“ Abang.. jangan lupa yer.. Gi Aeon kang. Beli dypers drypants anak anak. Qhaliff , size XXL dan Zahra , size M. Pastu beli telur dan pisang.. Terima kasih. “.
Ok.. Alamanda.. Hurm.. Berapa pulak GST kali ni .. Automatik kepala dah pikir GST. Harga ? Aku tak pasti la naik ke turun. Tapi yang pasti tak kurang dari RM25 ! Gi Mydin ? Gi 99 Supermarket ? Aku naik basikalkah ?? Guna minyak gak kan ? Masa lagi..Semua tu berbayar tauu !
Amik barang Qhaliff .. barang Qhaliff .. barang Qhaliff dan Zahra je.. Aku punya deodrant.. sebesar ibu jari aku.. dah RM4.50 tuuu ! Giler babas punya harga !
Settle.. Masa untuk bayar ! Aku malas nak tengok berapa kena.. Mesti cecah ratus punya ! Dan memang pon ! Tabiat terbaru aku dan pasti ramai pun cam aku iaitu lepas bayar .. check id GST dan cukai yang dikenakan..
Aku cuma mampu geleng kepala ! Sian anak anak aku nanti ! Zaman aku , nasi lemak RM1 dapat ayam. Sekarang RM2.50 – RM3.00 untuk ayam..