Dalam Mstar hari ni yang bertajuk Ahmad Idham Bangga Angkat Isu 'Mat Rempit' , buatkan aku tersenyum simpul gitu .. hehehe ..
Antara isi kandungan berita tersebut :
"Saya tidak kisah jika masyarakat mengatakan saya pengarah filem 'mat rempit' malah saya berbangga dengannya kerana tema yang saya angkat bukanlah untuk menghina mereka tetapi melihat kepada sisi positif yang mungkin tidak diketahui masyarakat.
"Menerusi filem terbaru saya iaitu Apa Celop Toqq saya cuba mengetengahkan sisi positif mereka dan impian mat rempit yang sering dipandang serong oleh masyarakat," ujarnya kepada mStar Online.
Kata aku lak ? Hehe .. Kalau nak pandang dari sudut positif , semua manusia ada positifnya . Mana ada manusia negatif je kan ? Bagitau je la filem Mat Rempit ni memberi keuntungan sebagaimana filem hantu dan gengster.. Abis cerita ! Toksah pusing sana sini aihh ..
Atau bagitau je tak mampu nak jadi sekreatif adik beradik KRU yang menerbitkan filem filem yang diluar dugaan kita atau kemampuan mahupun pengarah lain yang senantiasa berusaha membawa perubahan selera penonton.
Jangan biarkan penonton mengubah pembikin filem .. Sepatutnya pembikin filem kena cari cara bagaimana nak ubah selera penonton sebagaimana UPIN dan IPIN berjaya membuatkan kanak kanak di Malaysia mengilai mereka .. Atau apakah rahsia dunia menyukai tarian kuda PSY tu sedangkan kita tau sekarang ni KPOP digilai !
Kalau asik nak ikut kehendak masyarakat , jawabnya sampai ke kiamat la kita dok asyik dengan ..
“ Bangun pagi mesti makan nasi lemak ..”
Takkan tak leh ubah kot ? Anda berbakat .. Maaf yer ..