Hidup bermuafakat ! - BEN ASHAARI

Hidup bermuafakat !

 

Baru selesai 'meronda’ taman perumahan bersama beberapa orang jiran.. Dengarnya ada kawasan perumahan berhampiran kena lagi. Cuma tak sempat nak masuk je la..

Jadual dibuat.. cuma ..hurmm… Maklumlah , hari bekerja.. Payah nak dapat sukarelawan. Nasib baik ada ‘orang lama ‘ sudi turun padang.. Aku , join sama.. Kalau ikutkan , aku banyak kerja gak kat rumah. Orang rumah aku pun dah tak cukup tidur. Zahra lak , minggu ni dia punya time tidur berubah. Siang lena, malam jaga ! Tapi memikirkan diorang , aku kena keras gak ! Kena turun padang membantu jiran lain mengawal taman..

image

Berbekalkan kayu dan rotan.. maka merondalah dari kul 1 pagi hingga 3 pagi sebelum bertukar syif. Huhuh.. Syok gak sebenarnya sebab dapat kenal jiran dengan lebih dekat bila begini. Kalau tak , asyik dok angkat tangan dari jauh bila selisih jer..

Kalau nak harap polis je meronda , payah gak.. Diorang pon banyak kerja lain nak kena buat.. Nak tak nak , kita sendiri kena amik inisiatif agar anak bini kita dapat tidur dengan tenang. Sebagai lelaki dan ketua keluarga , kita kena berkorban.. Tidur ? Dulu masa muda dah puas tidur.. Apa salahnya bekorban sesekali kan ?

2 ulasan:

  1. assalamualaikum
    singgah pagi

    BalasPadam
  2. Bagus contoh baik ni bro...anak2 muda kena ambil sikap mcm ni...tanam sikap sukarelawan lg2 bersama jiran setaman

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.