SEGMEN .. Satu kenangan terindah buat aku kerana aku berjaya mengenali ramai blogger dalam dan luar negara ! Alhamdulillah , ada antara mereka dah jadi sahabat aku .. Sapa kata SEGMEN ni semata mata nak kejar trafik ? Segalanya terletak atas niat ..
Sejak Qhaliff hadir dalam hidup aku , SEGMEN terhenti seketika. Amat sukar untuk aku buat segmen kerana kesuntukan waktu .. Yelah , dengan usia dia yang terlalu mentah tu.. pastinya menagih masa aku untuk perhatikan dia 24 jam walaupun waktu tidur dia .. Bukan apa , nanti penyek kena hempap dek aku ni .. hehe .. Buas woo dia tidur .. Aku tak tidur buas.. Cute je aku tidur .. Ala ala rabbit gitu ..
Walaupun aku tak buat segmen , ada blogger yang masih meneruskan tradisi tu dengan cara tersendiri .. Baguslah kan .. Cuma ada yang dapat sambutan dan ada yang tidak langsung .. Apakah puncanya ?
Begitu juga dengan GIVEAWAY .. Hanya blog blog berpengaruh saja mampu buat GIVEAWAY .. Bagaimana pula dengan blog yang tidak berpengaruh ? Apakah rahsianya ?
Jawapan kepada kedua dua aktiviti blogger tu ialah POPULARITI .. Untuk buat kedua aktiviti ini , blogger harus punya populariti .. Populariti ni bukanlah macam artis popular tu haa ..
Cara untuk mendapatkan POPULARITI ni ada banyak .. Cara yang aku gunakan ialah dengan bekerjasama dengan blogger blogger lain .. Dari situ , masing masing akan dapat keuntungan seterusnya blogger yang terlibat sama , akan dapat juga sekiranya bijak mengambil peluang !
Bila bekerjasama , tak semestinya perlukan blogger yang popular atau top saja .. Mulakan dari kecilan .. Usaha perlu gigih . Aku sendiri pon bagai nak gila masa mula mula dulu.. 4-5 pagi siapkan segalanya ..
Memang penat .. Tapi jika ingin berjaya . perlu ada usaha .. Dan paling penting ialah , cari identiti sendiri .. Dan untuk GIVEAWAY , anda perlu ada pengaruh yang kuat untuk lakukannya .. Mulakan dari bawah .. Jika ingin berjaya dikenali laa .. Niat perlu betul ..
Jawapannya , masih relevan jika bijak dan kreatif !
SEKADAR PENDAPAT ..