Wife baru bagitau aku yang anak buahnya ditahan di wad kerana jangkitan paru-paru setelah seminggu demam .. Pada mula gi klinik kerajaan , doktor kata demam biasa .. Gi klinik swasta , dia kata berkemungkinan ada jangkitan kuman .. Hurmm .. Selepas bermcm ubat diberi , tak baik juga tu yang rujuk terus ke hospital dan terus ditahan ..
Qhaliff masa gi klinik Dr. Maria di Putrajaya , awal awal lagi dia bagitau ,kalau demamnya sampai 3 hari .. sila bawak kembali ke klinik untuk rawatan lanjutan .. Mungkin denggi .. Mana tau kan ?
Jadi , buat rakan rakan pembaca yang ada anak tu atau kawan kawan yang dah demam berhari hari , silalah rujuk ke hospital walaupun anda rasa takde apa apa .. Jangan amik ringan yer ..
Teringat arwah sepupu aku yang disangka demam biasa tapi rupanya dah kena denggi berdarah ! Hurmm .. Al-Fatihah buat arwah ..