Dah tiga malam tidur tak lena sebab jaga Qhaliff.. Suhu badan yang tak menentu membuatkan wife sering terjaga dan aku turut terlibat sama !
“ Abang.. amik ubat.. “
“ Abang.. amik kain.. “ .
Kerjasama ! Nak marah , tak leh ! Hahahaha… Bukan takut bini tapi sayangkan keluarga !
Dua hari wife cuti. Isnin dan Selasa. Banyak kerja penting tak settle. Hari ni , aku izinkan dia gi kerja tapi dengan syarat. Hantar i anak beranak ke rumah mak i !
Bukan apa.. kereta ada satu ! Kalau aku duduk kat rumah aku , jadi apa apa kat Qhaliff.. payah ! Kalau di rumah mak aku , ada la gak kereta dan orang tolong tengokkan.. kan ? Haa.. Perancangan perlu ada !
Menjelang subuh.. Qhaliff akan mengeletar. Terus check suhu dan kasi ubat ! Tu yang merisaukan.. Orang kata sakit tonsil memang gitu.. orang kata laaa ! Hurmm…
Lepas kasi ubat.. dia ok la skit.. Terus cari laptop dan handphone aku. Sabar je laaa .. Anak punya pasal ! Asal cepat sembuh dah laa..
Aku lak.. bila dia dalam keadaan gini , aku memang buntu nak update blog. Kesian tengok dia. Bukan apa.. kalau aku dah mula mengadap laptop , aku memang tak suka orang kacau dah ! Jadi sebaiknya, aku tinggalkan la dunia maya aku sekejap.. Sekejap jer la.. Heee..
Menjelang malam.. baru dia ada selera nak makan.. Kebetulan masa nak balik dari Cheras ke Sepang , ada lalu KFC. Terus dia bersuara nak ayam..
“ Alhamdulillah.. “ .
Wife turun gi beli dengan dia. Dalam kereta , abis seketul ayam dengan dia.. Pastu terlena dalam kereta.
Dan mek Zahra lak.. dia ni kannn.. haihh.. Sejak dua menjak ni , keje dia asyik nak bergaduh dengan abang dia ! Aduh.. naik pening ngan anak dara sorang ni !
Wife malam ni mintak izin tidur awal. Tak tertahan mata dan mintak aku uruskan mek sorang ni .. Huhuh.. Tidur dalam buaian la gamaknya malam ni ..
Esok , ada projek baik punya ! Huhuh.. Harapnya Qhaliff sembuh esok. Daddy leh g kerja dengan tenang .