Korang ada rasa tak ? Terlalu pegang atau menggunakan telefon pintar membuatkan jari jemari serta bahagian belakang tapak tangan terasa kejang ? Tak eh ? Aku rasa lama dah ! Kena selalu urut dan kurang pegang telefon pintar..
Dan baru baru ni , aku gunakan Samsung Galaxy S6 tanpa ada sebarang aksesori , barulah rasa ok sangat !
Dan aku pun buang la cover yang menjadi pengawal peribadi pada telefon pintar Sony Xperia Z3 aku tu.. Dan , secara jujurnya aku bagitau korang.. takde dah rasa sengal atau kejang pada jari jemari aku tu !
Apakah sebab aksesori tambahan membuatkan ianya berlaku ??
Bila dah buang , terasa selesa sungguh bila berada dalam poket seluar.. Barulah sedap nak berjalan.. Nak pegang hp pon rasa sedap.. Yelah , memang mereka dah design untuk keselesaan kita tapi kita tambah pelbagai aksesori kat situ.. menjadikan ianya ‘berat’ walaupun nampak ringan ! Yer , tahu.. nak elak dari calar dan rosak.. Tapi kesannya , pada jari jemari kita..
Ini cuma pendapat aku sebab aku yang kena.. Aku tak buat kajian pon lagi.. Aku tak tau la korang camana.. Kalau sesuai dengan korang , ok laa.. Nampaknya , dengan aku.. kena guna ‘bogel’ je la.. hehehe ..