Hurm.. risau aku sebenarnya.. Bila dia gi menghala ke tempat permainan yang ada budak budak lain , pasti aku kena ikut sama ! Kalau tak , naya budak budak kat situ ! Main suka tekak diaaaa je nak amik alih permainan tu dan marah kengkawan tu ! Apa dia pikir bapak dia punya ke ?? Haishhh .. Bapak dia punya , ada kat rumah ! Kat situ , bapak orang lain yang punyaaa..
Tangan dia cepat ! Sebelum dia nak hayun , dia akan bukak kuda kuda Ultraman dia dulu .. Yang tu aku risau tak sempat nak tangkap ! Kalau lewat , confirm hinggap kat budak tu ..
Tapi setakat ni , yang jadi mangsa .. bapak dia je la.. Budak lain , dia gertak jer.. Dia tampar dinding ke.. lantai ke.. Pastu sendiri sakit ! Bila budak tu sergah dia lak , tau pulak takut ! Hahahahah ..
Seperkara lagi yang merisaukan aku.. Dia nak ajak kengkawan yang tak dikenali tu , main sama dia .. Pastu nak tolak bergurau .. Kena kalau budak tu halus dari dia ? Mau tak tersungkur ? Haihhh …
Rasanya , kena gi sekolah dah ni.. Kalau aku takde , dia takut skit .. Kalau dia tau aku ada situ , dia ‘besar kepala’ .. Hurmmm..
Normal ke ? Ke aku dah manjakan dia sangat ni ?
Hurm.. gini punya gaya , dah tiba masa kena hantar dia ke Oxford .. hurmm.. Ke awal lagi ? Hantar ke Al Azhar ? Erk.. heee.. Taska Melodi Taman Indah dah la…