Aku ,cair.. Geram! Terus gigit pipi dia … Dan dia redha jer.. Tak kisah ! Sememangnya nampak macam dia nak tarik perhatian aku yang lebih banyak abiskan layan Qhaliff manakala dia dengan ibunya..
Tapi bila dia masam.. Huhuh..
Aku ,cair.. Geram! Terus gigit pipi dia … Dan dia redha jer.. Tak kisah ! Sememangnya nampak macam dia nak tarik perhatian aku yang lebih banyak abiskan layan Qhaliff manakala dia dengan ibunya..
Tapi bila dia masam.. Huhuh..
Bertolak jam 6.30 pagi. Sampai betul betul dalam rumah di Kok Lanas, jam 6 petang ! Haaa… Cer kira berapa jamm .. !! Perghh.. Ni gara gara banyak kali berenti rehat dan tidur 5 minit ! Hehehehe .. Terpaksa !
Awal pagi semalam , aku ikut jiran meronda taman perumahan. Huhu.. Saja meramaikan majlis .. Dan kesannya ? Kesannya ni laaa.. Terlalu letih mata gara gara tak cukup tidur !
Dan untuk menghilangkan ngantuk dan keletihan ketika memandu , aku try amik Red Bull yang mahal punya tuuu.. RM7.20 setin ! Beli 2 tin gitu haa…
Apakah mampu menghilangkan ngantuk aku seperti sebelum ni aku minum Livita with Honey tu ? Boleh laaaa.. Tapi aku tetap gagal mengawal mata aku dari terlelap beberapa kali ketika memandu disebabkan cuaca yang terlalu..
Panas koooo !! Aku pakai RayBan.. kurang sedikit tapi aku kan rabun.. Nak memotong tu aku kena pastikan keadaan kenderaan di hadapan aku tu.. Maka tak berani la nak pakai .. takut tak perasan kereta nanti !
Nak tak nak.. aku kena berenti banyak kali dan lelapkan mata agar hilang letih mata tu ..
12 jam perjalanan kali ni jadi terlalu lama walhal sebelum sebelum ni pon , masa perjalanan memang gitu pon sebab aku kerap berenti gak.. Cuma kali ni , cuaca kering di pantai timur menambahkan lagi keletihan ketika memandu.. Kita tak perasan tapi itulah sebenarnya.. Maka , banyakkan minum air suam ketika ni yer.. Huhuh..
Terletak di Kota Warisan , Sepang.. akhirnya aku sekeluarga berjaya juga singgah makan di sini.. Lama dah tengok restoran ni .. setiap kali balik dari Cheras , pasti akan lalu dan terliur melihat dari jauh.. hehehe ..
Tertanya gak.. sedapkah ? Pengunjung tak putus putus setiap hari.. Rasanya kalau Ramadhan ni , jangan mimpi la dapat booking makan kat sini punya ..
Seorang , RM28 jer.. Ok la kan ? Dari gi makan kat Secret Recipe tu.. mau mau kena dekat RM70++.. Humm..
Meja yang disediakan , memang banyak ! Ini bermakna tempat ni dapat sambutan setiap malam..
Wife pilih meja .. Berdekatan dengan tempat makanan.. hehehe .. Senang nak ulang alik..
Sebelum mak pak makan.. kasi anak makan dulu.. Amik ais krim dulu untuk Qhaliff.. hehehe .. Zahra ? Hurmm.. dia makan biskut dah la ..
Dah pilih apa nak … Masa untuk rebus dan bakar ! Huhuhuh… Bakar ke ? Ke masak ? Tah.. hahahah ..
Kalau takde selera nak makan menda menda ni , ada pilihan lain ! Jangan risau aihhh .. Ada mee goreng , keow teow goreng , nasi goreng dan pelbagai lagi pilihan yang menarik tekak untuk menjamahnya !
Pilihan banyak.. Jangan tamak.. Tak abis kalu ?
Hehehe.. Makanlah dengan bersederhana..
Amacam ? Menyelerakan tak ? Kan ? Aku tau.. nampak sedap tapi ?? Haaa.. Ok , ni pendapat aku.. Bagi aku rasanya boleh tahan. Tak de pulak rasa sakit kepala selepas makan.. Aku pernah makan steamboat tapi lepas tu , aku sakit kepala yang amat sangat ! Diorang kata ajinomoto punya penangan.. Wallahu a’alam .. Aku bagi 2.5 dari 5 bintang. Ala ala je la. Bagi aku , ok dah .. Boleh repeat pergi lagi..
Aku tak sempat nak rasa semuanya sebab Qhaliff dok ligat bermain dalam ni . Risau pulak aku nanti sebab ada ‘api’ dan ‘air panas’. Makan secepat yang boleh , pastu beransur.
Bagi aku la kan , kalau restoran yang begini .. sebaiknya perlu ada kawasan untuk kanak kanak bermain. Seperti beberapa restoran yang aku pergi , mereka dah sediakan ruangan kanak kanak .. maka mak pak leh makan hingga kembung perut.. Hehehhe.. Baru puashati kan ?
Layanan..kebersihan serta kawasan parking , takde masalah..
Dinding kotor ? Tu hasil karya agung Leonardo Da Qhaliff Iman Al Bukaki ! Tak larat dah nak larang.. Makin dilarang makin dia berkarya !
Dan adiknya ? Dah mula selongkar apa saja barang yang ada berhampiran dengan jari jemarinya. Perlahan lahan dia gerakkan jari dia untuk menarik barang tu.. Dah dapat ? Hurmm.. Nak amik balik ? Hurmmm..
Dia suka tengok apa yang abang dia lakukan.. Pastu ketawa ! Macam paham pulak diaaa ! Dan abang dia , suka meniru orang ! Ada sekali tadi.. seorang budak yang lebih tua dari dia dok berdiri melihat cermin mata kanak kanak sambil berpeluk tubuh.. Qhaliff berdirii sebelah budak tu pastu buat cam budak tu buat iaitu berpeluk tubuh sambil pandang budak tu ! Boleh ???? Tu cara dia nak masuk line.. Kalau budak tu layan , maka jadilah teman sepermainan.. Kalau tak layan , dia pon blah.. Apadahal kan ? Hahaha ..
Zahra pon dah turut sama daahh ! Sekarang ni , nak pakaikan diapers pon payah.. Dia dah mula larikkan diri macam abang dia ! Huhhhh..
Seringkali aku dapat persoalan dari rakan rakan di Facebook , camana dan bagaimana senaman atau workout untuk wanita yang lebih terarah kepada nak menguruskan diri atau membakar lemak lemak yang ada ! Dan aku hanya mampu mengaru kepala .. Maklumlah , biasa gi gym aku bersenam dengan rakan lelaki jer.. Tak pernah bersenam dengan rakan perempuan pon !
Nak lagi best , zaman ni semua orang nak kurus tapi malas nak bersenam ! Ok.. sebenarnya bukanlah malas tapi lebih pada takde masa atau tak tau camana nak bersenam dengan betul .. termasuk juga aku ! Haaaa , kan ?
Bersenam dengan cara yang salah atau tak betul , boleh mencederakan anggota badan . Maka , buku yang ada di tangan aku ni ,amatlah bersesuaian sekali buat mereka yang nak kekal cergas serta membakar lemak dengan cara yang lebih teratur dan berdisiplin !
30KG DALAM MASA 80 HARI hasil penulisan Sufian Sulaiman berdasarkan pengalaman sendiri yang mana beliau telah membantu seorang gadis menurunkan berat badan dengan teknik , kaedah , strategi dan tips yang betul hingga berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 37kg !!
Gambar bukan hasil edit ni adalah bukti yang mana Farhana yang sebelum dia mula berlatih , beratnya adalah 86kg ! Bayangkan hasilnya .. Ok , bukan sekadar kurus yer tetapi juga berstamina tinggi ! Haaa.. Ini yang penting , ok !
Dalam buku ni , disertakan visual latihan yang betul , kata kata semangat , teknik kemahiran yang sebenarnya sesuai untuk wanita dan faktor kegagalan serta kejayaan seseorang individu dalam mengejar impian memiliki bentuk badan yang diimpikan !
Kurus dan berstamina ! Wow ! Inilah badan yang patut dimiliki oleh semua gadis gadis yang dapatkan bentuk badan impian ! Susah ? Biar susah susah dahulu , bersenang senang kemudian.. Takkan nak tengok diri sendiri termengah mengah naik tangga kot ? Adoiyai.. muda lagi dah mengah.. haaa.. Bikin malu sama orang tua kita , kan ?
Ok.. Buku terbitan Alaf 21 ni berharga RM29.90 ( Semenanjung ) dan RM32.90 ( Sabah dan Sarawak ) dan boleh dapati di kedai buku POPULAR dan mana mana kedai buku berhampiran . Juga terdapat dalam bentuk e-book di mall.karangkraf.com .
Bagi yang tercari cari khidmat Personal Trainer untuk bersenam dengan lebih betul dan berdisiplin , silahubungi penulis di talian 019-2401729.
Manakala untuk info kurus , sila LIKE FanPage GEMUK2KURUS dan layari blog di alamat www.sportfitnhealth.blogspot.com
Apa guna badan cun tapi lembik kan ? Hehehehe ..
Bukan senang nak review tudung / shawl ni ! Apatah lagi wife tak nak interframe dalam blog.. haaha.. Nak tak nak , aku sendiri kena cuba try .. Baru original yer review tu kan ?
Ok… Shawl dari SafuraOnlineShop ni bagi aku , kainnya ‘berat’ dan jatuh.. Maknanya kalau angin tiup pon takde la nak melayang layang punya la.. Berat tu tak de la sampai sakit leher atau kepala jadi berat disebabkan kain tu.. Hahaha.. Apa la pikir gitu sekali haaa ..
Aku test pakai sendiri .. Bukan nak menyerupai perempuan yer !! Aku test untuk pastikan testimoni rakan blogger yang guna Instat Shawl dari SafuraOnlineShop memang seperti yang diperkatakan ..
Yup ! Serius.. Sedap pakai ! Hahahaha .. Wife yang cuba sebelum tu pon jatuh hati dan siap tanya lagi warna lain.. Adehh.. Dahhhhhh pulakk.. Tak pasal pasal ..
Harga , jangan risau.. Bukan semahal tudung yang berjenama tutttt.. Haaaa.. Mampu milik punyaaa !
Nak tahu dengan lebh lanjut , boleh gi belek…
Instagram : https://instagram.com/safuraonlineshop/
Yeo’s Yeogurt mempunyai enam pilihan yang lazat, antaranya ialah Asli, Anggur, Oren, Mangga, Epal Hijau, dan Laici. Selaras dengan pegangan slogan, “Yeo’s, Pilihan Semulajadi”, kesemua Yeo’s Yeogurt ini tidak mengandungi bahan pengawet tambahan.
Manakal peraduan “Yeo’s Yeogurt” ‘Drink & Win’ yang telah mula untuk selama 10 minggu, yang bertujuan memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah yang lumayan.
Di kala ini blogger sering mendapat perhatian. Setiap hari ada saja job berbayar atau percuma ditawarkan pada blogger blogger seantero dunia. Ok, aku fokuskan pada Malaysia sekarang eh..
Kenapa blogger jadi pilihan mereka yang ingin memasarkan produk mereka ? Humm.. Yang pertama , blogger ada pengikut mereka tersendiri dan pastinya pengikut mereka ini sudah mengenali blogger kesayangan mereka ni bertahun lamanya. Eceh , kesayangan tuuu .. Hehehe..
Amik contoh aku.. Sepanjang pengalaman aku jadi tukang review berbayar atau percuma , aku dapati kebanyakkan produk tersebut mendapat perhatian rakan pembaca .. Sebagai contoh , Pati Batook Ori yang mana aku sendiri gunakan pada aku dan anak aku kemudian aku promotekan pada rakan pembaca .. Alhamdulillah , mendapat impak positif dari mereka yang membelinya.
Bagaimana pulak dengan review yang lebih menjurus kepada kritikan ? Ok.. biasanya movie la jadi bahan review yang mendapatkan feedback yang agak mendalam kritikan.… Movie yang aku tonton tak kira la percuma atau aku beli tiket tu, pasti akan review sebaik mungkin sebab akan ada rakan pembaca tertarik lalu pergi menonton movie tersebut.
Ada beberapa movie yang aku gi tonton dan berikan kritikan. Ini disebabkan cerita tu memang tak best ! Takkan nak tulis kat best kan ? Terutamanya film melayu.. Haih.. dan kebelakangan ni , movie dari luar negara pon dah semakin kelaut jalan ceritanya .. Memang aku kritik kaw kaw !
Dan mereka yang membacanya akan berterima kasih kerana menyelamatkan duit mereka !
Blogger jika tau peranan sebenar mereka .. mereka tau akan betapa besarnya tanggungjawab mereka ! Bukan sekadar menulis tapi lebih pada beri infomasi tanpa henti pada pembaca mereka !
Film terbaru .. Run All Night dikatakan film gagal lakonan Liam Neeson ! Adehh.. Baru nak gi tonton.. tapi bila baca review seorang blogger , terus hilang nafsu..
Nampak tak permainan dia ? Kan ? Hahahaha ..
Tu belum review makanan kan ? Kadang kadang review makanan ni payah. Kena ikut tekak masing masing. Belum tentu kira rasa tu sedap , bgi orang lain ianya sedap gak ! Haaaa… Blogger food review ni memang perlu ada lidah atau citarasa yang ..hurmm.. menakjubkan kot ? Hehehe..
Selesai event Yeos.. Naik lrt hingga Cheras kemudian naik teksi. Pemandu teksi tu seorang lelaki berbangsa cina dan berumur. Aku rasa usia dia lebih 70 tahun. Dah baya baya ayah aku.
Yang menjadi perhatian aku ialah jari jemari belah tangan kiri. Aku rasa dia ada gout kot ? Tak berfungsi keseluruhan jarinya. Dia memandu pon dalam keadaan yang nampak macam.. hurmm.. kena kerap seimbangkan pemanduannya.. seolah kereta tu takde ‘power stering’.
Namun dia tetap mengagumkan aku. Walaupun di usia gitu , dia tetap terus mencari rezeki..Dan reti guna ‘signal’ bila nak masuk simpang ! Kita yang sihat ni , nak guna ‘signal’ pon tak reti seolah jari jemari dah kudung semua !
Sebenarnya , setiap hari Allah ‘mendidik ‘ kita secara tidak langsung dengan kehidupan yang amat asas ini namun kita payah nak nampak ! Hurm..
Mudah jer.. Bila ada job atau jemputan ke majlis , rakan blogger akan war warkan pada rakan mereka yang ada di dalam network. Ini kerana mereka kenal cara mereka bekerja dan komitmen terhadap setiap tugasan yang mereka dapat !
Disiplin , kerjasama dan kecekapan ! Bukan kira kau popular ke , kau top ke .. tidak sama sekali !
Sebenarnya , tujuan NETWORK dalam dunia blog ni luas sangat ! Kalau ada yang beranggapan hanyalah untuk kepentingan peribadi , maka sila banyakkan bergaul dengan manusia ..
Terbaik #kelabbloggerbenashaari !