Kalau kacau dia,tu yang akan dia buat ! Automatik !!Anak kawan aku yg sebaya dia , pon sama gak !
Dah masuk fasa guling guling kah ???
Published with Blogger-droid v2.0.10
Kalau kacau dia,tu yang akan dia buat ! Automatik !!Anak kawan aku yg sebaya dia , pon sama gak !
Dah masuk fasa guling guling kah ???
Bdaman .. dah jadi kegilaan budak budak zaman ni . Aku tertanya gak camana dan apakah yang buat mereka sampai gilakan mainan dari siri katun popular kat tv ni ..
Ok la .. ada yang main cam biasa je .. Tapi ada yang siap bertaruh !! Ada sasaran dan sapa yang kalah , Bdaman dia akan dirampas serta jadi milik si pemenang ! Tu diaaaaa aihhh …
Tapi ada yang bijak.. Dia beli , dia main dan jual dengan harga yang jauh tinggi ! Dan menariknya , ada yang sanggup beli tuuu ! Hahahha .. akal budak skarang ..
Zaman aku , nak Transformer pon tak sampai hati nak mintak kat orang tua .. Kalau mintak pon , takkan dapat punya .. huhuhu . Duit sendiri , kena simpan tabung ..
Hurmmm…
Kejap je masa berlalu .. Dulu , merangkak … aku dok buli dia .. Bila dia geram , dia gigittt kain ..
Sekarang ni aku lak kena buli ! Tamo jalan pegang tangan sbb ada je menda nak kutip ! Kalu tak tengok , ada la tu nak dimasukkan dalam mulut ! Banyak sangat rasa ingin tahu diaaa …
Kena amik tugas sepenuhnya apatah lagi bila dia mula mual, loya dan pening pening ! Maka tugas aku berganda dari sebelum ini .. Heeheheh ..
Tak kisah laa… Dah wife mengandung kan ? Takkan nak marah dia lak ..
Bila dah pandai berjalan ni , maka setiap petang mmg akan bawak dia berjalan-jalan cuci mata .. kasi fresh skit memandangkan seharian duduk rumah .. Leh tensen woooo ..
Saja nak tengok gak gaya dia bila kat luar. Camana dia nak berkomunikasi dengan rakan rakan yang boleh dikategorikan sebaya ..
Hurm.. dia segan .. hehehe … Lom masanya lagi ..
Masuk dalam rumah , siapkan dia .. Tugas masak makanan Qhalif , masih lagi wife yang buat. Aku ? Hurmm.. serius , aku malas sbb akan dapat ‘arahan’ dari wife . Part tu yang aku tak suka. Aku nak , aku buat sendiri tapi bila ada orang kasi perintah , haaa.. malasss dahh !
Lain lain , ok je aku buat.. hehehe …
Adoiiiyai.. Nasib baik laaa dia dah belajar skill mengelak dari aku ! Kereta merah ni ditolaknya gitu saja .. huhu .. Tak berani nak naik pon ..
Terus dia melompat tinggi ke atas keretanya ! Huh ! Bakal ganti Jacky Chan ni .. Tapi jangan la Qhaliff jadi pelakon. Nanti bersepah je dvd pirate . Penat jer .. hahahaha .. Tak berbaloi kooo .. Glam je lebih..
Kunci kereta , sila simpan di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak kecil kita mahupun anak besar yang belum ada lesen memandu yang sah !!
Bila dah jadi kes gini , nak tuding jari atau menangis air mata berdarah pon tak guna .. Hurmm ..
Qhaliff sendiri pon dah pandai main gear dan stering. Bukan ajar tapi disebabkan dia dok selalu memerhati apa yang ayah dia buat dalam kereta maka itulah yang mereka tiru ..
Ada mak ayah yang kasi anak mereka start enjin kereta dan ajar guna gear walhal anak tu belum kenal huruf pon … Jangan gitu. Bahaya sangat ..
Takziah buat mereka .
Perghhh .. dah pandai guling guling dah sekarang ni kalau tak dapat apa dia nak ! Tu belum lagi bantai menangis beria ria .. Ni mesti belajar dari mak dia niii .. huuhu …
Apakah akan jadi kalau aku tak layann ? Dia akan berenti menangis dan tengok aku. Pastu senyum dan kembali bermain .. Adoiiiyai.. Akal akal…
Patutlah ada parents dah pesan .. Jangan layan sangat dia menangis .. Memang diorang ni dah tau akan dipujuk dan akan buat lagi ..
Kalau aku marah dia ? Ada la saja aku marah dia .. Tau apa dia buat kat aku ? Dia marah balik dengan mata berair ! Huhuu.. sian la pulak. Bila pujuk , aku dibulinya balik !
Aku ditawar menyertai konvoi Harley Davidson – Petronas bersama beberapa orang rakan blogger lagi . Perghhh .. Memang impian aku laaa nak konvoi jauh dengan motor easy rider ni ..
4 hari ! Itu yang dinyatakan . Dari KL, ke Terengganu ..bermalam di sana kemudian ke Pulau Pinang pulak .. Tidur di Hard Rock Cafe Hotel weh ! Huhuhuh …
Telan air liur dengar ! Aku ingat nak bincang dengan wife .. Pengalaman untuk aku coretkan dalam blog .. Pasti menarik ! Tapi .. hurmm .. aku fikir kembali ..
Hari tu , aku ke Penang dan Perak untuk 2 hari pon aku dah rindu giler kat Qhaliff dan Qhaliff lak siap demam lagi ! Itu baru 2 hari ! Inikan pulak 4 hari !! Mau kering air mata aku menitis .. huhu .. Cehhh ..
Satu lagi alasan .. wife tengah mengandung kan ? Dia dok loya loya .. Kuat lak tu. Bau tandas pon tak leh .. camana tu ? Kalau dia berdua je ngan Qhaliff , camana ? Hurmmm .. Pastu nak drive gi kerja .. Haihhh..
Tak leh tak leeehh .. Aku tolak demi mereka .. Tak pe la , bukan rezeki aku .. Aku ok jer .. Janji aku ada dengan keluarga aku .. walaupun geram dengan Qhaliff yang dah mula ‘pukul’ aku dengan hanger !
Majalah ni masih baru lagi di pasaran. 6 keluaran baru .. Ok la , kan ? Aku terima pelawaan mereka dengan rasa bangga di hati. Yelah , blogger semakin mendapat tempat di dalam majalah terutama blogger lelaki yang tak memperagakan shawls .. hehehe ..
Aku terima panggilan telefon dari Puan Mastura , wartawan yang ditugaskan untuk menemubual aku dalam ruangan Timang Timang di dalam majalah Ibu Dan Anak .
Menurutnya , aku adalah lelaki pertama yang menghiasi ruangan itu dan juga majalah tu kalau tak silap aku la .. Yelah , majalah IBU DAN ANAK .. Aku pon bertugas sebagai ibu gak kan ? Heehe ..
Seperti yang dijanjikan , aku ke Alamanda jam 3 petang bersama Qhaliff . Bertemu di tempat yang penuh pokok buluh ni , untuk sesi bergambar. Serius , tempat ni mmg cantik dan ramai tak tau kewujudannya.. Hehehe ..
Cuaca agak panas dan Qhaliff , aku ingat dia dah cukup tidur untuk menstabilkan mood dia rupanya .. tidak ! Adehh .. Kan sini gak dia wat hal ..
Memang berpeluh la aku dibuatnya ! Adoii.. Susah benar nak tangkap gambar aku dengan dia ..
Ke sana sini dia berlari dengan memegang daunan sebagai alat mempertahankan diri ! Tak cukup dengan daun , spek aku jugak jadi sasaran ! Haihhhhh ..
Selepas bergambar , baru la sesi berbual .. Aku mintak dibuat kat Roti Boy. Sejuk skit kat sana . Namun Qhaliff masih tak reti duduk senyap. Memang menduga kesabaran aku sungguh ..
Sempat buat setengah jam jer kat situ. Tak banyak dapat diceritakan sbb dok kejar Qhaliff jer .. hahahhaa .. adoiyaiiii .. Sabor jer ler..
Jam 4 petang.. selesai . Menurut Puan Mastura , inshaAllah bulan depan terbit isu ni .. Aku tengok dah keluaran bulan ni .. Memang kemas la majalah ni.
Terima kasih Ibu dan Anak ..
Beberapa hari yang lepas , aku upload gambar aku di Alamanda dengan Qhaliff bersama rakan blogger , Sue Joshua yang kebetulan ada di sana bersama keluarganya .
Meletup jap kat FB dan Instagram aku ! Ramai kata aku dah boroi !! Hahahahha .. Aku ok je .. Biasa sangat dah dengan berat badan aku yg kejap naik kejap turun ni ..
Aku kata kat mereka yang aku akan kurus dalam masa 3 bulan ! Tapi dalam tempoh 3 hari , aku dah berjaya kembalikan ke bentuk badan seperti dulu !!
Tak percayakah ? Aku berjaya lakukannya !!
Ada yang kata aku tahan nafas .. Ada yang kata gambar edit .. Ada yang kata tu bukan aku tapi Brad Pitt .. Adoi.. Aku tak tau nak kata apa dah .. Aku terima je ketentuan Allah ..
Apakah rahsianya ? Hehehehe .. Nak tau ? Perghhh .. Zaman ni zaman SILA PM kalau nak tau ! Hahahaha .. Ingat freee keeer ??? Mana blehhh ..
Ok ok .. aku kongsi la skit .. Korang pon sedia maklum yang aku ni dok keluar masuk gym dah berbelas tahun. Jadi , tips nak bakar lemak badan aku sendiri ni , mmg dalam poket aku laaa ..
Memula , diet . Aku mmg stop makan berat sejak hari Isnin. Aku makan biasa biasa je sekali sehari . Dan minum air banyak . Sebelah pagi dan petang , jogging dan bersenam .
Selain tu , aku ada amik suppliment untuk pembakaran lemak bila bersenam. Jadi peluh mencurah curah la keluar .. hehehehe .. Dan hasilnya , tadaaaaa ..
Gambar pertama tu sebenarnya baru lepas makan laksa dan char keow teow … Dua pinggan ko.. Pastu baju tu pulak menambahkan lagi keburukan fizikal aku. Sbb tu aku cool jer .. hahaha ..
Gambar kedua .. Aku dah diet dan jaga makan walaupun masih makan aiskrim.. hehehe .. Aku elak makan berat sebelah tengahari dan malam . Apa yang aku makan ? Aku kongsi makan makanan Qhaliff ! Hehehehhe .. Sian dia .. Makanan dia takde minyak , garam dan gula .. Sedap wooo ..
Cabaran masih belum tamat … Aku kena mantapkan lagi hingga bulan Disember untuk buktikan pada mereka yang aku bukan tahan nafas ! Hahahahha …