Wowww ! Cantiknyaa !! Itu yang keluar dari mulut comel aku ni bila melihat gambar Klana Resorts yang terletak di Seremban , Negeri Sembilan ni yang mana aku tak pernah pon akan kewujudannya selama ini .. Hehe .. Nampak sangat aku ni tinggal dalam gua atau kurang promosikah hotel ni ? Salahkan mereka yang mempromosi pelancongan negeri ! Hahaha ..
Ok .. tengok gambar menarik kan ? Apakah benar ianya semenarik ni ? Kalau aku tanya wife , dia jawab jangan tertipu dengan gambar .. Haaa .. Tu kata dia .. Kata aku ?
Aku yg dah pernah merasa pelbagai jenis hotel tempatan sewaktu bekerja dengan Kementerian Pelancongan , mmg percaya gak la pada gambar gambar ni .. Kecuali gambar di bilik .. hehe .. Maklumlah , kita mudah tertipu dengan mainan kamera tapi keselesaan mmg sama la ..
Jadi ,apakah Klana Resorts ni semenarik seperti mana yang mereka kata ? Yearghh .. Aku kena tunggu Qhaliff bangun tidur dulu dan baru dapat merayau berdua .. heheeh ..