Hehehehe.. Dua dua aku makan dah ! Sedap pipi diorang ni.. Lembut jer.. hahaha .. Tak macam pipi aku yang dah .. hurmm… Ayam tua eh ? Liat ? Hahahahaha …
Bersyukurlah .. masih kacak ! Lalalaala…
Hehehehe.. Dua dua aku makan dah ! Sedap pipi diorang ni.. Lembut jer.. hahaha .. Tak macam pipi aku yang dah .. hurmm… Ayam tua eh ? Liat ? Hahahahaha …
Bersyukurlah .. masih kacak ! Lalalaala…
Hehehehe… Jom tonton aku yang sesekali keluar kat tv ni.. Er , jarang sekali ! Hahahaha …
Tiada lagi alasan gini ..
“ Alamak Ben , keje laaa… Tak sempat nak tengok.. Takde tv ! “
Tu dulu punya alasan.. Zaman Nokia 3310 ! Ni zaman Sony Xperia Z3 dah !! Sila download di Play Store aplikasi 1Malaysia Tv yer !! Haaa… Anda tiada lagi alasan selain dari handphone baru kena curi pagi tadi !! Atau ..
“ Saya mmg tak suka awak , Ben .. Jadi saya malas nak tonton !! “. Ok aku terima alasan tu tapi pelik satu jer … Asal baca blog ni kalau dah tak suka ? Hahahahah.. So alasan tu tak leh diterima gak !!
Sila download sekarang !
Hurmm.. earphone ? remote control tv, astro dan sebagainya.. Hilang tanpa dapat dikesan ! Selepas diselongkar menyeluruh atau hari berikut tanpa dicari , ianya muncul tanpa diundang !
Begitu juga dengan … isu terbaru ini !
Yup.. jumpa tanpa disangka sama sekali lokasi dia sembunyikan ! Hurmmm.. Pasni kena pasang Gps pada setiap barang barang yang ada dalam rumah ni ! Huhhh.. banyak duittttt aku nak buat gitu !
Mata ini perlu lebih tajam lagi memerhatikan tindak tanduk Qhaliff yang semakin .. boring di dalam rumah ! Aku nak belikan dia set gelongsor tu .. mak dia kata membazir jer.. Hurmm.. orang perempuan .. Beli pinggan mangkuk banyak banyak , boleh la pulak ! Arghhhh !!
Penat camana pun.. stress camana pun , dia tetap buat kerja dia kan ? Walaupun ada yang bukan dalam tanggungjawabnya , si isteri tetap buat tanpa banyak cerita.. Yang banyak cerita tu , kenalah belajar ikhlas !
Dan suami , sila jangan amik kesempatan ! Si isteri buat kerja , awak gi lepak kedai mamak dengan kawan kawan ! Kononnya dah tanggungjawab isteri di rumah.. Tanggungjawab suami melepak di kedai mamak kah ? Apasal tak nikah je ngan mamak tu ? Senang kan ?
Hurm… sebelum bernikah .. beria bercinta.. Pelbagai janji setia diberi.. Kenapa dah dah jadi hak milik , tak nak pulak jaga ? Dulu tak bagi tangan isteri kasar .. sekarang kalau boleh biar je jadi cam jalan tar ! Tak kisah !!
Sama sama bina rumahtangga.. sama sama hiasi dan jaga.. kan ?
Mak aku kata laa.. mudah benar jaga dia .. ! Awal pagi , lepas mandi .. kasi susu dan tidurkan dia .. Kalau dia menangis , tu tandanya dia boring.. Bawa je jenjalan luar.. pastu diam.. 10 – 15 minit.. dia confirm ngantuk ..
Setiap pagi.. dia akan tidur balik dari jam 8 pagi hingga 12 tengahari.. Hehehe.. Sejak cecah 6 bulan ni , dia lain skit.. Perubahan dah boleh nampak masa ni ..
Dan Qhaliff ? Cemburu dengan adik dia tapi pada masa sama , dia jaga wooo ! Hahahaha ..
Hahaha.. kecoh baru baru ni pasal Whatsapp ! Aku tak tau apa puncanya dan malas nak amik tau sebab ianya melibatkan sikap masing masing .. Adeh.. Tak matang ? Cemburu atau takde kerja ? Aiseyman..
Bergaduh pasal tanda ‘two check’ tu je kan ? Kalau dah baca , balas la cepat eh ? Huk alohhhh.. Ingat orang takde keje lain ke nak buat ??? Hahahaha… Kalau dah gatal nk berpasangan tu , terima je la seadanya. Janganlah dok mengawal orang tak tentu hala ! Kang orang tu uninstall whatsapp , dah tak pasal pasal guna sms jer ! Haaa.. baru ada akai !
Pernah berlaku gak la pada aku pada zaman dinasour dulu.. Punya la stress dok berbalas sms .. Lambat balas , marah.. Perghh.. Kata dok bersms dengan perempuan lain ! Huk aloh.. Memang pon dok bersms dengan perempuan lain ketika tu .. Yelah , waktu tu aku bujang lagi kacak .. Haaaa.. Ok la kan ? Bukan sms ngan pondan atau gay ! Normal la kan ? Lom kawin.. Maka aku campak la phone ke dinding ! Berderai habaq hangggg ! Puashati aku ! Sapa pon tak leh sms dah termasuk mak aku ! Baru padan muka dia !!! Huhhhh..
Kawan , orang dah buat whatsapp , Line , Wechat .. guna je laaa untuk permudahkan komunikasi. Kalau dah tak leh tahan rindu, nikah jer ! confirm pastu tengok handphone pun meluat dah ! Lain la blogger.. kena tengok phone 24 jam.. Kot ada job juta juta masuk.. Nak approve comment.. haaaa ..
Dah tak pasal pasal skang , Batman pon pening kepala ! Nak lari pon payah dah bila polis mintak bantuan ! Haaa …
Sedikit info untuk mereka yang stress pasal Whatsapp !
( one check ) mesej selamat dihantar ke server ! Bukan hp orang tu !!
( two check ) dah selamat hantar ke handphone orang tu tp tak semestinya dia dah baca ! Paham tak ni ?
Tu pun nak pening ! Bercinta ngan panda je la kalau memanjang nak cemburu !
Wowww ! Biar benarrr nih ..
3% ? Tambah ngan GST 6% ? Dah berapa ? Hurmm.. ada yg kerja dengan syarikat binaan ni kata mungkin lebih ! Hurmmm.. Sapa yang belum beli rumah pasti akan garu janggut dia.. Takkan nak tunggu rumah mampu milik yang confirm ramai berebut punya laaa .. Tu pun ada kriteria tertentu !
Apa kata kerajaan mengenai harga rumah ni ?
Pulak ??? Aiseymannn… Dah tu nak beli rumah camana ? Seorang kawan aku semalam ada bertanyakan perihal rumah pada aku. Dia nak cari rumah berhampiran Putrajaya. Nak beli dalam Putrajaya , jangan mimpi la kan ? Harga luar mampu punya ! Yang mampu beli , aku rasa bukan orang orang kebanyakkan cam aku ni .. tapi yang banyak duit dan orang dari luar negara ???? Hurmmm .. Sian kita ..
Kalau nak beli rumah , gaji bulanan mesti berapa ribu eh ? Maksud aku pendapatan bulanan laaa.. Kalau aku seorang penjawat awam bergred 17 ( pembantu tadbir dan sebagainya ) , gaji baru berapa sangat kan ? Apakah mampu aku beli rumah jika tiada buat bisnes sampingan langsung ?
Aiseyman … Baru nak beli rumah , tapi macam tak layak lak.. Gaji lom pon cecah RM3K tapi dah dikira miskin ! Hurmmm… Betul gak .. Nak bayar itu ini .. Bagi orang tua lagi.. Nak simpan menikah.. Lepas menikah nak beli itu ini lagi.. Perghhh ..
Nak beli rumah tak lepas .. Dah la tu , dikira miskin .. Mintak BR1M je laaa ..
Alamak.. baru nak apply ! Hahaahha .. Kena ‘sound’ dahhh ! Adehhh… Nak beli rumah tak mampu , nak appy BR1M tak lepas… Nak cari income buat bisnes online , kena daftar company. Bisnes maju kena GST lak.. Hahahahaa….. Tepuk dahi je la ..
Aku bukan mengeluh.. Tapi sampai bila kita nak hidup macam ni ? Mengemis di negara sendiri ! Kerja siang malam perbaiki kehidupan. Tapi kita sendiri tiada kehidupan ! Nak gi bercuti pon guna duit banyak ! Nak balik kampung pon guna duit banyak.. Minyak , tol , jalan jammed .. speed trap , AES , eksiden !
Kesimpulan.. simpan duit , balik kampung… Beli tanah , buat rumah .. buat bisnes kat sana ! Dengan tanah yang ada , InshaAllah macam macam boleh diusahakan.. Rezeki Allah luas .. Sampai bila nak jadi hamba orang lain kan ? Jadi hamba Allah dah la.. DIA balas dengan rezeki melimpah ruah .. kita je tak nak cari .. Nak harap depan mata jer..
Pesanan untuk aku jugak yang tak de rumah lagi ! Hahahaha .. Jom balik Penang.. Tanah ada dah tu.. Nak bisnes apa eh ? Rumah sewa pon best sebab tak lama lagi akan ada IPT dekat dekat situ .. wowww ! Dengar ceritanya laa..
Ada beberapa situasi yang berlaku setiap hari pada diri kita yang membuatkan rasa macam nak menjerit sekuat hati atau nak je gi tumbuk orang tuuuu ! Haaa.. ada kan ? Kannnn ? Aku memahami.. hahaha ..
Antaranya ? Ok.. ni yang berlaku pada aku semalam ..
1. Gi makan .. amik lauk sedap sedap dan ada la sambal yang leh tahan gak kepedasannya..
Menyelerakan , bukan ? Ahaaaa .. Nasi dan lauk , sila pilih sendiri.. Takde masalah.. Air , ada orang datang amik order. Makan punya makan punya makan.. tau tau abis dah nasi tapi air tak sampai lagi ! Hahaha.. Dah la pedas.. tapi air tarak ! Niat di hati nak tambah lagi , terus dibatalkan ! Geram ? Sabar je la kan ?
2. Dalam perjalanan ke suatu tempat. Di persimpangan lampu isyarat… Dan , lampu merah bertukar ke hijau. Kereta bergerak perlahan.. Ada sebuah kereta tu bergerak perlahan dan menjarakkan keretanya dengan kereta depan agak jauh… Dari akhirnya , lampu hijau bertukar ke kuning .. dia memecut laju ! Waahh , dia lepas .. yang belakang ni ??? Haih , macam ni punya pemandu pun ada ? Apa niat dia ? Saja atau terleka ?? Kalau saja , serius ..dia antara pemandu kereta di Malaysia yg perlukan kasih sayang !
3. Dalam kereta gak.. Dah la perut memulas giler ! Memang tahap hujung hujung punya.. Destinasi , rumah tercinta ! Dah dekat tapi ada sebuah kereta di depan nun , pandu kereta seolah makan angin kat Paris ! Memerhatikan kehijauan bumi Tuhan dengan senyuman ! Kereta berderet di belakang ! Sebuah demi sebuah potong dia .. Dia cool jer ! Boleh ?????? Kalau kereta dia bermasalah , bagi la double signal atau keluarkan tangan suruh kereta potong dia .. Tapi ni wat dek jer ! Arghhhhhhhhhh !! Orang macam ni mmg mintak dijulapkan je sebotol pastu ikat dia dalam kereta ..pandu ke Kelantan tanpa henti di mana mana RnR dgn kelajuan 60km/j !!! Baru tau cam rasanya !
Kawan , kot yer berhati hati memandu tu ..tengok tengok la orang belakang skit .. Kalau takut memandu , suruh je orang lain pandu ! Nak berhemah , biar ikut peraturan.. Bukan ikut tekak jer .. Arghhhhh !!
Nanti anti sosial ? Gulp.. Benarkah ??? Apakah gadget akan membuatkan Qhaliff jadi gitu ? Hurmmmm… Hurmmm.. Yeke Qhaliff ?? Takkan kot ?
Qhaliff akan dapat handphone mak dia tak lama lagi.. Sony Xperia C3 .. InshaAllah mak dia akan guna aku punya dan aku dapat baru ! Wee.. InshaAllah .. lom confirm ! Hahahaha..
Er , apakah Qhaliff akan abiskan masa dengan handphone ? Aku rasa tak mungkin !
Alhamdulillah.. dalam tab dia takde game ! Aku sendiri tak main game dalam handphone. Dia gemar tengok youtube jer.. Citer Ultraman dan seangkatan dengannya.. Dia layan pon tak lama.. dia boring , dia cari bola dan ajak aku main dengan dia .. Tak pun dia gi tumpahkan air dan makanan ..
Risau dia dengan tab ? InshaAllah tak …
“ Nak susu tak ? “
“ Tak nakk … “
“ Nak susu tak ? “
“ Bichingg arrr.. “ . ( Bising arr )
Amboi jawapaann !! Memang nak kena smackdown nihh ! Terus aku geletek diaaa … Gelak tak henti pastu mintak asyam ! Iaitu ais krim Magnum !
Qhaliff tak kisah ada ke tak de susu botol.. Dia tau , dia akan puas menyusu bila mak dia balik petang karang ! Dia orang pertama akan berada di atas katil. Tunggu mak dia siap mandi dan tukar baju. Dia akan kongsi dengan Zahra. Zahra tak banyak menyusu .. Tapi tu dulu laa.. Sejak cecah 6 bulan ni , nafsu dia dah lain .. Hahaha..
Pagi tadi .. aku offer Qhaliff susu .. Dia diam.. Aku gi buat kat dia sebotol .. Dan hasilnya ?
Hurm.. minum jugak dia rupanya ! Lain kali jangan tanya.. bagi jer terus !