Ibunya buat utk dia makan.. dia lak , suap kat bapak dia ! Ini salah satu contoh .. Tapi ok gak kan ? Pasni leh suapkan adik dia .. haaaa..
Jangan cari pasal Ben !!
Satu lagi pengalaman baru untuk aku dan juga keluarga .. Pengalaman bagaimana nak menarik minat anak kita terhadap tumbesaran otak mereka. Maklumlah , sel sel otak tengah berhubung.
Apa yang aku nampak , program pembelajaran Little Scientists ni amatlah menarik dan mampu membuatkan anak anak kecil kita lebih kreatif dan banyakkan guna otak untuk memikir dan menilai setiap apa jua ujikaji yang diberikan.. Mudah tapi sangat bermanfaat kerana ianya disesuaikan dengan ilmu yang ditekankan dalam Al-Quran. Sains dan Al-Quran tak dapat dipisahkan !
Walaupun Qhaliff belum lagi berusia 2 tahun ( minggu depan baru cecah 2 tahun ) , tapi perlu didedahkan dengan didikan begini agar lebih bersedia bila usianya mencecah 4 tahun ke atas.. Maklumlah, budak zaman ni lebih pintar dari kita sbb makan macam macam makanan berfaedah sewaktu bayi dulu.. InshaAllah.
Ok.. pasal Little Scientists ni , nanti aku cerita lagi eh.. hee ..
Wowww .. ada ke mee goreng kambing mamak ? Perghh.. Meh aku ajar .. Bila korang masuk kedai mamak , korang tengok apa ada dijual kat situ. Kalau ada sekali pun daging gajah , korang mintak pon dia akan buatkan.. Yelah , dah ada bahan.. Nak goreng dan kreatifkan je la .. Tu je pon ..
Jadi untuk mee goreng kambing lak.. Pastinya setiap chef mamak tu berbeza resepi .. Jadi korang mintak la dia campurkan dengan daging kambing kari tu haaa.. Baru laaa mee goreng tu ada rasa kari kambing skit .. Perghh.. Pastu kasi suruh letak cili merah .. Wa cakap lu aaa , sepinggan tak cukup lorr ..
Tak makan kambing ? Rugi rugi.. Dulu aku pon tak suka kambing ! Tapi bila tau kambing tu sedap banget , maka aku pun try.. Dan jangan lupa , kambing ni sapa suka makan ? Cer google.. hehehe .. Baik kambing dari lembu ..
Harga ? Haa.. korang kena tanya harga dulu baru mintak .. Hahahah .. Ada yang akan charge ..
Mee goreng RM ? + Daging kambing = RM terduduk
Ada yang charge biasa biasa jer.. Kalau mampu , beli la.. Tak mampu , telan air je .. Kalau nak sangat makan , meh sini.. Aku belanja.. Kalau nak sangat dah la …
Hurm.. baru dapat tidurkan dia. Susah benar malam dia nak tidur. Kena aku ada baru nak tidur Tidur pulak , nak kat ruang tamu .. Dah lena , baru masukkan ke dalam bilik .. Kalau tak , menjerit..
Sebelum tidur , layan ABC.. Dia sendiri pilih. Tak nak dah UPIN IPIN.. Boring ! Hahahaha .. Tapi aku tak de la paksa dia.. Biar dia sendiri tengok dan belajar. Aku cuma bantu betulkan sebutan dia. Takut nanti dia bosan bila dipaksa.. Biar dia explore dulu mcm dia main puzzle tu ..
Tengok la nanti.. kena cari bahan yg sesuai untuk dia nanti. Hurm.. sian tengok dia .. Dalam kereta pon sekarang , dah semakin bersopan dengan aku. Kalau tak dipasang video , dia akan tidur jer .. Tak macam dulu.. Memberontak.. hehehe ..
Pasni , nak didik lagi sorang ..huhuh… Kena duduk belakang la dua dua nanti .. huhu ..
Suka dia layan game ni.. Bangga dia bila dapat selesaikan semua puzzle tu tapi dengan bantuan aku la gak kan .. Kang kata dia buat semua , nampak sangat la bohongnya.. Bukan tak boleh tapi belum mahir lagi.. Yang puzzle ‘number’ hari tu , handal dah… Kena tukar game lain lak yang lebih mencabar ..
Bila dapat selesaikan , maka pujian untuk diaa..
“ Yeayyyy.. Gimme five ! “. Dia pun hulur je la .. Kira bangga la tuu..
Aku tak paham sikap sesetengah lelaki yang ‘pandai’ cakap.. cepat angkat tangan kat isterinya pastu ugut nak cerai ! Tapi peliknya , tak jugak nak dicerainya !
Tapi aku lagi pelik sikap isteri yang rela dipukul , berkali kali ! Kalau sekali dua tu , ok lagi la.. Tapi kalau dah sampai naik kaki ke muka , bijik mata lebam.. pastu dok kata ‘ Tu tanda dia I LOVE U ‘ , serius laaaa.. mmg pelik !
Wahai suami .. Kalau dah tak suka , lepaskan je la si isteri tu .. Kalau masih sayang , bincang elok elok .. Bawa gi jumpa pakar kaunseling kalau payah sangat jumpa kata putus atau jumpa orang tua tua yang pandai ..
Wahai isteri … Sayang pon berpada pada la.. Jangan sampai jadi punching beg . Ada kalanya kena gak bertindak menyelamatkan diri. Risau gak nanti , dah tak dapat isteri , anak jadi mangsa ! Hurm.. Bila dah berlaku , satu sen pon tidak berguna lagi.
Bawa bawa ingat Allah ..
Petang ni , setelah berbulan lamanya tak berjalan jalan di taman .. aku bawak Qhaliff keluar .. dengan gaya terkini .. Ala ala zaman bapak dia dulu.. Rap gitu haaa .. Hehehe ..
Sampai di taman , akak akak jiran menegur la dia .. Dan seperti biasa , makin kuat dia peluk aku .. Huk aloh.. Akak akak tu nak ajak main je pon .. Iskhh.. Tamo lak diaaa .. Kalau tak mo , biar je daddy gi lepak ngan akak akak tuuu .. Heee ..
Hurm… makin payah dia sekarang ni. Walaupun dengan pakcik makcik dia .. malah dengan atuk dia pon dia tamo.. Siap buat suara garang lagi ! Tiru aku la tuuu.. Hahahaha..
Payah ni.. Sabtu ni , kita gi kelas eh.. Little Scientist .. heeee .. Nanti aku cerita kat korang amenda tu.. heee..
Sejak MH370 hilang secara misteri , ASTRO AWANI lah paling ‘beria’ menyampaikan maklumat dari pelbagai sudut , dari pelbagai pakar , dari pelbagai orang termasuk siap buat app untuk menyampai kata kata semangat !
Ok.. aku tak nafikan la ianya ada memberi manfaat pada mereka yang mengambil berat tetapi ada jugak yang bagi aku ‘ keterlaluan ‘ , seolah nak mengejar rating atau nak popularkan ASTRO AWANI !
Terbaru , pasal Malindo Air .. Bila tonton part menemubual salah seorang penumpang yang berada dalam kapal terbang tu , buat aku geleng kepala jer .. Apa tujuan soalan soalan tu ? Nak cari salah sapa ? Bukan ke patut elakkan dari menimbulkan rasa kurang senang terhadap syarikat penerbangan tempatan apatah lagi sekarang dunia sedang memerhati Malaysia. Ni seolah nak bukak pekung lak .. Iskhhh..
Bila dah terlalu nak dapatkan berita ekslusif , maka hasilnya seperti media barat yang suka benar mencari salah ‘orang lain’ , dengan menimbulkan spekulasi yang .. hurm… Tanggung la dosa sendiri !
Aku follow Astro Awani beberapa kali je terutama tang siaran langsung jer .. Part wawancara tu , malas .. Maaf yer ASTRO AWANI .. Bukan benci tapi meluat ! Harap lebih telus dan jujur dalam menyampaikan berita . Anda bukan majalah tabloid !
Antara komen rakan mengenai ASTRO AWANI utk isu MH370 :
Hurm.. pikir la sendiri yer .. Nak sampaikan maklumat atau nak panaskan lagi keadaan ?
Saya , pelanggan ASTRO yang belum lewat bayar .. Jadi saya ada hak untuk tegur ..
Qhaliff bangun tdo.. Wife pesan sewaktu dia pulang makan tengahari , suh suapkan nasi bila dia bangun nanti ... Tak pesan pon , aku akan bagi gak. Dah tentu budak tu kelaparan bila bangun nanti apatah lagi , pagi tu dia dah berak ..
Kul 2.30 petang, Qhaliff bangun . Aku siapkan nasi dia dan nak suap dia .. Dia tamo.. Guling guling atas lantai .. Kemudian dia tunjuk nak Nutella yang berada di atas kabinet dapur ..
Hurm.. roti takde .. Ternampak ada bekas biskut kering disebelah Nutella. Bukak dan aku sapu skit Nutella kt biskut kering dan kasi kat dia ..
"Tima acehh.."
Terus ke dpn tv dan layan coklat dia tu ..
Adeh .. Kalau mak aku kasi , nak je dia .. Huhuh..