Album Shazzwan ‘Titipan Banduan Muda’ dilancarkan !

by - Jumaat, Ogos 28, 2015

 

image

Di Hard Rock Cafe , Kuala Lumpur semalam telah berlangsung majlis pelancaran album penyanyi yang lahir dari program ‘ Talent Of The World , SHAZZWAN yang bertajuk Titipan Banduan Muda.

Shazzwan atau nama sebenarnya Muhammad Syazwan Shawaluddin, artis Hip Hop dan juga seorang penerbit telah mendapat sokongan penuh dari Yayasan Raja Muda Selangor ( YMRS ) adalah antara remaja bermasalah satu tika dulu. Dia pernah dipenjara dan ditahan di pusat tahanan juvana. Hasil latihan yang diterima di bawah program ‘Talent For The World Programme’ anjuran YMRS , telah membuka lembaran baru buatnya.

Pelancaran album Hip Hop ini dilakukan sendiri oleh Raja Muda Selango iaitu Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj.

Image 2

Album ini mengandungi beberapa buah lagu yang mempunyai mesej berguna untuk anak anak muda seperti Aku Tak Kisah , Aku Udah Turun , Cakap Dalam Gelap , Dosa Menghantui dan banyak lagi..

image image

Menonton secara live persembahannya semalam , Shazzwan mengingatkan aku pada Will Smith satu tika dulu. Dengan bakatnya , InshaAllah dia mampu pergi jauh dalam bidang ini..

Image 3

‘Titipan Banduan Muda’ akan berada di pasaran dan juga iTunes pada 4hb September 2015. Korang juga boleh mengikuti perkembangan Shazzwan di www.facebook.com/shazzwan.mss.

Tahniah Shazzwan !

You May Also Like

5 comments

  1. xprnh dgr plk psl shazzwan ni. cmne cr nk join kelab blogger ben ashaari ek.mcm bmint plk

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. moga dipermudahkan urusan beliau..

    BalasPadam
  3. semoga berjaya dalam bidang seni ^_^

    BalasPadam
  4. Terbaik!!! First time dengar nama. Tapi rare sebab raja muda datang.

    BalasPadam