Yang cukup kurang ajar ! Ayat tak abis kat tajuk tu .. Haaa.. Bukan semua tapi hanya segelintir saja yang beperikemanusiaan. Tapi bak kata orang , kerana nila setitik ..
Tak caya , cuba memandu ke Kelantan ikut Gua Musang. Dari situ korang akan bertemu pemandu lori yang berhati perut dan jugak tidak ..
Kalau kat dalam bandar ? Jangan cakap laa.. Ada yang berada di belakang kereta kita dan beria nak himpit supaya kita beri laluan pada dia sedangkan laluan tu bukan boleh laju mana pun .. Tu belum masuk lagi part nak masuk lorong .. Bersungguh dia nak masuk dulu ..
Ada pernah aku berbual dengan pemandu lori treler ni. Diorang kata mmg gitu sbb diorang besar .. Sapa nak lawan , cubalah .. Hurmm.. Sampai begitu dangkal sekali pemikiran mereka ..
Dalam akhbar Harian Metro hari ni , sedih aku membacanya .. Sekeluarga mati kemalangan apabila kereta yang naiki merka bertembung lori seberat dua tan dalam dalam kemalangan ngeri di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, Kedah.
Menurut akhbar tu , kejadian jam 2.30 petang itu berlaku apabila lori terbabit hilang kawalan akibat kerosakan teknikal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta itu menyebabkan keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian.
Aku tak salahkan pemandu lori atau sapa sapa kerana aku bukanlah pegawai penyiasat kejadian . Cuma aku harap , pemandu kenderaan yang besar besar ni , bawak la elok elok .. Patuhi undang undang .. Jangan fikir awak besar , semua nak celah jer .. Ingat , bila eksiden , bukan awak je yang naya .. Kot orang lain pon terlibat sama .. Hurmm..
Innalillahiwainnailaihirojiun .. Takziah buat keluarga mangsa. Al-Fatihah …