Hurmmm .. Kali pertama nak guna Windows .. Dulu pernah guna gak.. Masa tu guna hp HTC HD2 ..
Mana lagi best ? Android atau Windows ni ? Nanti aku cerita eh.. Setakat ni , kamera dia mmg best ! Cantik dan clear !
Hurmmm .. Kali pertama nak guna Windows .. Dulu pernah guna gak.. Masa tu guna hp HTC HD2 ..
Mana lagi best ? Android atau Windows ni ? Nanti aku cerita eh.. Setakat ni , kamera dia mmg best ! Cantik dan clear !
Sumpah !! Aku tak ajar dia pon wat menda menda gitu ! Biasanya aku buat depan dia pon , gentel gentel pastu jentik kat jiran sebelah ..
Hahahahahh .. geli eh ?? Hahahaha .. Nasib lerrrr …
Qhaliff lagiii beeessttt !! Dia korek hidung dia .. pastu masuk mulut ! Mana dia belajar pon aku tak tau laaaa … Beria aih dia korek ! Bapak dia pon tak gerudi sebegitu sekali ! Huhuuh ..
Memang kes naya bila masuk mulut ! Masin koooo .. Tak tau ke ? Cuba la try !
Gambar ni bukan aku amik yer …. untuk perhatian korang la noooo .. Kang tuduh kata aku tengok je keeee ?? Awat tak tolong haaa…
Kalau korang nak tolong tak ? Hurmm .. Ok , kita berfikiran positif .. mungkin dia terbabas sebab ada pasir atau minyak atas jalanraya .. Atau pun mungkin ada pemandu kereta tak bagi signal ketika masuk lorong lalu membuatkan dia terbabas .. Sian kan ?
Bila tengok kejadian ni , aku teringatkan perjalanan pulang aku kelmarin dari Dungun ke Kuala Lumpur.. Di Kerteh , ada sekumpulan budak budak motor memandu ikut suka tekak dia .. Dengan pelbagai gaya mereka menunggang motor mereka tu haaa .. Pemandu kereta terpaksa bagi mereka laluan ..
Bayangkan jika ada antara mereka terbabas dan kereta ada di belakang mereka .. Dan korang pula turut berada dalam kelompok pemandu kereta yang menyaksikan kejadian tu .. nak bantu tak si mangsa ?
Hurmmmmm … Geram pon ada kan ? Aku tau ada yang pernah berada dalam situasi ni .. huhu .. Kalau aku ? Hurmmm … Dah la mereka membahayakan nyawa mereka .. secara tak langsung , kita sendiri pon turut bahaya !
Entah laaa .. nak kesian tapi mereka sendiri tak kesiankan diri mereka sendiri.. Nak wat camana ?
Selamat dah Aidilfitri berlalu .. Pasni sibuk dengan open house sana sini .. Aku , lom bercadang nak buat open house.. Hehehe.. Asyik ada keje ja ari minggu.
Tadi , gi selongkar makanan kat dapur .. Kot la jumpa ayam Kenny Rogers ke , Kfc , beger Mcdonalds .. tapi takde .. Yang ada maggie mee dan biskut raya ..
Bila terpandang kuih ni , teringat zaman aku kecil kecil dulu .. Ini antara kuih raya wajib ada dalam rumah rumah yang aku pergi .. Sampai naik muak nak makan .. Yang selalu jadi perhatian , jenis coklat punya biskut raya .. Confirm makan sampai abis dalam balang tu !
Sekarang ni , kuih raya original inilah yang aku cari .. Huhuh.. Susah dah nak jumpa .. Kalau ada pon , jenis kuih raya yang siap dibeli. Bukan dah original tuan rumah buat .. Tak merasa laa air tangan tuan rumah ..
Yang aku punya ni , jiran blogger aku kasi .. Mat Gebu .. susah susah dia kirimkan untuk kami .. hehehe ..
Masuk satu ke dalam mulut .. dan satu lagi .. satu lagi .. akhirnya bawa tengok dpn tv ! Ternyata yg original jugak membuka selera di pagi hari dan mengembalikan nostalgia sewaktu kecil dulu .. huhu ..
Dah sampai rumah , malam tadi .. wife kejut .. Qhaliff panas badannya .. Siannn .. tak leh nak tidur dia ..
Bagi dia ubat dan lap dia dengan kain yang dibasahi dengan air , barulah dia dapat tidur.. Tu pon tidur atas badan mak dia .. hurmmm ..
Kalau demam dia lom kebah hingga esok , jawabnya aku terpaksa la batal nak gi Penang Jumaat ni .. Terpaksa . Tak sanggup aku nak tinggal anak yang tak sihat ni ..
Anak tinggalkan mak pak dia dlm keadaan tak sihat , ok lak kan ?
Tak silap aku , berlaku di Lebuhraya Pantai Timur. Ada sebuah kereta Proton Wira ni .. Dia punya pecut , mmg bunyi serupa F1 punya .. Dasat dasat ..
Memula tu , dia belakang aku .. makin rapat dengan aku.. Aku kasi je dia lalu .. Berdesup dia pergi .. Aku ikut je dia dari belakang sbb kereta tak banyak pon ..
Walaupun aku ikut dia , jarak kereta aku dengan kereta dia .. sejauh satu tiang lampu .. Jauh tuuu .. Bukan apa , risau je laa kot kot dia berhenti mendadak , pasti aku jadi kelam kabut punya ..
Jangkaan aku tepat ! Tapi bukanlah dia berenti mendadak .. Tetapi , kereta dia tu .. tiba tiba , ada besi jatuh dari bahagian bawah kereta dia ! Besi tu aku perasan macam alat pembuka tayar tu haaa .. Besar la gak !
Bayangkan jika besi tu melantun dan kena cermin kereta aku ! Nasib baiik laaa dia tak melantun ! Kalau tak …. hurmmmm .. Untung gak la aku duduk jauh dari dia .. Boleh haru biru kalau aku ikut rapat dia !
Lama dah aku nak cari tapi tak terbeli beli lagi . Aku mmg dah ada yang didownload .. Berlambak dalam hp aku ni .. Tapi , tak puaas tengok ! huhu ..
Akhirnya aku buat keputusan .. Gi cari kat kedai dvd harap .. heheh ..
Maka petang tadi , nak dijadikan erita .. Aku masuk la ke kedai dvd haram.. Usha usha dvd yg ada dlm tu.. Takde pulak dia display .. Mungkin dia sorok kot ? Maklumlah … dvd hot gituu ..
Dah puas pusing .. confirm mmg tkde ! Maka aku buat keputusan terbesar dalam hidup aku .. Tebalkan muka aku ni ! Muka yang bersepah dengan bulu misai dan janggut serupa orang jahat ni ..
Hurmmm... Gi kat tokey dia yang tengah bizi layan orang .. Bisik kat telinga dia pelan pelan ..
" Upin Ipin takde ke ? " .. Tanya aku ..
“ Sudah abis stok la kawan .. “ . Dia jawab !
Aku frust !! Takkan nak beli Mickey Mouse .. Cars pon ok gak kan ?
Tidur puas puasss duluu..
Dah puas , makan pagi lak ... Pastu mandiii timeee.. Dah turun , tak leh naik dahhh..
Dalam kereta , sambung tidur..
Wajib singgah beli sata dan otak otak ! Nasib baik masih dlm mood raya jd takde la byk gerai bukak..
Tapau skit utk org tua ..
Takut dia nak berjalan atas pasir ni .. sbb kan pasir ni bila pijak dia tenggelam .. Jadi dengan keberatan badan dia ni , dia tak berani nak berjalan .. Merangkak dia ! Hahaha .. Lawak laaa anak aku sorang ni ..
Hurm.. cantik pantai ni .. Sayangnya bahaya untuk bermandi manda .. Ombak yang kuat , dan dia bukan spesis pantai landai yang membolehkan anak anak kecik bermandi manda .. Jenis curam tu haa .. Bahayaa wooo ..
Dan bila di sini , automatik aku teringatkan satu amaran mengenai tsunami baru baru ni.. Dari bacaan aku di FB , ombak ketika tu dah menghampiri semenanjung pantai timur tiba tiba beralih arah ! Wallahualam .. Kuasa Allah .. apa saja boleh jadi ..
Tiba masa nak bertolak balik ke Kuala Lumpur .. Abis dah percutian sehari di sini .. hehehehe ..
Dungun di hati ku .. hehehe ..
Gambar hiasan jer .. Aku terbaca gak semalam pasal hujan meteor ni tapi terlupa nak tengok .. Lokasi aku sekarang ni mmg cantik sangat la nak tengok semalam tapi pada jam tu , yakni menurut pakar , jam 11 malam ke atas baru leh nampak .. tapi sayangnya , hujan turun la pulak ..
Ada yang kata apa yang best sangat tengok menda menda gini ? Ini dikatakan minat .. Minat manusia ni macam macam .. Kalau semua minat pada satu menda tu jer , tak meriah la dunia ni .. Macam pensil warna .. Kenapa tak satu warna je ? Kan sama je .. Bila dah berwarna warni , barulah nampak cantik ..
Begitu juga dengan minat.. Melihat langit ciptaan Allah ni mmg sangat mengasyikan .. Bayangkan baring tepi pantai bersama yang tercinta dan melihat langit di sebelah malam .. Cantik dan sangat indah terutama bila langit cerah .. Er , jangan gi bantai tengok sebelah tengahari .. buta mata tu haa ..
Apa itu hujan meteor ? Menurut wikipedia Hujan meteor adalah fenomena astronomi yang terjadi ketika sejumlah meteor terlihat bersinar pada langit malam. Meteor ini terjadi kerana adanya serpihan benda luar angkasa yang dinamakan meteoroid, yang memasuki atmosfera bumi dengan kelajuan yang tinggi. Ukuran meteor umumnya hanya sebesar sebutir pasir, dan hampir semuanya hancur sebelum mencapai permukaan Bumi. Serpihan yang mencapai permukaan Bumi disebut meteorit. Hujan meteor umumnya terjadi ketika Bumi melintasi dekat orbit sebuah komet dan melalui serpihannya.
Tutup penghawa dingin ? Perghh .. Gile kejaammm !!
Sampai gini sekali strategi diorang ? Kejaaam sungguh ! Satu penganiayaan pada DLCW .. haihhhh ... sian sungguh ...
Takpe la , Datuk .. Anda senantiasa juara bg rakyat Malaysia ! Tak guna juara dgn cara kotor ..
Tercapai hajat nak menginap di Dungun ni .. Nasib baik la ada kawan wife yang cadangkan .. Terima kasih la yer Puan Ayuni sbb cadangkan menginap di sini dari dok asyik menginap kat Cherating tu .. hehehe ..
Ada dua resorts yang dia cadangkan .. Mayang dan Ulek .. Heheheh .. Dua dua kitorang gi check .. Memula tu gi ke Mayang .. Wife gi turun dan aku jaga Qhaliff .. Lagi pun aku dah penat giler .. hehehe .. nak rehat sat dalam kereta ..
Wife datang balik .. Dia kata kat kaunter penyambut tetamu takde org .. Huk aloh .. boleh gitu lak ? Resorts ni nampak dah macam 4-5 bintang .. tapi ??
Tak lama kemudian datang seorang staff dia .. Dan melayan segala pertanyaan .. Katanya bilik yang tinggal cumalah berharga RM100 jer .. Hurm.. leh bayang la camana punya bilik tu.. Bilik suite yang best best abis dah .. huhu..
Pastu gi ke Ulek Resorts .. di sana , layanan ok .. Bilik hampir tiada .. Nasib baik ada yang baru check out .. Dapat gak la bilik .. Harga RM200++ .. Duk depan kolam .. Puas laaa Qhaliff mandi nanti ..
Kunci dah dapat .. masa untuk masuk ke bilik .. Hurmmm .. hurmmm .. Bilik , lain dari hotel yang kebelakangan ni aku gi .. terutamanya bilik bilik hotel di negeri negeri .. bukan bandar besar cam KL maksud aku laa.. Dalam erti kata lain , biliknya mmg best la..cantik deconya .. Itu citarasa aku laaa .. citarasa korang , aku tak pasti tapi mmg best la …
Part makan , tak rasa lagi .. Kalau malas nak makan di hotel , leh je gi cari kat luar.. Bersepah kedai makan .. huhu ..
Kesimpulannya .. Tarak nyesal la singgah sini disamping dapat kenalan baru .. hehehe .. Terima kasih Puan Ayuni dan En. Nik sbb sudi melayan kami sekeluarga ..
Gambar bilik tak sempat nak amik sbb Qhaliff dah sepahkan .. huhu ..
Saja menginap semalam di sini .. Bawak Qhaliff bercuti.. Pasni susah dah nak bercuti .. heehe .. daddy biziiii...
Best gak pantai sini .. mendamaikan..
“ KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki wanita cedera di bahagian muka dan mata akibat disimbah asid oleh dua lelaki bermotosikal di lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Ampang di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa berusia 31 tahun melecur 10 peratus di bahagian muka manakala rakan mangsa, seorang wanita, terselamat.
Beliau berkata kedua-dua wanita itu dikatakan sedang menunggu untuk melintas di lampu isyarat itu sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal yang bertindak menyimbah asid ke arah mangsa. “ – Bharian Online
Hurm.. banyak dah aku tengok kebelakangan ni , perempuan kalau memandu .. cermin tingkap dia , dibuka luas luas ! Seolah olah nak kasi masuk gajah dalam kereta dia ! Apa tujuannya ? Amik angin luar ? Huk alohhh ..
Gambar Hiasan
Tak pernah terbit ke di hati tu betapa bahayanya perbuatan tingkap dibuka seluas alam tu ? Tengok ni haaa .. kes simbah asid kembali ! Dan sasarannya mereka yang bukak tingkap kereta luas luas !
Yer , kekadang tu sbb nak save petrol terutama bila dah meter tu ke arah E ! Belajar belajar la senantiasa isi penuh. Jangan tunggu nak abis baru tercari cari stesen !
Di zaman ni terutama di traffic light tuuuuu .. mcm mcm kes leh jadi .. Hati hati la yer …