Qhaliff ke Nilai Medical Centre !

by - Selasa, Ogos 11, 2015

 

Subuh tadi.. mengigil dia ! Mengeletar tak pasal pasal.. Sama gak cam semalam hingga menyebabkan wife terpaksa amik cuti kecemasan selama 2 hari untuk jaga Qhaliff.

Ke klinik biasa dah.. ni ke hospital swasta lak. Nak gi hospital kerajaan , entah lama la pulak kena tunggu.. hurmmm… Ada duit skit , boleh la ke swasta jer..

Jam 11 lebih pagi , dah terpacak kat Nilai Medical Centre , Nilai ni.. Dari rumah aku cuma amik masa 10 minit jer.. Tu pon kalau tak kena saman ngan polis trafik la.. Kalau kena saman , mungkin dalam 20 minit.

Sampai je sini.. rezeki tempat letak kereta tu ada.. Dapat la parking dengan ngan pintu masuk. Bila masuk je , terpinga pinga.. Nak ke mana dulu eh.. Nasib baik la ada seorang staff situ membantu. Dia bagitau apa kena buat dan ke mana patut pergi. Maka dia bantu hingga urusan pendaftaran selesai. Tapi tak dapat jumpa doktor sebab pagi tu dah penuh.Kena datang semula jam 2.30 petang. Hurm…

Wife tanya aku.. nak datang semula atau tidak ? Aku kata datang je la.. Alang alang dia dah amik cuti. Nak kena tau gak apa sakitnya Qhaliff ni. Risau denggi jer. Hurmm..

image

Lepas selesai urusan pendaftaran , terus ke Bandar Baru Nilai.. Pekena KFC .. hehehe.. Sedap wooo time time lapar balun ayam goreng ni haaa..

imageimage

Selesai makan.. balik rumah jap.. Dalam kul 2 petang , baru pergi balik ke Nilai Medical Centre. Sampai je situ.. terus dipanggil untuk pemeriksaan. Wah , senang betul.. Staff dan nurse semuanya ramah..

Dalam hati aku.. confirm kena beratus ni kang ! Tapi anak punya pasal , redha je laa.. Janji sihat , dah !

image

Sementara tu.. aku bawah Zahra merayau..

image

Tak lama kemudian , wife keluar.. Dia bagitau Qhaliff bukan denggi. Lega dengar. Qhaliff punya masalah di tonsil. Luka dan menanah dah.. Hurmm…

Wife dah rasa lama dah.. Kalau Qhaliff demam , mesti ada kaitan dengan tonsil dia dan dia rasa Qhaliff tak boleh makan jajan. Sama cam sepupu dia. Kalau makan , mesti akan demam ! Hurmm..

Wife tetap mintak doktor buat pemeriksaan darah dan doktor buatkan.. Tapi sayangnya , baru cucuk skit , Qhaliff teriak macam kehilangan paru paru ! Terus batal amik darah dia..

Memadangkan ubat yang akan diberi adalah sama , maka doktor tak bagi dah la ubat.. Guna  ubat yang sama. Andai tak baik gak dalam masa 2-3 hari , sila kembali untuk amik darah !

Jumlah bayaran yang dikenakan ? Korang rasa berapa ??

You May Also Like

11 comments

  1. Ma sya Allah. .kesian qhaliff..tonsil bengkak..biasanya tak boleh mkn pedas..ermmm..tonsil qhaliff perlu dibuang tak abang ben..kalau orang dewasa...bila ada masalah bengkak tonsil..dr syorkan operations..sebab selagi tak buang selagi itu demam akan berulang ulang..moga qhaliff cepat sihat ye..makan ubat tau..

    BalasPadam
  2. Xde amek ubat kan? kompem x sampai seratus.
    Paed tu mmg baik Doc Yap

    BalasPadam
  3. xde amek ubatkan? kompem x sampai seratus
    Paed tu mmg best, Doc Yap

    BalasPadam
  4. kalau swasta cucuk saja pun kat tiga ratus kan,,,moga cepat sembuh yer Qhaliff

    BalasPadam
  5. Kesian Qhaliff, moga Qhaliff cepat sembuh... kena caj berapa yer? 100? 150?

    BalasPadam
  6. Kesian Qhaliff, moga Qhaliff cepat sembuh... kena caj berapa yer? 100? 150?

    BalasPadam
  7. bgus servis hosptal swasta ni..harga pun cmel..hehe

    BalasPadam
  8. Bg mkn eskrem vanilla supaya tonsilnye cpt sembuh..sy pun ade masalah yg same...

    BalasPadam
  9. alhamdulillah .. qhaliff kuat n sado kan .. hehe btw berapa bayaran kena tu -_-

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah jauh dari penyakit denggi.. Moga cepat sembuh ye Qhaliff..aamin

    BalasPadam
  11. moga Qhaliff cpt sembuh yea...

    BalasPadam