Bila anak tak sihat..

by - Khamis, Ogos 13, 2015

 

Dah tiga malam tidur tak lena sebab jaga Qhaliff.. Suhu badan yang tak menentu membuatkan wife sering terjaga dan aku turut terlibat sama !

“ Abang.. amik ubat.. “

“ Abang.. amik kain.. “ .

Kerjasama ! Nak marah , tak leh ! Hahahaha… Bukan takut bini tapi sayangkan keluarga !

Dua hari wife cuti. Isnin dan Selasa. Banyak kerja penting tak settle. Hari ni , aku izinkan dia gi kerja tapi dengan syarat. Hantar i anak beranak ke rumah mak i !

Bukan apa.. kereta ada satu ! Kalau aku duduk kat rumah aku , jadi apa apa kat Qhaliff.. payah ! Kalau di rumah mak aku , ada la gak kereta dan orang tolong tengokkan.. kan ? Haa.. Perancangan perlu ada !

Menjelang subuh.. Qhaliff akan mengeletar. Terus check suhu dan kasi ubat ! Tu yang merisaukan.. Orang kata sakit tonsil memang gitu.. orang kata laaa ! Hurmm…

Lepas kasi ubat.. dia ok la skit.. Terus cari laptop dan handphone aku. Sabar je laaa .. Anak punya pasal ! Asal cepat sembuh dah laa..

image

Aku lak.. bila dia dalam keadaan gini , aku memang buntu nak update blog. Kesian tengok dia. Bukan apa.. kalau aku dah mula mengadap laptop , aku memang tak suka orang kacau dah ! Jadi sebaiknya, aku tinggalkan la dunia maya aku sekejap.. Sekejap jer la.. Heee..

Menjelang malam.. baru dia ada selera nak makan.. Kebetulan masa nak balik dari Cheras ke Sepang , ada lalu KFC. Terus dia bersuara nak ayam..

“ Alhamdulillah.. “ .

Wife turun gi beli dengan dia. Dalam kereta , abis seketul ayam dengan dia.. Pastu terlena dalam kereta.

Dan mek Zahra lak.. dia ni kannn.. haihh.. Sejak dua menjak ni , keje dia asyik nak bergaduh dengan abang dia ! Aduh.. naik pening ngan anak dara sorang ni !

Wife malam ni mintak izin tidur awal. Tak tertahan mata dan mintak aku uruskan mek sorang ni .. Huhuh.. Tidur dalam buaian la gamaknya  malam ni ..

DSC00009

Esok , ada projek baik punya ! Huhuh.. Harapnya Qhaliff sembuh esok. Daddy leh g kerja dengan tenang .

You May Also Like

9 comments

  1. kalau anak tak sihat mmg tak lena tido di buatnya..moga Qhalif cepat sembuh ye :)

    BalasPadam
  2. Alahai..kesiannya..semoga cepat sembuh yerr qhaliff

    BalasPadam
  3. qhaliff cepat sembuh tau.. (^___^)

    BalasPadam
  4. Moga Qhaliff cepat sembuh ye.. aamin

    BalasPadam
  5. ANAK TAK SIHAT, KITA YG ASA TERUK, BUKAN APA, RISAU MELEBIHI SEGALANYA, HUHU..

    BalasPadam
  6. MasyaAllah kesian qhaliff..moga cepat la pulih...Allah.

    BalasPadam
  7. semoga Qhaliff cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

    BalasPadam