Bagi je pisang ..tak sampai sejam..tu laaa hasilnya ! Tak senang duduk dia selagi tak abis..
Bila dah abis ... Pandai pulak ajak gi basuh ..Main dkt tandas je.. Jadi , fhm fhm je la yer ...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Bagi je pisang ..tak sampai sejam..tu laaa hasilnya ! Tak senang duduk dia selagi tak abis..
Bila dah abis ... Pandai pulak ajak gi basuh ..Main dkt tandas je.. Jadi , fhm fhm je la yer ...
Ramadhan menjelang. Pastinya ada antara kita masih ‘terpinga-pinga’ atau terlupa .. Takpe .. Disini aku kongsikan serba sedikit mengenai Puasa Ramadhan .. Semoga memberi manfaat pada kita semua . Selamat beramal ..
Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.
seterusnya di Segalanya kerana niat
Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.
seterusnya di Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah
Sebenarnya melafazkan (menyuarakan) niat untuk berpuasa bukanlah perkara yang wajib. Yang wajib adalah apabila seseorang itu mengetahui dengan sadar apa yang akan dilakukannya. Jika seseorang itu terganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan untuk menyebut dalam hati sekedar “Inilah puasa aku”. Jika masih was-was, maka boleh menyebutnya secara lisan untuk mengukuhkan penyebutan dalam hati tadi. Jika setelah itu masih was-was juga, maka jangan diberi perhatian, karena tidak lain dan tidak bukan dia adalah permainan syaitan.
seterusnya di Niat Puasa
Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.
seterusnya di Bagaimana kita hendak menyambut Ramadhan
Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:
1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.
2. Menelan air liur membatalkan puasa.
3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.
4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.
5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.
seterusnya di Puasa Ramadhan : Antara yang ditokok tambah
Apakah batal puasa seseorang yang tertelan kahak? Perlukan seseorang itu berusaha keras mengeluarkan kahak tersebut walaupun perlu ketahap memuntahkannya?
Harap ustaz dpt perjelaskan.
seterusnya di Kahak Membatalkan Puasa ?
ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.
seterusnya di Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.
Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian ?
seterusnya di Kekeliruan Tentang Solat Tarawikh
Serius .. aku tak pernah anggap diri aku popular malah setiap hari aku pasti bekerja keras utk terus update entri di blog .. hehehe ..
Ok , kenal abe hensem kat bawah ni ? Bukan merah tu.. Berbaju merah yang hensem tu , aku pon kenal .. Yang sebelah dia tu haa ..
Kali pertama aku dengar nama EYRIQAZZ , dari mulut penolong pengarah unit tempat aku berkhidmat dulu. Dia bagitau yang blogger ni cukup top di kalangan blogger perempuan .. Amboi brooo !! Hahaha ..
Dia kata banyak pertandingan yang dianjurkan dan event , pasti ada muka bro Eyriqazz .. Perghh … dasat tu ! Tertarik aku mendengarnya. Aku takde la pasang cita cita untuk jadi cam dia .. sbb aku baru sangat bertapak dalam dunia blog tapi aku dah ada agenda aku sendiri utk menaikkan nama aku ..
5 tahun berblogging dan kami saling berhubungan samada di FB , blog mahupun Twitter , akhirnya Allah menemukan kami .. Ada jodoh gituu .. hahaha ..
Alhamdulillah .. orangnya tak kedekut ilmu dan senantiasa merendah diri walaupun dah bergelari otai gitu ! Hehehe ..
Buat rakan rakan yang baru dalam dunia blogging , segalanya tidak mustahil .. Yang penting perlu ada IMPIAN dan SEMANGAT untuk MENGAPAINYA !
Kenal dah bro kita ni ? Belum ? Haaa.. Pe kata gi baca blog dia lak .. hehehe .. EYRIQAZZ
Serius la .. aku ingat dia cikgu ! Tapi ? Hehehe .. Gi baca sendiri kat blog dia ..
Tidur dah puas .. Bangun , kasi makan skit dulu sebelum mandi dan makan lagi .. Kiranya untuk alas perut laa ..
Dia tamo makan bubur yang mak dia buatkan untuk dia !! Nak makan kek yg bapak dia makan punya , boleh ??? COnfirm la aku tak leh kasi sama dia kan ? Ada pelbagai ramuan dalam tu haa
Pastu ? Dia merajukkk laaaa .. Tu merajuk la tu konon ? Bila bg kek , tamo gak .. tau apa dia nak ??
Dia nak bekas tu dan sudu ! Nak main la pulaakkkk .. Makan tamooo .. Aku kasi biskut , baru dia nak makan .. Kasi bubur sekali lagi .. Siap tarik dan nak buang lagiii !!
Grrr.. ni semua salah … sapa ???? Memilih makann nehh …. Dah pandai dahhhh niii …
Diam terus !
Gulp .. aku tak bertujuan nak buat korang terliur ! Aku sendiri pon terliur tengok gmbar gambar mee ketam ni .. Biasanya kita tengok maggie ketam tapi ni mee ketam yer !
Terjumpa di FACEBOOK semalam .. Jadi saja nak berkongsi info dengan korang. Mana la tau kot ada tercari port untuk berbuka puasa kan ?
Terletak di 75A/4 Jalan Keramat, Dato Keramat,54000 Kuala Lumpur
(bersebelahan masjid Al Akram , pasar keramat) atau di No 11, kompleks Anjung 7, jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7,Shah Alam , pastinya restoran ni menjadi tumpuan mereka yang mengemari makanan yang ada ketam di dalamnya ! Hehehe ..
Terliur ? Jangan marah aku .. aku pun dah terliur ni ! Nak gi , jauh niii .. hehehe . InshaAllah , nanti aku sampai gak di sana .. heee ..
Waktu operasi ialah Selasa ke Khamis : 12:30 tengahari - 22:00 malam manakala Jumaat 17:00 petang - 22:00 malam . Sabtu dan Ahad - 12:30 - 22:00 malam.
Sebarang tempahan , sila ..
Phone
+60192496054 & 0192346388
Website
http://meeketam.blogspot.com/
Aku cukup pelik kenapa ramai orang cukup suka dengan kereta buatan Jepun ni yakni Honda Civic! Serius , aku pelik ! Mungkin kerana aku tak pernah memandunya , kan ? Adik ipar aku sendiri baru beli Civic walaupun dah terpakai ! Katanya mmg minat dari dulu ..
Baru-baru ni aku dijemput sekali lagi oleh Honda Malaysia bersama sama rakan blogger yang lain untuk membuat pandu uji Honda Civic terbaru di pasaran ! Wow !! Sungguh menarik tuuu ..
Ramai blogger yang terlibat ! Dapat kenalan baru lagi .. hehehe .. Suka suka sukaaa !!
Berbalik pada event Honda Civic ni .. sebelum para blogger memulakan ekspedisi pandu uji , kami diberi penerangkan terlebih dahulu secara ringkas kelebihan Honda Civic keluaran terbaru ni …
Seperti biasa , bila melibatkan automobil ni , mmg aku lemah skit la .. Aku kurang arif .. Yang aku tau , pegang stering dan tekan pedal ! Dan jangan lupa tekan brake bila nak berenti ! Hehehehe..
Taklimat ringkas yang diberikan membuatkan aku tak sabar mencubanya .. Menurut penerangan wakil dari Honda , terdapat beberapa keistimewaan pada Civic kali ini ..
Masa yang ditunggu telah tiba. Setiap pasukan yang diwakili 3 blogger mendapat sebuah kereta Honda Civic untuk dipandu uji ! Hehehehe .. Dan kumpulan aku yang terdiri dari Farid dan Kelly dapat kereta Civic 1.8L SOHC i-VTEC ! Sangat cool gituuu …
Okeh .. Dari Publika Mount Kiara , destinasi yang dituju adalah ke Desa Park City yang terletak di Rawang. 7 buah kereta bergerak secara konvoi .. Mengikut pengalaman aku tahun lepas , marshall Honda ni sangat bagus ! Tiada sebijik kereta pon terlepas dari mereka .. hehehe ..
Setiap ahli kumpulan akan diberi peluang memandu kereta Honda Civic tersebut untuk merasai sendiri teknologi terkini yang ada pada kereta tersebut ! Menariknya , Honda Civic terbaru ni menggunakan teknologi ECON yang mengabungkan petrol dan juga teknologi Hybrid yang bertujuan untuk menjimatkan penggunaan petrol.
Sewaktu di Rawang , kami semua ikut jalan sempit dan bengkang bengkok tetapi kereta amatlah stabil .. Sangat stabil ! Terasa sungguh dengan kereta yang aku baru beli sebulan ! Menyesal pon ada ni !!
Secara jujurnya , jika aku ada duit pada masa tu .. aku akan tempah kereta Honda Civic 2.0 sebagai kereta utama aku ! Hehehe ..
Destinasi yang dituju dah tiba .. Disini setiap blogger dibuat 3 kumpulan untuk ‘menikmati’ 3 latihan pemanduan yang berbeza dan mencabar ! Sangat mencabar untuk aku yang sememangnya dah semakin berhemah dalam memandu kereta ni .. Hehehe ..
Uji pandu pertama ialah untuk mencuba sendiri kecekapan sistem brek kereta Honda Civic . ABS atau Anti-Lock Braking System yang diuji pada blogger drive kali ni mmg menarik sekali !
Caranya , setiap blogger dikehendaki memecut dengan selaju mungkin dan menekan brek dengan segera bila berada di kotak yang sepatutnya .. Di sini , pemandu akan merasa sendiri kesan dari ABS tersebut ! Apakah yang terjadi pada kereta tersebut ? Ya , ketika ini ABS akan berfungsi ..Dan sememangnya ianya berfungsi dengan baik sekali !
ABS akan membuatkan perhentian kereta secara mendadak tanpa memesongkan kereta atau kereta terus mengelongsor ! Tanpa ABS , pemandu dan penumpang dalam kereta berada dalam keadaan yang amat merbahaya !
Terus terang .. aku gagal part ni .. Dia suruh tekan brek dengan kuat hingga kasi tayar tu berbunyi malangnya , aku memandu dengan kelajuan yang ditetapkan ! Jadi , aku brek dengan perlahan .. Kalau diberi peluang lagi , hehehehe.. Tau laa aku ! Rugi betul aku ..
Pandu uji kedua .. hehehe .. Yang ni kena main cilok cilok .. Semenangnya bahagian ni memerlukan kepantasan tangan pemandu mengawal stering kereta ! Haaa.. Tujuannya adalah untuk menguji keberkesanan VSA (Vehicle Stability Assist) .
Maknanya , dlm keadaan jalan yang bengkang bengkok sekali pon , kereta tetap dalam keadaan yang amat stabil ! Ini kerana terdapatnya sistem VSA di dalam kereta Honda Civic ini ..
VSA akan berkerjasama dengan ABS bila keadaan pemanduan diluar kawalan terutamanya dalam keadaan jalan yang bengkang bengkok . Selain itu Honda Civic's Electronic Power Steering system (EPS) juga akan membantu menstabilkan kereta bila berlakunya masalah kawalan stering .. ianya melibatkan kestabilan tayar dan juga brek ! Hehehe.. Nak terang dalam bahasa teknikal , susah sikit.
Aku bukannya mat kereta.. Maaf la yer.. Aku terangkan apa yang aku faham .. heee .. Sama seperti pandu uji pertama , aku gagal juga yang ni sbb aku mmg pemandu yang berhemah ! Pandu dengan perlahan jer … hehehehe ..
Pandu uji terakhir ni , yang ni dasat skit.. ‘Litar’ dibasahi dengan air sabun ! Haaa.. Bermakna permukaan jalan mmg licin ! Apakah Honda Civic mampu lakukan ?
Sorang demi seorang cuba.. Dan aku pon mencubanya .. Ok , aku akui aku takut nak buat sbb ada penumpang dalam tu.. Aku segan ! Hahaha.. Takde la.. Aku kurang keyakinan diri lagipun ianya cubaan pertama aku memandu dengan teknik begini . Best tapi takut ! Boleh ??
Disini , terbukti sistem keselamatan yang ada pada kereta New Honda Civic ni berfungsi dengan baik sekali dalam apa jua keadaan !! Yup .. dalam apa jua keadaan !!
Aktiviti pandu uji selesai jam 6 petang dan kami pulang semula dengan selamatnya ! Menarik , tertarik dan aku jatuh cinta dengan HONDA CIVIC !!
Nak simpan duit , beli satu !!!
Bila dia lena , terasa nak je kejut dia bangun .. Bila dia bangun , aku lak terasa sangat nak lena ! Hahahaha …
Tidurlah sayang ..
Daddy jadi paparazi !! Hehehe ..
Pastinya di mana maknya berada , di situ anak kecilnya akan ikut ! Kan kan ? Bila dah perasaan ingin tahu mereka semakin memuncak, apa saja yang mereka mampu gapai , mereka akan cuba gapai !
Waspada dengan barang barang yang diletakkan di atas kabinet dapur ! Kadang kadang kita tak perasan .. Mereka yang ada dalam rumah , perlu senantiasa ingat mengingati .. Jangan tunggu ‘dah kena’ baru nak menyesal !
Baru-baru ni aku tercari cari tablet .. Aku plan nak beli Samsung Note 8.0 tapi masalahnya , aku kena usung beg la pulak ! Atau nak cari beg kecil untuk simpan tab tu nanti .. Niat tergendala sebentar !
Segalanya bakal berubah !! Aku dah ada beg yang tah yah susah susah nak pegang ! Hahahaha ..
Santai je beg ni .. Nampak macam tempat simpan pistol eh ? Tu yg cool tuuu .. Hahahaha .. Dipanggil THE RIB .. Kat luar negara popular dah ni .. hehehe …
Kalau nak tau dengan lebih lanjut , boleh gegar di SINI .. Tertarik nak membelinya ? Sila rujuk pada JOSH LIM …
Sampai kat Alamanda pon dia cuba try test gitu ..
* Dah check terlebih dahulu keselamatan sblm Qhaliff nak gi pegang .. Sebagai bapa , dah boleh nampak apa yang dia nak lakukan sebelum dia nak lakukan ..
Memang benarlah kata orang .. Tingkahlaku anak , mmg dalam poket mak ayahnya ! Jangan cuba la tipu mak ayah. Mereka lebih maklum perangai anak mereka cuma adakalanya mereka tak sanggup terima kenyataan dengan cuma menipu diri sendiri .
Sebagai anak , sanggupkah kita membohongi mak ayah kita yang dah besarkan kita dengan penuh kasih sayang ? Sampai hati kita melukakan hati mereka kan ? Mereka tetap ‘diam’ kerana bagi mereka , anaklah segalanya yang mereka ada ..