Dia dah mula meniru abangnya !

by - Sabtu, Mac 14, 2015

 

Dinding kotor ? Tu hasil karya agung Leonardo Da Qhaliff Iman Al Bukaki  ! Tak larat dah nak larang.. Makin dilarang makin dia berkarya !

Dan adiknya ? Dah mula selongkar apa saja barang yang ada berhampiran dengan jari jemarinya. Perlahan lahan dia gerakkan jari dia untuk menarik barang tu.. Dah dapat ? Hurmm.. Nak amik balik ? Hurmmm..

image

Dia suka tengok apa yang abang dia lakukan.. Pastu ketawa ! Macam paham pulak diaaa ! Dan abang dia , suka meniru orang ! Ada sekali tadi.. seorang budak yang lebih tua dari dia dok berdiri melihat cermin mata kanak kanak sambil berpeluk tubuh.. Qhaliff berdirii sebelah budak tu pastu buat cam budak tu buat iaitu berpeluk tubuh sambil pandang budak tu ! Boleh ???? Tu cara dia nak masuk line.. Kalau budak tu layan , maka jadilah teman sepermainan.. Kalau tak layan , dia pon blah.. Apadahal kan ? Hahaha ..

Zahra pon dah turut sama daahh ! Sekarang ni , nak pakaikan diapers pon payah.. Dia dah mula larikkan diri macam abang dia ! Huhhhh..

You May Also Like

0 comments