Qhaliff ke mesyuarat penting !
Hehehe.. Semalam ada 3 meeting penting untuk aku ! Satu , food review , satu gadget dan satu lagi.. review pendidikan. Dan Qhaliff meraung nak ikut aku pergi ‘kerja’ walhal aku perlukan penumpuan ketika meeting..
Apakah dia akan beradab ketika aku sedang berbicara dengan client ? Hurmmm….
Meeting satu..
Jam 9 pagi. Review makanan di sebuah cafe terkemuka di Sepang. Ahaaa… Qhaliff dah dikenali di sini.. Dia membesar di sini ! Hahahaha.. Sejak dalam dukungan lagi dia dah lepak kat sini. Maka tak hairanlah ada pekerja di sini kenal dia ..
Dan dia , di dalam mood pagi.. Buat hal sendiri . Aku lega.
Meeting berjaya. Client berminat nak gunakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari. InshaAllah aku akan jayakan. Tak mudah tapi tak payah pon.. Kena kerja keras skit..
Selesai meeting di sini , terus ke Puchong.
Meeting 2.. Gadget !
Hurm.. Dari Sepang terus ke Puchong. Meeting bermula jam 11 pagi dan aku tiba awal. Alhamdulillah. Nasib baik ada waze. Sesat camana pon , aku jumpa gak pejabatnya.. Tu yang penting.. kan ?
Berjalan dengan lancar. Dan Qhaliff dah mula mengantuk.. Bila dia mengantuk , dia akan mula buat onar !
Selesai meeting jam 12 lebih. Terus balik rumah di Sepang. Kul 2 ada meeting di Kolej Penerbangan lak. Dalam kereta , Qhaliff tidur. Sampai rumah , aku test power gadget yang aku baru dapat.. Best !
Kul 1 lebih. Aku mandi dulu. Solat . Kemudian kejut Qhaliff. Mandikan dia .. Dalam hati aku , aku harap Qhaliff tak berak kat sana nanti. Penting sebab mereka dah setuju nak guna blogger dengan bajet yang diluluskan. Alhamdulillah.
Sampai sana.. meeting berjalan dengan lancar tetapi Qhaliff teruja di sana !
Dan sukses ! Terus terang , dia pembawa tuah untuk aku. Hehehe.. Dari dulu.. Memang dia ni ‘murah rezeki’.. Huhuh… Sebab tu aku tak kisah sangat bawak dia..
Tapi untuk hari ni , aku tak bawak dia sebab kena banyak bergerak. Maaf yer sayang.. duk umah. Jaga adik !
4 comments
Alololooo Qhaliff good boy!
BalasPadamSedari kecil dia terdedah dengan kerjaya daddynya..semakin lama qhaliff boleh memahami..alhamdulillah..syukur..
BalasPadambetul kata org..Anak adalah pembawa rezeki kepada kedua ibubapanya...tahniah abg Ben..sebab ada anak yg sgt memahami ayahnya
BalasPadamBesar dah dak kecik tu.. Masa eina start blogging, dia baru lahir..
BalasPadam