Ikut daddy pergi mesyuarat ! - BEN ASHAARI

Ikut daddy pergi mesyuarat !

 

Lokasi  , Subang..

Produk , Cosmoderm .. Terbaek !

image

Perancangan awal , tak nak bawak Qhaliff tapi entah camana .. pagi tu dia turut bangun awal dan dah ready depan pintu .. nak ikut ! Mandi pon tidak , ada hati nak ikut ! Huhhh..

Nak tak nak , kena bawak sekali.. Ini kali kedua dia ikut. Aku tak nak bawak dia sebab nak berbincang tanpa gangguan.. Faham faham je la kan bila ada anak.. Nasib baik Puan Mawarni dan pegawai lain tak kisah akan kehadiran Qhaliff.. Memang diorang pon galakkan aku bawak sebab diorang tahu aku memang jaga anak anak aku sendiri.. Terima kasih Puan..

Karenah Qhaliff , memang mencuit hati. Ada kalanya agak nakal hinggalah satu ketika , dia tenang.. Diam jer.. duduk belakang aku ! Aku pelik dia boleh diam.. Tiba-tiba dengar bunyi yang macam aku kenal sangat..

‘ Klik , klik .. klik , klik .. ‘.

Ah, sudah… Aku toleh belakang dan .. tu dia ! Dia dok belasah kamera Sony Alpha 5100 aku yang baru dibeli tu ! Huwaa… Dengan pantas aku gi amik..

Marah dia ? Tak la.. aku tahu , dia boring dan mengantuk.. Hurmm.. Abis meeting.. terus balik.. Tak sempat makan sebab aku tau Qhaliff dah mengantuk. Dalam kereta.. Jam 12.30 tengahari.. Tak sampai 5 minit , dia lena .. huhuu ..

Terima kasih sayang temankan daddy.. Dia bodyguard aku sekarang ! Meeting yang sukses !

image

5 ulasan:

  1. wah!! business besaran nihhh... good luck abang ben...

    BalasPadam
  2. alhamdullilah.. semoga bertambah rezeki

    BalasPadam
  3. Ditemani anak ke sesebuah aktiviti kadangkala memberi kita inspirasi dalam mengendalikan sesuatu hal.

    BalasPadam
  4. itulah kalau keja bawak anak nih paham2 jelah..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.