Menjelang 3 tahun usia.. - BEN ASHAARI

Menjelang 3 tahun usia..

 

Qhaliff dah mula menghasilkan karya karya agungnya di rumah ! Antara yg dah jadi masterpiecenya ialah dinding , cermin mekap mak dia dan ..perut aku !

Orang kata jangan dilarang mereka berkarya ! Biarkan saja mereka luahkan bakat terpendam mereka .. Hurmmm… aku tak tau la sapa mereka tu haaa ! Grrrr..

image

Untuk menghasilkan karya yang terbaik terutamanya dalam bentuk lukisan , menurut Qhaliff .. si pelukis perlu melukis sambil pakai diapers .. Baru terasa feel dan moodnya ! Dapat menghayati seni dengan lebih mendalam..

Aku tak tau la dia dapat idea tu dari sapa .. Diana Danielle kot ? Huhh.. Harapnya tidak la .

2 ulasan:

  1. Betul tu Ben...
    Biarkan anak-anak tu berkarya.
    Aina dulu pun macam tu. Sampaikan ke periuk Opahnya jadi mangsa lukisan!

    Cerdik Qhaliff tu!!

    BalasPadam
  2. Qhaliff dah nampak dewasa ... ;)

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.