Bila anak-anak dapat …

by - Sabtu, Ogos 29, 2015

 

Yer.. bapak diorang punya ! Si abang , jangan cakap la.. Adik , mula ikut jejak ! Dan tadi aku dapat Samsung Tab S2 untuk buat review. Tak sempat nak cuba , Qhaliff dah sambar dulu..

Nasib baik la tab ni ada mode ‘Reading Book’ yang mana boleh kurangkan cahaya. Ok la kot untuk Qhaliff layan dalam 10-15 minit. Dia bukan nak lama lama pon.. Cepat boring  !

image

Si adik ni.. Amboiiii… Ikut jejak dahh ! Apa abang dia buat , dia pon nak buat ! Masalahnya , dia main belasah je ikut ! Huhhh…

image

Bila sergah.. tau pulak malu !

image

Tu baru handphone.. Belum lagi laptop ! Aku nak bukak laptop , kena tunggu diorang tidur. Kalau tak , aku ditolak tepi. Diorang yang nak guna… Huhhh..

Syukur.. diorang ni bukanlah kaki gadget ! Takde gadget pon leh hidup… Asalkan ada aktiviti..

image

You May Also Like

2 comments

  1. Hhehe...comel je adik..memalu pulak pegang hp..semakin menginjak usia..semangat nak mencuba sesuatu yang baru itu tinggi..

    BalasPadam