Kelmarin , air kat sinki takde .. Pastu plumber datang , dia cuma tukar laluan paip tu je.. Tapi punca masih tak tau kat mana .. Tu saja dah kena RM50 ! Hehehe.. mana ada menda free kan ?
Tapi air kat lubang ni senantiasa keluar ! Ini bermakna , ada yang tak kena !! Plumber tu ( merujuk plumber yang besar tu.. bukan yang kecik berbaju putih tuu .. ) , tak tau apa puncanya ..
Dan pagi ni , dalam kul 10 pagi .. Di saat saat aku nak keluar gi main paintball , sedang aku mandikan Qhaliff .. air terus takde ! Tengah mandi ni ! Nasib baik belum shampoo ! Kalau sedang tu , camana ? Perghh.. meraung dia .. hahah ..
Aku bgtau wife .. Dia cari no tel SYABAS dan buat panggilan . Sebelum tu aku ada call plumber , dia kata nak datang .. Tapi tak tau la bila nak datangnya !
Tak lama kemudian , SYABAS sampai ( SYABAS kerana pantas ! ) .. dia cek meter.. Takde masalah dengan laluan air sebelum tu. Laju je .. Ini bermakna , paip bawah tanah pecah . Jadi , dia cadangkan aku gi buat repot pada pemaju rumah memandangkan masih ada jaminan 2 tahun.
Dan aku pun gi .. Nasib baik tak jauh pon. Dalam 200 meter je dari rumah .. Qhaliff , sibuk nak ikut gak. Padahal mengantuk tuuu .. huhu ..
Gi buat report .. Alhamdulillah , tak sampai setengah jam .. datang orang dia untuk buat pemeriksaan .. Dan , Isnin ni baru datang plumber mereka. Katanya plumber diimport dari Melaka .. hee.. Tak kisah laaa .. Janji air mesti ada pasni .. Kalau tak , naya gue sekeluarga ..
Dan kawan yan bergelar kontraktor yang kasi janji manis tu .. hingga sekarang takde apa apa pon ! Jangankan nak cadang no tel plumber , tanya perkembangan pon tidak ! Bagus tak ? Dah dapat duit , senyap terus .. Perghhh .. Cam ni bangsa kita nak maju ? Untung skit , terus lupa prinsip khidmat selepas jualan ..
Bila ada orang tanya aku .. rekemen kontraktor , mmg aku langsung tak rekemen orang gini !