Terlepas tengok panda ..

by - Ahad, Ogos 23, 2015

 

Hurm.. Bangun subuh tadi , wife bagi tahu badan Zahra panas sangat. Dia mandikan Zahra selepas tu. Qhaliff pon panas.. Hurm.. Aku pun tak beberapa segar lagi badan. Wife , masih kepenatan. Atas meja , masih penuh dengan saki baki makanan yang masih belum dikemaskan. Hurm…

Camana eh ? Nak pergi ke tak ? Best aktiviti hari ni tapi… Takkan aku nak pergi sorang je ? Hurm… Tak menyeronokkan langsung. Aku tahu Qhaliff mesti enjoy kalau datang ke Zoo Negara nanti..

image

Akhinya… Ke klinik pagi tadi. Bawak diorang untuk dapatkan rawatan. Kalau sekadar demam biasa ok la kan ? Risau kalau ada sakit lain.. mcm Qhaliff yang kena tonsel tu..

Kengkawan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari , pastinya berseronok di Zoo Negara. Walaupun aku tak dapat pergi , aku tetap berbangga dengan apa yang berlaku pada hari ini.. Mereka ke Zoo Negara tanpa bayaran.. Yer , mereka adalah blogger yang sedang menikmati hasil dari blogging ! Heeeee.. Best kan ?

image

Dan terima kasih pada orang kuat #kelabbloggerbenashaari , Farah Waheeda yg bekerja keras menjayakan program kali ni dan juga rakan rakan blogger yang lain , jutaan terima kasih atas segala sumbangan korang pada kelab komuniti blogger ini..

Aku dan anak anak aku , hanya tengok gambar je la.. hehehe …

You May Also Like

12 comments

  1. Untungnya geng2 kelab blogger ben.. Camne sye nak tahu aktiviti kelab ben ye?

    BalasPadam
  2. Pasti berhikmah sesuatu itu berlaku abang ben..siapa tahu lepas ini rezeki abang ben sekeluarga dapat peluang ke zoo boleh tengok baby panda sekaligus..rezeki anak anak berkat kesabaran dan redha..amin..moga qhaliff dan zahra cepat sembuh..

    BalasPadam
  3. Moga Allah sembuhkan sekeluarga. Aameen.

    BalasPadam
  4. bestnyaa kalau dapat tengok panda

    BalasPadam
  5. terbaik ..dah ada genarasi lah panda ni..

    BalasPadam
  6. Yeah its more fun klu Abg Ben dtg.. mesti Qhaliff n Zahra excited tgok haiwan. Xpe la nnt leh gi in sha Allah ade rezeki nya.

    BalasPadam
  7. Semoga dipermudahkan segalanya abang ben..pape pun terima kasih abg ben sebab tanpa kbba rasanya saya takkan dapat tengok panda kot..hehehe

    BalasPadam
  8. Semoga dipermudahkan segalanya abang ben..pape pun terima kasih abg ben sebab tanpa kbba rasanya saya takkan dapat tengok panda kot..hehehe

    BalasPadam
  9. Semoga dipermudahkan segalanya abang ben..pape pun terima kasih abg ben sebab tanpa kbba rasanya saya takkan dapat tengok panda kot..hehehe

    BalasPadam
  10. next time boleh pergi tgk panda..yg penting anak2 sihatkan..smga cepat sembuh

    BalasPadam
  11. InsyaAllah nnt ada laa rezeki Ben & family pi tengok panda tu. Kot kot lepas mama panda abih pantang, dpt tgk ngan baby panda skali ka. Sure Qhaliff & Zahra excited :-)

    BalasPadam
  12. Next time leh gi lagi.. jom tengok baby panda pulak.. Moga Qhaliff dan Zahra cepat sembuh dan dberi kesihatan yang baik. aamin

    BalasPadam