ingin membantu anda yang menghadapi masalah kegemukan / obesity , kini anda ada cara bakar lemak dengan selamat & berkesan..
Kami hanya menjual API advance yang asli..Kepada yang berminat nak dapatkannya,anda boleh terus hubungi admin , 0177990127 untuk berurusan.
Untuk order boleh sms terus 0177990127 @ ke ubat-kurus.my
P/S :
Dia bukan nak tengok sangat tapi selagi tak dilayan , selagi tu dia takkan tidur.. Jadi bagi mata dia penat dan kebosanan , aku pasangkan jap citer tu haa sementara aku nak siap update blog ..
Tapi tak sempat nak abis update … Qhaliff dah Zzzz.. dengan sendirinya .. Ngantuk sangat tu.. hehehe ..
Sian Qhaliff.. Birat sana sini.. Si nyamuk tu pun satu hal.. Gigit la tempat lain.. Tang pp tu gak dia geram !
Dari dalam perut lagi nampak bakat dia pada kamera dah terserlah ! Pantang nampak kamera , terus dia pandang ! Gambar kat bawah ni.. Aku nak amik gambar kesan dia digigit tapi tiap kali aku halakan kamera kat dia , pasti dia paling tengok kamera ! Dah tu camana aku nak snap gambar tu ?
Maka aku amik satu lagi hp .. Dan kamera tu djadikan umpan. Dia tertipu ! Tengok la dia senyum kat hp tu ! Ni baru kul 6 pagi !! Adoiii .. Awal lak dia bangun. Ngantuk terus hilang bila tengok kesan gigitan tu haa ..
Dari dalam perut lagi dah sibuk nak bergambar ! Apa ceritanya ? Jangan bercita cita nak jadi pelakon ,udah laaaa nak oiii … Bukannya tak boleh tapi tak payah !! Banyak kerja lain leh buat haaa.. Cukuplah atas dunia ni pon dah penuh dengan lakonan.. Tak payah nak berlakon lakon lagi dah..
“ Seorang juruprogram komputer mengupah seorang wanita untuk menamparnya setiap kali dia melayari Facebook ketika bekerja.
Maneesh Sethi membayar upah kira-kira RM25 sejam kepada wanita terbabit, dikenali sebagai Kara, bagi membantunya menumpukan perhatian kepada kerja, sekali gus meningkatkan produktiviti. Sebelum ini, Maneesh memaparkan iklan mencari seseorang yang mampu memerhatikannya bekerja di pejabat.” – Hmetro
“Ini seriussss” .. Hehe.. cakap ala ala Wonderpets .. Memang tak dinafikan majoriti manusia bekerja di pejabat akan online FACEBOOK pada waktu pejabat. FACEBOOK dah ibarat sarapan pagi , makan tengahari dan minum petang bagi mereka yang duduk atas kerusi empuk di pejabat. Takkan boleh lari punya. Yelah , bukan semuaa ..
Bukan apa .. FB ni macam macam ada .. Kadang kadang maklumat pun disalurkan kat sana . Kalau tak tengok , ketinggalan kita kan ? Eceh .. alasan baik punya ..
Dulu , aku pun gitu tapi tak la gila sangat ngan FB tapi lebih pada blog .. ehehe .. Bukan nak blogwalking tapi dok giler update . hehehe … Tu pasal aku tak keje dah .. Biar aku gila sorang sorang kat rumah . Bos pun tak sakit hati. Keberkatan gaji pun tak dipersoalkan .. kan kan ?
Hahahahhaaha …. Apa giler ??? Gaykah mamat ni ?? Kan dah satu dunia tau .. Memalukan ! Adoiii .. Jap jap , persoalannya .. Er.. dalam usus tuuuu .. huhu .. Tak leh bayangkan laa ..
Menurut Hmetro hari ini ,
“Seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mengeluarkan alat permainan seks yang tersangkut di dalam ususnya selama lima hari.
Media kerajaan berkata, kes begitu semakin meningkat menunjukkan penerimaan orang ramai yang semakin bersifat terbuka terhadap seks.
Doktor di Hospital Zhongshan di sini, mengeluarkan dildo sepanjang 23 sentimeter daripada usus lelaki berusia 30 tahun itu menggunakan endoskop.
Doktor, Yao Liqing berkata, “Sekiranya kami tidak mengeluarkan dildo itu pada masanya, keadaan pesakit boleh kritikal.”
Objek itu menyekat usus besar lelaki itu menyebabkan kerosakan tisu. “
Haaihhh …. Macam macam kejadian pelik berlaku kat negeri China tu.. Kalau tak tersepit , termasuk .. haha .. Ramai sangat penduduk dia.. tu leh terbitkan satu minggu satu edisi majalah pelik tapi benar. Hehee …
Tu diaaa.. dapat satu lagi gigitan dan aku rasa ni mesti gigitan manja je sbb halis namun tetap menampakkan merah ! Persoalannya , camana boleh kena gigit kalau dah guna kelambu ??? Grrr ..
Kalau pintu ‘rumah kelambu’ dah terbukak , anak gajah pun leh masuk menyorok !
Memang aku terasa dah ada sekor tersesat sbb dok rembat kaki aku tapi nak bangun , keluar dari kelambu ni , menyeksakan aku .. Pastu nak bukak lampu cari nyamuk tu lagi .. Confirm terjaga budak ni.. Kalau dah terjaga .. Jawabnya kul 4 pagi lagi baru tidur !
Tak pe la.. skit je .. Lumrah hidup atas dunia kan ? Anak orang bilionaire je susah nak kena gigit nyamuk ni haaa.. Hehehe ..
Hehehe .. Pijak tanah untuk kali ke dua . Kali pertama lupa nak amik gambar . Menariknya kan , bila aku bawak dia ke sini , dia tau dah apa yang aku nak buat .. Cepat cepat dia nak turun .. Tu diaaaa aihh .. Ingat betul dak ni .. Gini punya gaya , jangan diajar menda mengarut seperti main facebook dan game ! Hahaha ..
Kenapa berkaki ayam ? Tamo dia manja laaa sangat .. Takkan nak guna kasut walaupun sekejap kan ?
Pasni , leh ajak main bola petang petang .. Leh jadi Zidaneeee .. Aku jadi Ronaldo ! Messi ? Tamoooooo ..