Kalau aku gi ke hospital atau klinik kerajaan , pastinya jururawat wanita akan jadi perhatian . Kenapa ? Hehehe .. Rasanya ? Yerrrr .. pakaian mereka ! Walaupun masih dikatakan sangat kemas dan tidak seksi namun masih ada diantara mereka kurang selesa sbb masih tidak menepati piawaian menutup aurat malah ada juga yang kata seksi ! Seksi tak semestinya terbuka yer !!
Pagi ni , aku ada terima satu permintaan dari seorang rakan FB yang juga seorang jururawat meminta aku keutarakan cadangan menukar pakaian jururawat di negara kita yang lebih selesa dan menutup aurat sepenuhnya ..
Ini pakaian jururawat hospital / klinik kerajaan .. Lebih kurang gini laa kan ?
Ada yang cadangkan pemakaian jururawat sebegini .. Dan aku amat amat bersetuju ! Kan lagi kemas dari yang sediaada ni .. Pesakit lelaki pon tak la bertambah sakit atau pesakit perempuan yang dah berkawin pon tak la pening kepala kalau laki dia kerap datang lawat tapi tak duduk dengan dia tetapi berjln sana sini .. heehhe ..
Sebenarnya , ada dah beberapa hospital swasta terutama yang menggunakan imej begini .. Rasanya jururawat bukan Islam pon ok je .. Mereka pon terasa lebih selamat bila berpakaian gini .. Baru tenang nak buat kerja ..
Seperti biasa , aku google untuk cari isu ni .. Kot kot ada yang terlebih dahulu prihatin dan membincangkannya di blog mereka .. Dan , mmg ada pon ! huhuh…
Hurm.. aku buka secara umum isu ini di TimeLine aku .. Beberapa pendapat aku terima ..
- “ Sangat perlu penambahbaikan sbb tak mematuhi syariat “
- “ saya cuma x bkenan bila tudung kena masuk dlm baju tu je. bkn apa.. dalam Islam etika bertudung bkn begitu. kerja bkn jd halangan kt menutup aurat “
- “ erm.. tudung tu sebab tak mo tersangkut bila wat keje.. cumanya pakaian tu mgkn perlu penambahbaikan sbb ikut body..tau la cun melecun.. selim melim hihi “
- “ Baju jgn ikut body...tudung xpyah masuk dlm baju... tngok pkaian jururawat d arab saudi..google saja..hihihi “
- “ ok jer sy tgk pemakaian kt spital ni tp ade gak saje gatal mengetatkan “
- “ Perlu penambahbaikan. Sometimes keliru dengan line atau jalur diatas ''mahkota'' yang dipakai atau yang terletak di bahu. Adakah itu merujuk kepada level seseorang jururawat atau apakah sebenar fungsinya? Ada sesetengah hospital khususnya swasta menyediakan fabrik uniform yang tidak bersesuaian dan lebih mengejutkan bercorak ! Rasa macam di Hawaii dengan corak bunga-bunga. “
- “ bukan nurse je polis/askar semua bdn beruniform la.hu3..bygkan someone yg bertudung labuh n muslimah if dia nk jdi polis ke ke.nurse kena pikir byk kli.sebb pakaian yg x berpe sesuai..huu..klo tgk kt negra arab polis or askr dorng siap pakai niqab lg..xde prob rasa “
- “ Perlu tukar pada pakaian mentaati Allah.
Tak salah jika baju lebih labuh dan tudung xperlu dimasukkan ke dalam. “ - “ seksi giler..masa akk admit tahun lps rasa nsk srh laki blk cepat je. manalah BP nak turun... “
- “ Xok. Pakai tudung lengang pendek. Lg satu bila buat pemeriksaan pd pesakit sila guna sarung tangan. Coz bersentuhan ngan bkn mukhrim “.
Apa pendapat Kementerian Kesihatan ? Sila prihatin sedikit yer .. Lama dah diorang tak selesa dengan pakaian gitu sebab banyak je mata liar mencuci mata ..
Dan kalau boleh , jururawat sedia ada .. sila prihatin sedikit baju putih yang kelihatan jarang dari belakang tu ..