Klinik Maria punya cerita..

by - Isnin, Ogos 10, 2015

 

Qhaliff demam lagi. Kali ni aku ajak wife g ke Klinik Maria. Klinik Maria ni , adalah klinik kegemaran kitorang sejak Qhaliff kecil lagi. Kenapa ? Ubatnya serasi dan suka dengan keramahan Dr.Maria.

image

Tapi sejak beberapa kali terkena dengan doktor selain Dr.Maria di klinik tu , kitorang dah macam malas nak ke sana.. Dan bila kami pindah ke Bandar Baru Salak Tinggi , klinik Mediviron di Giant Nilai adalah pilihan. Ini adalah kerana klinik tu adalah klinik panel insuran yang diambil untuk Qhaliff dan Zahra.

Dan hari ni , sekali lagi terkena ! Aku ajak wife g check Qhaliff di klinik Maria untuk mendapatkan pendapat kedua. Nama doktor yang bertugas , bukannya Dr.Maria. Wife memang tak nak kalau bukan dia. Serik ! Tapi memandangkan dah sampai kat situ , alang alang .. terus je la masuk.

Akhirnya.. terkena lagi ! Muka doktor kelat ! Masa masuk bilik pon , muka macam.. hurmm… Bila dia bertanya soalan.. ada yang aku jawab tapi dia pandang muka aku pon tidak dan terus bertanya soalan.

Bila pemeriksaan ke Qhaliff dah dibuat , aku mintak dia tolong tengokkan Zahra. Mintak tgk jer ! Bukan suruh check.. Aku nak pendapat dia . Rasanya tak sampai 5 minit pon. Kat luar tu cuma ada sorang dua je pelanggan..

Dia suruh aku gi register ! Aku akur je la.. Yelah , memang kena ikut prosedur. Kalau di klinik Mediviron , doktor tu akan terus check tanpa banyak cerita ! Aku tak nak g sana sebab doktor lelaki.. Nak mintak check Zahra.. Aku bawak g jumpa doktor perempuan , gitu la ragamnya..

Tak pe la.. aku keluar dari situ sebab dia minta aku tunggu luar. Wife dan Qhaliff , dalam bilik tu lagi. Qhaiff diberi ubat punggung sebab suhu tinggi..

Aku tak kisah dia nak charge pemeriksaan ke atas Zahra tu.. Aku bukan nak ubat pon.. Sekadar suruh tengok jer.. Kemudian kalau dia suruh keluar dan register , baru la aku buat.. Bayangkan kalau aku keluar dan tunggu lagi.. Qhaliff tu dok demam panas.. kena tunggu lagi kat situ.. Pastu bila check.. kalau sekadar dia kata takde apa apa serius , tak keeeee ..hurmmm…

Patutlah mak aku beria suruh g satu klinik Dr.bangsa cina ni.. Katanya tak berkira dan sering bagi pendapat yang bagus serta murah harganya ! Klinik tu senantiasa dipenuhi pelanggan walhal kat area tu , banyak klink terutama klinik melayu.. tapi tak ramai orang .. Cer pikir kenapa ?

Entah la.. Pasni kalau aku ke Klinik Maria , selain dia .. aku tak nak masuk.. Rela gi tunggu jadual dia bertugas.. Atau cari je klinik lain.. Haih..

Bagi aku.. klinik Maria ni bagus.. tapi sikap doktor yang bertugas tu.. Hurm.. Mungkin yer , mereka penat.. Tapi apa salahnya lemparkan senyuman dan berborak santai.. InshaAllah penat tu hilang.. Bila muka serius , lagi penat wehhh ..

You May Also Like

10 comments

  1. Kita nak tolong sesama bangsa..sesama agama..bukan bermakna prejudus tidak...tapi sekarang siapa yang bagi layanan baik..yes klinik tulah yang pesakit suka pegi..sikap doktor itu sendiri mampu meredakan resah hati family dan pesakit..taktik psikologi..kalau owner klinik tu ok..tapi kawan kawan yang join tak ok..ia akan memburukkan juga keadaan..

    BalasPadam
  2. To be honest abg ben selain dari doktor maria mmg tak ok....dh byk kali kena...lain kali sblm pg abg ben call dulu...doktor maria skrg selalu kt presint 9.....

    Sy penah dgn doktor maria bw 2 anak tp check sorg je...dia ok je check kan sekali tak yah daftar pun...bkn sekali jd mcm tu byk kali...ada sekali 1 family kena sakit mata...sy sorg je check dgn doktor maria...bila husband kata dia pun sakit mata...doktor maria offer nk tgk siap tanya dh ambil ubat ke belum..

    Sgt berbeza kalau bkn doktor maria....

    BalasPadam
  3. Ben,kitorg mmg xpernah dptkan khidmat di klinik maria,tp slalu dgr akan kebagusan doc maria ni.bila dia xde mmg membe xcek langsung,then diorang akan ke precint diplomatik,klinik apatah nama,doc maria punya jugak kalau xsilap. Kalau xde di alamanda tu doc maria ada di klinik di precint diplomatik tu.

    BalasPadam
  4. Biasanya camtu lah kan abg ben. Kita paham doktor tu mungkin letih bekerja tapi itu jalan hidup yang dia pilih so sepatutnya dia redha lah dengan pekerjaan dia tu. Why did she choose to be a doctor at the first place if she's not ready to give her all to the society kan? Kalau buat kerja sekadar cukup nak kejar gaji je hmmm muka kelat camne lah kita nak tolong bangsa sendiri cemni gaya. Tapi dr maria ni memang bagus dengar nya walaupun i tak pernah dapat consultation dari dia hehe anyway semoga cepat sembuh Qhaliff!

    http://mrscaspian.blogspot.com/2015/08/august-2015-promotion-toyota-cars-price.html

    BalasPadam
  5. Harap2 doktor Maria tu baca komplen ni... biar dia tau skit sikap doktor locum yang bertugas di kliniknya...

    BalasPadam
  6. memang selalu macam tu...tak manis dengan bangsa sendiri. saya pon selalu pilih klinik lain bangsa. servis cepat dan tak malas. peramah lagi!

    BalasPadam
  7. kalau nak doc perempuan yg bagus dkt salak tinggi sy suggest klinik masya dekat salak lama. doc masya mmg terbaik. sgt lemah lembut cakap sopan santun dan bersungguh2 check. tp kena call dlu dia ada ke x. slalunye dia akan ada pg 10am-12.30tghri pastu ptg dia akan masuk pkl 4pm-6pm. malam slalunye doc ganti.

    BalasPadam
  8. betul la ikut doc, banyak kali juga, saya p cek, hubby masuk sekali, then dia mntak pendapat doc, cth dia cepat letih, dia tak boleh tdo, bukan ja bagi pendapat doc siap suruh dia duduk gi nak cek guna alat kat telinga tu, relax ja..

    BalasPadam
  9. Assalam Ben, lame dah tau blog Bro ni,baru ni nak komen... saya pernah check dgn Doc Maria, mase pregnant, mmg OK la Doc Maria tu, tak penah la kene Doc yg suke wat muke tu... yg check sambil lewa pun ada.. ala Doc lelaki pun ade gak cam tu... tapi saya kene tgk ubat dia, serasi ke tak dgn anak, skrg ni ubat yg serasi ubat klinik lita alis n annur, takmo la klinik mediviron...

    BalasPadam
  10. Sekarang profesion kedoktoran mereka tak selami apa itu profesion tu sebenar-benarnya ben, kadang2 pelik mereka ada kelayakan tapi bila berjumpa tanya soalan tak pandang muka patient...duit tu tak jadi masalah, tapi layanan, dari sakit pun bertambah sakit, memang betullah ben, doktor cina kalau ada klinik pakar kanak-kanak mereka treat budak2 ni macam anak dia sendiri, dari sakit demam je, habis di beleknya macam2, macam Qaiser ilman, di kuantan ada satu klinik pakar kanak-kanak dari Dr bangsa Cina, layanan memang kerlasssssss...setiap kali jumpa memang tip top di cek habis satu badan anak julia, walhal demam je pun, siap bagi nasihat untuk lain-lain penyakit jika sekiranya kena, bayaran pun tak lah mahal mana...

    Apa yg penting sekarang, doktor2 kena belajar ilmu ethics bagaimana nak mesra dan berjumpa pelanggan....fail jadi doktor, dosa dapat ada lagilah...rugiiiii

    BalasPadam