Sedih.. Benarlah kata seorang rakan blogger , kak Yati Kapoor pada salah satu status FB aku semalam ..
“ Time anak2 tidur akk suka tenung wajah diorng...timbul rasa unsaf..teringat anak2 yg didera...apalah yang budak sekecil ini tahu apa-apa...tu yg dtngnya rasa kesian bila tgk anak2 kecil tidur...rasa hiba “ ..
Semalam , Qhaliff bikin sepah rumah. Aku pulak dok pening kepala.. ditambah dengan Zahra buat kelaku yang aku rasakan kerana dia lapar tapi tak nak susu botol walaupun dipaksa ! Hurmm..
Aku marah Qhaliff kerana dia teraburkan baju yang mak dia dah seterika. Dia menangis.. pastu merajuk masuk bilik.. Dia baru 2 tahun dan dah tahu erti merajuk..
Alahai .. Nak nangis rasa bila dia buat gitu. Aku panggil dan pujuk balik.. Dia kembali ceria dan buat balik perangai dia .. Redha je la… Tak kisah.. Aku terlupa dia nak explore perasaan dia dan nak tau macam macam perkara ..
Bila aku tengok kembali gambar gambar lama dia sewaktu berusia beberapa bulan .. aku jadi sayu.. Anak yang aku sayang sangat tu dah pandai buat macam macam karenah .. dan kerap kali buat aku tersenyum.
Antara yang membanggakan aku , dia gemar ucap terima kasih bila kita bagi sesuatu kat dia dan gemar lemparkan senyuman yang mana aku ‘terpaksa’ membalasnya dengan ikhlas juga..disusuli dengan pelukan dari dia .. Huhuh..
Dia nakal tapi bijak.. Aku bukan puji dia sebab dia anak aku tapi sebab mmg betul gitu ! Pantas belajar dengan hanya melihat perbuatan aku dengan sekali saja ! Budak kan ?
Bila kawan kawan kata aku ni bapa mithali , bapa yang baik .. aku malu ! Aku bukanlah seperti yang mereka kata .. masih terlalu jauh untuk jadi begitu.. Masih terlalu jauh !!
Aku harap aku masih punya masa dan peluang untuk perbaiki segala kelemahan aku. Aku bertuah ada 2orang anak yang comel dan bijak.. Hurm..